Berita Baik Untuk Penjawat Awam Diumum 30 Ogos Ini -PM

PERDANA MENTERI AKAN UMUM BERITA BAIK UNTUK PENJAWAT AWAM 30 OGOS INI

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan berita gembira untuk penjawat awam pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam, 30 Ogos ini.

“Negara kerap kali dilanda musibah bencana alam seperti banjir besar yang tidak dijangka. Begitu juga dengan ancaman keselamatan, termasuk di perbatasan negara.

“Pada saat negara sedang mengalami kesusahan, pasukan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Agensi Pengurusan Bencana Negara dan pelbagai agensi kerajaan lain, bertugas tanpa lengah dan penuh dedikasi.

Sumber: Berita Harian

“Kerajaan Keluarga Malaysia sentiasa menghargai pengorbanan penjawat awam di bawah pimpinan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Simposium Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, sesebuah kerajaan hanya akan menjadi kuat dan berkesan jika mendapat dukungan daripada semua pihak.

Katanya, perkara itu dapat dilihat apabila kerajaan Keluarga Malaysia tidak pernah bersengketa atau memandang ringan pengorbanan penjawat awam.

“Begitu juga dengan aktivis masyarakat yang cekal berkhidmat kepada negara, khususnya melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Kerajaan Keluarga Malaysia sentiasa mengingati sumbangan mereka,” katanya.

berita baik penjawat awam

Menyentuh pentadbirannya yang genap setahun hari ini, Perdana Menteri berkata, beliau mengangkat sumpah jawatan itu ketika negara berdepan dengan pandemik COVID-19 sehingga merekod sebanyak 24,599 kes harian dan 393 kematian pada 26 Ogos tahun lalu.

Bagaimanapun, jelasnya, hasil kerja keras semua pihak dan kejayaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Malaysia menjadi antara negara yang mencatatkan kadar pelalian terpantas dan akhirnya berjaya memasuki Fasa Peralihan ke Endemik pada 1 April lalu.

“Dari sudut politik pula, negara pada waktu saya mengambil-alih tampuk pemerintahan berhadapan dengan suasana ketidaktentuan dan ketidakstabilan.

“Ada pihak yang meramalkan bahawa bila-bila masa sahaja kerajaan Keluarga Malaysia boleh runtuh, berdasarkan sejarah lompat parti waktu itu.

“Syukurlah jangkaan itu tidak berlaku dan kini usia kerajaan ini menjangkau satu tahun,” katanya.

keluarga malaysia berita baik penjawat awam

Dalam pada itu, beliau berkata, ketaatsetiaan kerajaan Keluarga Malaysia kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak boleh sama sekali diragui, malah sentiasa menjaga hubungan baik dengan pihak istana, selaras dengan prinsip pertama Rukun Negara, iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara.

Katanya, atas nasihat Yang di-Pertuan Agong, inisiatif diambil dengan melupakan segala perbezaan dan mewujudkan kebersamaan sehingga memeterai kerjasama rentas parti dengan parti pembangkang.

“Hasil pendekatan inklusif ini, kita mencapai kestabilan politik. Pelbagai inisiatif lain yang kita rundingkan melalui sesi konsultasi mendapat sokongan meluas semua pihak.

“Ini termasuklah Bajet 2022 yang mendapat kelulusan majoriti serta Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan membabitkan Perjanjian Malaysia 1963 dan larangan lompat parti yang diluluskan sebulat suara,” katanya.

Apa agaknya berita baik untuk penjawat awam tu ya?

Rangkuman Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke -18

Saksikan Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke -18 yang disempurnakan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri pada 30 Ogos 2022 (Selasa) jam 10.00 pagi di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) secara langsung di saluran RTM dan Facebook rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam dan Institut Tadbiran Awam Negara.

https://www.youtube.com/watch?v=Mn7NS5LFmb4
Rujuk laporan penuh: MAPPA XVIII: Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18

MAJLIS AMANAT PERDANA PERKHIDMATAN AWAM KE-18 (MAPPA XVIII)

“Penjawat Awam Tonggak Aspirasi Keluarga Malaysia”

Pautan LIVE dan Laporan Rangkuman Isi Penting : MAPPA XVIII: Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18

Baca juga: Tawaran Program Persediaan Alam Pekerjaan Anak Istimewa Selangor (ANIS)

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!