MEXT 2022 Scholarship: Permohonan Biasiswa Jepun Monbukagakusho (YLP)

Permohonan biasiswa Jepun (Monbukagakusho: MEXT) 2022 untuk Program Pemimpin Muda (YLP) kini dibuka sehingga 3 Dis bagi rakyat Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian peringkat sarjana di Jepun.

Kedutaan Jepun di Malaysia, dalam satu kenyataan pada Isnin, memaklumkan biasiswa itu menyediakan elaun bulanan kira-kira 242,000 yen (kira-kira RM8,828) (tertakluk kepada perubahan).

Sila rujuk kenyataan media di bawah.

Baca juga: Login eGUMIS: Sistem Semakan Wang Tak Dituntut Online

Permohonan Biasiswa Jepun Monbukagakusho: MEXT 2022 (YLP)

Kedutaan Jepun dengan ini mengumumkan pembukaan bagi permohonan Biasiswa Kerajaan Jepun (Monbukagakusho: MEXT) iaitu Young Leaders’ Program (YLP) 2022 yang akan dibuka sehingga 3hb December 2021.

Semua warga Negara Malaysia lepasan ijazah yang ingin menyambung pengajian ke peringkat Sarjana adalah dijemput untuk memohon biasiswa ini.

Dalam tempoh tersebut, elaun yang akan diberikan adalah 242,000 yen (tertakluk pada perubahan).

Segala perbelanjaan yuran peperiksaan, matrikulasi dan yuran bulanan akan dikecualikan, dan juga tiket penerbangan pergi dan balik turut disediakan.

Tempoh bagi kursus ini adalah setahun (1) dari Oktober 2022 sehingga September 2023 (kecuali bagi kursus Pengurusan Perniagaan yang bermula dari September 2023 sehingga Ogos 2023).

Semua kursus ini disampaikan dalam Bahasa Inggeris.

Terdapat lima (5) kursus di bawah Young Leaders’ Program : –

  1. Kursus Pengurusan Perniagaan (Sarjana Pengurusan Perniagaan) di Hitotsubashi University
  2. Kursus Perundangan (Sarjana Perundangan) di Kyushu University
  3. Kursus Sekolah Kerajaan (Sarjana Pengurusan Awam atau Sarjana Perundangan Awam) di National
    Graduate Institute for Foreign Policy (GRIPS)
  4. Kursus Sekolah Kerajaan Tempatan (Sarjana Pengurusan Awam atau Sarjana Perundangan
    Awam) di National Graduate Institute for Foreign Policy (GRIPS)
  5. Kursus Pengurusan Kesihatan (Sarjana Pengurusan Kesihatan) di Nagoya University

Syarat Permohonan

  1. Warganegara Malaysia berkelulusan ijazah dengan kepujian.
  2. Bagi Kursus Pengurusan Perniagaan, pemohon mestilah:-
    (a) berumur bawah 40 tahun pada 1hb September 2022;
    (b) fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris (markah minima TOEFL 600/ TOEFL-CBT 250/ atau yang setaraf) dan memperolehi keputusan GMAT; dan
    (c) mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 tahun.
  3. Bagi 4 kursus lain, pemohon mestilah:-
    (a) berumur bawah 40 tahun pada 1hb Oktober 2022;
    (b) fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris (markah minima TOEFL 550/TOEFL-iBT 80/IELTS 6.0 atau
    yang setaraf); dan
    (c) mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 tahun di sektor kerajaan (bagi Kursus Pengurusan Kesihatan, pengalaman bekerja di Kementerian Kesihatan Malaysia), (bagi Kursus Perundangan, sekurang-kurangnya 4 tahun pengalaman bekerja atau mengendalikan hal ehwal yang berkaitan dengan undang-undang di Malaysia).

Tarikh Akhir Permohonan

Tempoh permohonan dibuka sehingga 3 Disember 2021.

Cara Permohonan MEXT 2022

Permohonan boleh dibuat melalui pihak yang di sahkan oleh Kedutaan; bagi Kursus Pengurusan Perniagaan sila hubungi, Dewan Perdagangan & Industri Kebangsaan Malaysia di nombor telefon 03-62049811 atau [email protected] (Ms. Annie William).

Bagi kursus pengurusan kesihatan,
permohonan boleh dibuat melalui Kementerian Kesihatan Malaysia di nombor telefon 03-88906050/03-88831108 atau emailkan ke [email protected] (Dr. Norsyamimi)/ [email protected] (Dr. Anisah) .

Permohonan bagi 3 kursus lain, sila hubungi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia di nombor telefon 03-88853053 atau emelkan ke [email protected] (Encik Kamarul).

Bagi kursus Perundangan, pemohonan bagi pegawai bukan kerajaan juga boleh dibuat melalui Kuliyah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di nombor tel. 03-61964226 atau emelkan ke
[email protected] (Prof. Madya Dr. Ramizah Wan Muhammad).

Baca juga: UKCG: Semakan Ujian Kelayakan Calon Guru & Tips Menduduki Ujian eUKCG

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi bahaguan Perkhidmatan Jepun, Kedutaan Jepun di nombor telefon 03-2177 2600 sambungan 146 atau layari pautan https://www.my.emb-japan.go.jp/itpr_en/youngleaders.html

Sila rujuk lampiran:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!