MAPPA XVIII: Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18

LIVE 30 Ogos 2022: MAJLIS AMANAT PERDANA PERKHIDMATAN AWAM KE-18 (MAPPA XVIII)

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan berita gembira untuk penjawat awam pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam pada hari ini, 30 Ogos 2022.

Ramai tentunya tertunggu-tunggu apakah berita gembira yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri hari ini.

“Negara kerap kali dilanda musibah bencana alam seperti banjir besar yang tidak dijangka. Begitu juga dengan ancaman keselamatan, termasuk di perbatasan negara.

“Pada saat negara sedang mengalami kesusahan, pasukan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Agensi Pengurusan Bencana Negara dan pelbagai agensi kerajaan lain, bertugas tanpa lengah dan penuh dedikasi.

“Kerajaan Keluarga Malaysia sentiasa menghargai pengorbanan penjawat awam di bawah pimpinan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Simposium Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) tempoh hari.

Ismail Sabri berkata, sesebuah kerajaan hanya akan menjadi kuat dan berkesan jika mendapat dukungan daripada semua pihak.

Katanya, perkara itu dapat dilihat apabila kerajaan Keluarga Malaysia tidak pernah bersengketa atau memandang ringan pengorbanan penjawat awam.

“Begitu juga dengan aktivis masyarakat yang cekal berkhidmat kepada negara, khususnya melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Kerajaan Keluarga Malaysia sentiasa mengingati sumbangan mereka,” katanya.

keluarga malaysia berita baik penjawat awam

Apa agaknya berita baik untuk penjawat awam? Jom kami kongsikan sepenuhnya di sini.

TERKINI : 6 Inisiatif Untuk Penjawat Awam Sempena MAPPA XVIII (Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18)

Berikut adalah rangkuman ‘berita gembira’ yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam MAPPA XVIII (Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18) sebentar tadi:

  • Menaikkan kadar maksimum jumlah cuti rehat yang boleh dikumpulkan bagi tujuan award wang tunai (GCR) daripada 160 hari ke 180 hari.
  • Tambahan Kadar Cuti Rehat Khas sebanyak 5 hari menjadikan jumlah Cuti Rehat Khas 15 hari setahun kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun.
  • Perluasan tafsiran ahli keluarga bagi kemudahan Cuti Tanpa Rekod urusan kematian ahli keluarga terdekat.
  • Penambahbaikan pemberian pergerakan gaji tahunan kepada pegawai yang telah mencapai gaji maksimum.
  • Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 untuk penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 dan akan dibayar mulai Januari 2023.
  • Bantuan khas kewangan tahun 2023 kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM 700 dan akan dibayar pada Januari 2023.
  • Bantuan Khas kewangan RM350 kepada pesara kerajaan bagi tahun 2023

Saksikan Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke -18 yang disempurnakan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri pada 30 Ogos 2022 (Selasa) jam 10.00 pagi di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) secara langsung di saluran RTM dan Facebook rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam dan Institut Tadbiran Awam Negara.

https://www.youtube.com/watch?v=Mn7NS5LFmb4

LIVE: MAJLIS AMANAT PERDANA PERKHIDMATAN AWAM KE-18 (MAPPA XVIII)

“Penjawat Awam Tonggak Aspirasi Keluarga Malaysia”

Pautan LIVE:

*Ucaptama Perdana Menteri akan dikemaskini dalam artikel ini dalam masa terdekat.

Baca juga: Tawaran Program Persediaan Alam Pekerjaan Anak Istimewa Selangor (ANIS)

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!