Bayaran Insentif Awal Penjawat Awam 2024 (RM2000)

Bayaran Insentif Awal Penjawat Awam 2024

BAYARAN INSENTIF AWAL | Berita gembira! Semua penjawat awam termasuk pesara kerajaan akan menerima Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) pada 23 Februari 2024.

πŸ“Œ Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 dibuat 23 Februari 2024

πŸ“Œ Laporan akhir Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) akan dimuktamadkan dalam tempoh dua bulan

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bayaran ini.

Belanjawan 2024: Isu Kenaikan Gaji Penjawat Awam

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kenaikan gaji penjawat awam sepatutnya telah naik sejak dua tahun lalu, namun tidak dilaksanakan kerajaan sebelum ini.

Jelasnya, mesyuarat bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum ini mengesahkan tidak ada sebarang langkah dibuat kerajaan terdahulu untuk melihat perkara tersebut termasuk mengadakan mesyuarat berkaitan perkara itu.

β€œJadi bila kita adakan mesyuarat dan bila saya semak dengan JPA saya kata kenapa tidak ada mesyuarat lagi? Dia kata takda. Pada hal gaji penjawat awam ini tiap 10 tahun ikut keupayaan kita, kalau kita boleh naik sikit kena naik sebab inflasi tu naik juga sikit,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Geopark Discovery Centre, Langkawi pada 11 Ogos 2023.

Untuk rekod, kali terakhir kadar gaji penjawat awam dinaikkan adalah pada tahun 2013 iaitu 10 tahun lalu yang melibatkan pemberian kepada semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) mulai 1 Julai 2013, melibatkan kenaikan antara RM80 hingga RM320.

Kerajaan sewajarnya bersedia untuk menaikkan gaji penjawat awam dengan pelaksanaan kenaikan kadar gaji 8 peratus bagi gred 40 dan ke bawah dan 5 peratus bagi gred 41 hingga gred 54.

Sumber : Berita RTM

Kadar minimum kenaikan kadar gaji yang ditetapkan adalah sebanyak RM200. Perubahan kadar gaji ini juga akan turut melibatkan penyelarasan pencen pesara yang akan menikmati pencen bulanan yang lebih baik.

Bayaran Insentif Awal RM2000 Untuk Penjawat Awam 2024

Penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak akan terima Bayaran Insentif Awal RM2,000 yang dibayar 23 Februari 2024.

Insentif RM1000 pula diberikan kepada pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

Kerajaan bersetuju memberikan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kepada penjawat awam dan pesara ini sementara menunggu Kajian SSPA yang dijangka dimuktamadkan pada penghujung tahun 2024.

Beliau berkata bayaran insentif ini dibuat sementara kerajaan menyemak semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam yang kali terakhir dilaksanakan pada 2012.

β€œKajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) ini akan meneliti keperluan semua skim perkhidmatan dan dijangka akan dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata bayaran insentif berjumlah RM1,000 juga diberi kepada jawatan utama sektor awam melibatkan semua pihak termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.

Beliau berkata semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen turut menerima bayaran insentif RM1,000, yang akan dibuat sekali gus pada akhir Februari depan bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang Ramadan dan Syawal.

Tarikh Bayaran Insentif Penjawat Awam 2024

Bayaran insentif ini akan dibuat pada 23 Februari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal.

insentif penjawat awam

Cadangan CUEPACS – Kenaikan RM300, Bonus Minimum 1 Bulan Setengah

Antara cadangan CUEPACS ialah menaikkan gaji penjawat awam sebanyak RM300, bonus minimum satu bulan setengah yang kali terakhir diterima pada 2012 dan selepas itu hanya diberikan bantuan khas kewangan.

Diskaun sekurang-kurangnya 30 peratus bagi pembayaran cukai pendapatan kepada semua penjawat awam dan meningkatkan jumlah pengiraan pencen kepada jumlah tahun perkhidmatan hingga 35 tahun bagi memaksimumkan pencen bakal diterima penjawat awam.

Ini antara permohonan sangat wajar bagi membantu penjawat awam menghadapi peningkatan kos sara hidup semasa.

Diharap Perdana Menteri juga dapat mengambil peluang ketika pembentangan belanjawan untuk menoktahkan polemik cadangan pemansuhan pencen penjawat awam sama ada membabitkan penjawat awam sedia ada mahupun baru dilantik. Kerajaan perlu mengumumkan secara terbuka pendirian dan keputusan terhadap isu ini.

Ini penting kerana masyarakat dan ahli politik hangat membahaskan isu ini hingga menimbulkan keresahan serta ketidakselesaan penjawat awam dan rakyat yang berminat menyertai perkhidmatan awam.

Skim pencen menjadi keistimewaan penjawat awam di negara ini tidak wajar dilihat sebagai bebanan kepada kerajaan, justeru tidak wajar dipertikaikan apatah lagi dicadang untuk dimansuhkan.

Semoga Belanjawan Madani 2024 menjadi peristiwa penting mengiktiraf sumbangan dan menyantuni harapan semua penjawat awam dengan menyediakan buah tangan sewajarnya sebagai suntikan semangat dan motivasi untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada kerajaan, rakyat dan negara.

Walaupun berhadapan pelbagai kekangan, kerajaan perlu berusaha sedaya upaya untuk memenuhi tuntutan dan harapan penjawat awam dalam belanjawan kali ini.

Sumber: RTM, Berita Harian

Baca juga :

Ikuti perkembangan semasa yang sahih di semua pautan media sosial rasmi Berita RTM:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!