PADU 2024: Cara Login, Daftar & Kemaskini (padu.gov.my)

PADU: Sistem Pangkalan Data Utama 2024 – Login Kali Pertama, Daftar & Kemaskini

Seiring dengan kemajuan teknologi, kerajaan telah mengumumkan pelancaran Sistem Pangkalan Data Utama atau singkatannya PADU pada 2 Januari 2024.

PADU merupakan pangkalan data utama negara yang selamat dan komprehensif ke arah digitalisasi dan penghasilan analitik yang tepat.

Bermula 2 Januari 2024, semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas digalakkan mendaftar dan mengemas kini maklumat anda.

Salah satu kepentingan mendaftar adalah memastikan rakyat yang layak mendapat manfaat tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial melalui sistem ini.

Sumber: Youtube Rasmi Kementerian Ekonomi

Apa itu Sistem Pangkalan Data Utama @ PADU?

Pangkalan Data Utama (PADU), mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia. Maklumat profil ini akan diperolehi melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber.

Anda boleh mengemaskini maklumat bermula 2 Januari 2024 dan seterusnya pada bila-bila masa sekiranya terdapat sebarang perubahan seperti alamat semasa, maklumat pekerjaan dan pendapatan. Sila rujuk Portal PADU bagi sebarang pengumuman terkini.

Pangkalan Data Utama @PADU adalah berlainan dengan program ID Digital Nasional (IDN).

Logo rasmi PADU

PADU merupakan satu pangkalan data yang mengandungi maklumat individu manakala IDN merupakan pengenalan diri secara digital yang memudahkan individu untuk melaksanakan urusan dalam talian.

Buat masa kini, sistem tersebut menggunakan pengesahan identiti individu melalui e-KYC sahaja.

Pengintegrasian IDN dengan Sistem Pangkalan Data Utama akan dilaksanakan kelak.

Baca lagi: MyDigital ID Malaysia – Identiti Digital Nasional (IDN) 2024

padu 2024 daftar akaun

Objektif & Matlamat

Berikut merupakan objektif pengenalan Sistem Pangkalan Data Utama :

  • Penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” bagi digitalisasi dan penghasilan analitik berkala.
  • Penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data.
  • Membolehkan pelaksanaan dasar secara bersasar bagi mengimbangi kedudukan fiskal.
padu 2024 sistem pangkalan data utama malaysia

Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) diperkenalkan untuk mencapai matlamat berikut:

  • Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
  • Mengoptimumkan penggunaan sumber yang terhad.
  • Memperkasa sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat.
  • Merapatkan jurang sosioekonomi dengan mengimbangi keperluan rakyat.
sistem pangkalan data utama padu
Logo rasmi PADU (Sistem Pangkalan Data Utama)

Kenapa Perlu Daftar PADU?

Dengan mendaftar dan mengemaskini maklumat dalam portal ini, anda dapat memastikan anda tidak tercicir daripada menerima bantuan atau perlindungan sosial sekiranya layak.

Tempoh tiga (3) bulan pengemaskinian maklumat dalam Fasa 1 untuk membolehkan Kerajaan memproses data berkenaan bagi menentukan kelayakan individu berdasarkan jenis bantuan Kerajaan.

padu 2024 daftar akaun

PADU akan menjadi asas untuk penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data termasuk pemberian bantuan subsidi kepada golongan yang memerlukan dan ke arah pembaharuan kebajikan sosial.

Siapa Perlu Daftar?

Semua warganegara dan pemastautin tetap yang menetap di Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas boleh mendaftar PADU bagi memastikan anda tidak tercicir untuk mendapat manfaat daripada inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan.

  • IR merupakan seorang atau sekumpulan yang menetap bersama dalam satu tempat kediaman dan membuat peruntukan (perbelanjaan) secara bersama untuk makanan dan keperluan hidup yang lain.
  • AIR merujuk individu atau ahli dalam sesuatu IR.
  • KIR pula ialah seorang AIR biasa sama ada lelaki atau perempuan yang dianggap sebagai ketua oleh AIR yang lain. KIR mesti seorang penerima pendapatan dan berumur 18 tahun ke atas.

Masih keliru siapa ketua isi rumah dan siapa ahli isi rumah?

Tonton video di bawah:

@paduofficial_

Masih keliru Ketua Isi Rumah atau Ahli Isi Rumah ? Dengarkan penjelasan daripada suami isteri ini! #PADUSejahtera #PangkalanDataUtama #bismillahfyp #fypシ゚viral #MalaysiaMadani

♬ untuk mencintaimu sped up – rin

Tempoh Pendaftaran

Pendaftaran dibuka mulai 3 Januari hingga 31 Mac 2024. Ayuh, jangan ketinggalan!

padu 2024 daftar akaun

Kemaskini Data PADU Sebelum 31 Mac 2024

Rakyat diingatkan untuk mengemaskini maklumat di sistem Pangkalan Data Utama (PADU) sebelum 31 Mac 2024 bagi mengelakkan diri tercicir daripada sebarang bantuan kerajaan.

APA YANG AKAN TERJADI SELEPAS 31 MAC 2024?

  1. Bagi individu yang berada di batasan M40 dan B40 yang tidak pernah mendapat bantuan subsidi kerajaan atau STR, dinasihatkan untuk mengemaskini maklumat di dalam sistem kerana bantuan subsidi bersasar yang akan diperkenalkan oleh Kerajaan adalah menggunakan pendekatan pendapat boleh guna yang memungkinkan individu tersebut layak menerima bantuan.
  2. Individu yang tidak mengemaskini maklumat dalam sistem ini perlu menunggu sehingga pusingan seterusnya pengemaskinian yang akan dibuka secara berkala mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Kerajaan.

Sementara itu, semua penjawat awam diminta untuk mengemas kini maklumat dan data dalam sistem PADU dengan kadar segera,selewat-lewatnya pada 15 Februari 2024.

Berikut dilampirkan SURAT EDARAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT DAN DATA SEMUA PENJAWAT AWAM DALAM PANGKALAN DATA UTAMA (PADU)

daftar padu
daftar padu

Daftar segera di https://padu.gov.my.

daftar padu

Syabas diucapkan kepada Individu yang telah mengemaskini maklumat dalam PADU kerana anda telah mengambil peluang ini untuk Kerajaan membantu anda.

3 Langkah Daftar Online PADU 2024

Sistem PADU telah dibuka secara rasmi selepas sesi perasmian YAB Perdana Menteri pada tengah hari 2 Januari 2024. Pautan PADU di www.padu.gov.my.

Berikut adalah langkah yang perlu dilakukan untuk mendaftar:

  1. MAKLUMAT ASAS
    • Layari www.padu.gov.my. Tekan butang ‘DAFTAR SEKARANG’. Maklumat pendaftaran mestilah sama seperti yang tertera pada kad pengenalan. Isikan nombor telefon bimbit dan e-mel yang sah serta aktif untuk penerimaan OTP.
  2. PENGESAHAN AKAUN
    • Anda perlu mengisi OTP yang diterima melalui e-mel atau SMS dalam tempoh 3 minit. Permohonan semula diperlukan sekiranya tidak menerima OTP dalam tempoh ditetapkan atau tamat tempoh pengisian.
  3. TETAPKAN KATA LALUAN
    • Kata laluan mestilah ditetapkan dengan kombinasi huruf besar, kecil dan simbol istimewa. Kata laluan ini diperlukan untuk log masuk bagi proses pengemaskinian maklumat.
Paparan utama laman web PADU – klik butang DAFTAR SEKARANG untuk mula mendaftar akaun anda.

Apakah maklumat yang perlu diisi dan dikemaskini? Sila rujuk infografik di bawah. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.

Berikut adalah 3 langkah mudah eKYC, iaitu proses pengesahan identiti bagi melindungi maklumat individu:

Setelah berjaya mendaftar, anda akan mendapat notifikasi melalui telefon bimbit seperti berikut:

Rujuk video di bawah untuk lebih mudah faham:

Kemaskini Akaun PADU

Kepada yang sudah Daftar PADU!

Jangan lupa:

  • Kemas kini
  • Pengesahan Identiti e-KYC
  • Perakuan Pengesahan

Masih tak dapat daftar? Anda mungkin telah melakukan beberapa kesalahan berikut ketika proses eKYC swafoto pengguna.

Jom daftar dan kemas kini PADU di www.padu.gov.my sebelum 31 Mac 2024.

Pendaftaran Secara Manual Di Kaunter PADU

Memandangkan capaian internet di bandar dan luar bandar yang berbeza, maka kerajaan telah memperkenalkan pelbagai mod pendaftaran dan pengemaskinian maklumat setiap warganegara Malaysia di sistem Sistem Pangkalan Data Utama:

padu 2024

Bagi pendaftaran secara manual, pastikan anda membawa dokumen berikut:

  1. Kad pengenalan & salinan kad pengenalan
  2. Maklumat bank
  3. Pendidikan tertinggi
  4. Maklumat pekerjaan
  5. Maklumat pendapatan
  6. Maklumat komitmen
padu 2024

Lokasi Kaunter Setiap Negeri

DOSM telah membuka kaunter di PEDI, Pejabat Daerah dan Pejabat Operasi bagi tujuan pendaftaran.

Sila rujuk kaunter terdekat di daerah anda untuk membuat pendaftaran secara manual.

SENARAI KAUNTER PADU

Senarai lokasi kaunter PADU di seluruh negara boleh didapati di pautan https://padu.gov.my/hubungi/lokasi

  1. DIREKTORI DOSM NEGERI DAN PEJABAT OPERASI
  2. KAUNTER FIZIKAL PADU DI PEJABAT DAERAH
  3. KAUNTER FIZIKAL PEDI MENGIKUT NEGERI

Kalau ada masalah atau pertanyaan, sila hubungi Hotline PADU di talian 1-800-88-7720.

Kelebihan Bagi Pendaftar

1) PROMOSI DISKAUN DI MYDIN

Bagi menikmati diskaun kad PADU di cawangan MYDIN, anda dikehendaki mendaftar di MYDIN Rewards WEBAPP melalui mana-mana pelayar internet dalam telefon pintar, tablet, komputer riba atau PC anda.

Seterusnya, anda perlu memasukkan kod verifikasi yang disediakan oleh pihak PADU setelah selesai proses verifikasi pada bahagian kod penebusan MYDIN Rewards WEBAPP seperti dalam paparan di bawah.

Daftar & Tebus kupon PADU ni memang padu beb! Haa macam mana nak nikmati promosi ini? Ini caranya:

  1. Buat pendaftaran di website PADU https://padu.gov.my/
  2. Selepas selesai pengesahan & perakuan di website PADU, anda akan menerima emel Perakuan Profil Individu. Simpan kod perakuan yang diterima.
  3. Kemudian, imbas Kod QR di bawah atau layari https://rewards.mydin.com
  4. Isi nombor telefon serta butiran yang diperlukan. Klik “Get Verification Code” dan masukkan kod pengesahan OTP yang dihantar ke nombor telefon anda.
  5. Selesai pendaftaran, pergi ke bahagian “My Voucher” dan klik “View Rewards”.
  6. Di ruangan “Redeem Code”, masukkan kod perakuan yang telah diterima daripada emel PADU tadi.
  7. Klik “Available Voucher” dan anda akan menerima kupon promosi MYDIN. Klik “Use Now” untuk menggunakan kupon dan tunjuk kupon tersebut semasa membuat pembayaran di cawangan MYDIN.

Senang kan? Ini promosi PADU minggu ini

Untuk dapatkan #PromosiMYDIN terkini, korang follow je Telegram MYDIN Malaysia https://t.me/mydinmalaysia

Info Tambahan

Walaupun anda sekarang tidak memerlukan sebarang bantuan daripada kerajaan, anda digalakkan mendaftar dan membuat pengemaskinian bagi memastikan anda tidak tercicir untuk mendapat manfaat daripada inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Sumber infografik: DBook Penerangan Buletin Kita Ok! Bil 52 / Disember 2023 https://dbook.penerangan.gov.my/

Sedikit maklumat tambahan:

Adakah Sistem Pangkalan Data Utama @ PADU sama dengan program ID Digital Nasional (IDN)?

Jawapan:

TIDAK. Sistem Pangkalan Data Utama merupakan satu pangkalan data yang mengandungi maklumat individu manakala IDN merupakan pengenalan diri secara digital yang memudahkan individu untuk melaksanakan urusan dalam talian.

Buat masa kini, Sistem Pangkalan Data Utama menggunakan pengesahan identiti individu melalui e-KYC (Electronic Know Your Customer) sahaja. Pengintegrasian IDN dengan Sistem Pangkalan Data Utama akan dilaksanakan kelak.

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan portal PADU di saluran rasmi berikut:

Aduan secara online boleh dibuat melalui talian hotline berikut:

  • MyGCC : 1-800-88-7720 (8.00 pagi hingga 6.00 petang)
  • Jabatan Perangkaan Malaysia : 1-800-88-7721 (7.30 pagi hingga 10.00 malam) *mulai 5 Januari 2024
  • Aduan secara online melalui SiSPAA (24 jam setiap hari) https://padu.spab.gov.my
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!