Murid Sekolah Menengah di Negeri Johor adalah dialu-alukan untuk memohon Biasiswa Kenangan Dato’ Onn (BKDO) daripada Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) yang boleh dipohon menerusi pautan https://eypj.ypj.gov.my/applicant/login.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai biasiswa ini.

Mengenai Biasiswa Dato’ Onn
Biasiswa Kenangan Dato’ Onn merupakan biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di negeri Johor.
Keutamaan bagi penerima biasiswa ini buat masa ini ialah penerima merupakan pelajar menengah rendah (Tingkatan hingga Tingkatan 3) yang berpendaptan rendah.
Tujuan utama biasiswa ini diwujudkan adalah bagi membantu pelajar Johor melangkah ke masa depan melalui bantuan pendidikan ini.
Selain itu, bagi menggalakkan orang awam membuat simpanan pendidikan, YPJ dengan kerjasama PTPTN menggalakkan budaya menyimpan dari awal melalui pembukaan akaun Simpan SSPN Prime yang mana penerima biasiswa ini akan dibayar terus ke akaun SSPN Prime penerima.

Tempoh Permohonan
Tempoh permohonan dibuka mulai 17 Ogos 2026 hingga 7 September 2026.
Kadar Biasiswa
Kadar biasiswa yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- Tingkatan 1-5 : RM600
- Tingkatan 6 : RM1,000
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:
- Pemohon lahir atau menetap di Johor (menetap tidak kurang dari 5 tahun).
- Salah seorang ibu bapa mestilah warganegara Malaysia (bagi tujuan pembukaan akaun SSPN-PRIME).
- Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga B40.
- Pemohon perlu memperoleh sekurang- kurangnya TP5 atau TP6 dalam minimum empat (4) subjek teras berdasarkan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
- Pemohon tidak boleh menerima tajaan biasiswa lain.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://eypj.ypj.gov.my/applicant/login.
Permohonan perlu dibuat dalam tempoh yang ditetapkan dan kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada kuota penerima dan peruntukan tahunan yang ditetapkan oleh YPJ.
Soalan Lazim
Biasiswa ini merupakan biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di negeri Johor daripada Tingkatan 1 hingga 6.
Permohonan biasiswa ini dibuka mulai 17 Ogos 2026 hingga 7 September 2026.
– Tingkatan 1-5 : RM600
– Tingkatan 6 : RM1,000
Ya. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga B40.
Murid mestilah memperoleh sekurang- kurangnya TP5 atau TP6 dalam minimum empat (4) subjek teras berdasarkan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Permohonan boleh dibuat di pautan https://eypj.ypj.gov.my/applicant/login.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Biasiswa Kenangan Dato’ Onn, sila layari laman web YPJ iaitu https://ypj.gov.my/.
Baca juga: Skim Bantuan Pendaftaran Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) 2026




