Checklist Barang Ke Taska: 15 Item Wajib Bawa

Sekiranya diberi peluang, sudah pasti setiap ibu bapa ingin menjaga anak mereka sendiri. Namun, tidak semua ibu bapa mempunyai peluang sedemikian. Justeru itu, ramai ibu bapa yang memilih untuk menghantar anak ke pengasuh ataupun taska. 

Sebelum menghantar anak anda taska, pastikan anda mengambil kira beberapa aspek penting ini, antaranya ialah:

  1. Pastikan taska tersebut berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mematahui piawaian yang ditetapkan. 
  2. Aspek keselamatan dipatuhi dengan baik. 
  3. Aspek kebersihan terjaga. 
barang ke taska


Jika semuanya sudah dipastikan dan anda membuat keputusan untuk menghantar anak anda ke taska tersebut, maka tibalah masanya untuk membuat persiapan barang ke taska. Untuk memudahkan, anda boleh rujuk perkongsian di bawah. Semua barang ini boleh didapatkan di Shopee tau!

Jom baca!

Checklist Barang Ke Taska: 17 Item Wajib Bawa

1. Set Tilam

Sekiranya anda anak masih lagi bayi, anda disyorkan untuk membawa set tilam sendiri. Biasanya pihak taska juga akan meminta ibu bapa untuk menyediakan tilam sendiri.

Set tilam bayi biasanya datang sekali dengan bantal dan juga peluk. Anda boleh dapatkan set tilam bayi dengan pelbagai jenis, saiz dan corak di Shopee atau klik sahaja link di bawah. 

Set Tilam Bayi: https://shopee.com.my/farra_effarikha/7377045262

2. Selimut

Seterusnya, jangan lupa sediakan selimut untuk anak anda tidur apabila berada di taska kelak. Tak perlu bawa selimut tebal. Bawa selimut yang tipis dan ikut saiz badan anak anda sahaja macam selimut dekat bawah ini pun okay. 

Selimut: https://shopee.com.my/theshoppingbear/11571602883

3. Bedung Instant 

Untuk anak yang masih lagi memerlukan bedung, anda tak perlu susah-susah cari kain bedung untuk buat bedung secara manual. Kini, terdapat pelbagai pilihan kain bedung segera yang anda boleh dapatkan bagi memudahkan dan menjimatkan masa.

Bedung instant: https://shopee.com.my/adelinefoo2004/13213546503

4. Botol Susu 

Sebaiknya, anda bekalkan sekurang-kurangnya dua botol susu untuk anak anda. Pastikan botol susu tersebut sudah disterilisasikan sebelum anda memasukkannya ke dalam bag untuk dibawa ke taska.  Antara jenama botol susu yang popular ialah Philips Avent. 

Botol susu Philips Avent: https://shopee.com.my/shopyourown/15304126254

5. Cawan Richell

Untuk anak-anak yang sudah boleh minum seperti biasa, anda disyorkan untuk menyediakan juga cawan keluaran Richell ini bagi membantunya minum dengan baik tanpa tumpah. Cawan ini direka khusus untuk bayi dan kanak-kanak yang belajar untuk minum daripada cawan. 

Cawan Richell: https://shopee.com.my/babyking.os/2850925598

6. Susu Formula

Jangan lupa juga bekalkan susu formula yang sesuai untuk anak anda. Ini adalah salah satu item yang terpenting. Hal ini kerana, setiap bayi/kanak-kanak mempunyai susu yang berbeza mengikut keperluan dan juga kesesuaian mereka.

Susu formula: https://shopee.com.my/pediasure.os/21650188079

7. Set Barang Mandian

Sediakan juga barang mandian untuk anak anda. Sebaiknya beli satu set yang sudah merangkumi sabun mandi, syampu, losyen dan sebagainya. Anda boleh dapatkan Johnson’s Baby Travel Kit set untuk set barang mandian yang lengkap dan mudah dibawa ke mana-mana. 

Set Johnson’s Baby Travel Kit: https://shopee.com.my/tmg_mart/9146852839

8. Tuala

Pastikan juga anda sediakan tuala mandi khusus untuk anak anda. Biasanya pihak taska akan memandikan anak sebelum waktu balik. Pilih tuala yang diperbuat daripada kapas (cotton) untuk mudah menyerap air dan mempunyai tekstur yang lembut sesuai dengan kulit kanak-kanak yang sensitif. 

Tuala kanak-kanak: https://shopee.com.my/babybaju/21726614102

9. Minyak Yu Yee

Hah, pasti ibu bapa kenal dengan minyak jenama ini. Minyak Yu Yee ini sering digunakan untuk membantu melegakan kembung perut bayi dan sebagainya. Jadi, ada baiknya anda bekalkan sekali untuk anda sebagai persediaan. 

Minyak Yu Yee: https://shopee.com.my/xingzhensupplier/5705439360

10. Bip

Bagi anak-anak yang sudah boleh makan sendiri, anda disyorkan untuk menyediakan bip bagi kegunaan mereka semasa makan kelak. Ini dapat membantu mengurangkan kotoran pada baju anak anda. 

Bip: https://shopee.com.my/einmilk.os/11351324756

11. Lampin/Pampers

Sediakan beberapa helai lampin ataupun pampers untuk dibawa setiap hari ke taska. Anda boleh sediakan lebih sebagai persediaan. Untuk pampers yang berkualiti tinggi, mudah serap, tipis dan harga berpatutan, anda boleh cuba pampers keluaran Aiwibi ini. 

Pampers Aiwibi: https://shopee.com.my/vc.mach.co/9286040148

12. Baju Tidur

Untuk memberi keselesaan kepada anak anda, sediakan sehelai baju tidur khusus untuk digunakan semasa tidur di taska. 

Baju tidur: https://shopee.com.my/momohouse.os/5056883168

13. Baju Biasa Bayi (Bawa Lebih)

Jangan lupa juga sediakan beberapa helai baju biasa untuk digunakan sepanjang berada di taska. Pilih baju yang tidak panas, mudah digunakan serta selesa digunakan oleh anak anda. 

Baju: https://shopee.com.my/kids_co/17321970746

14. Susu Badan

Sekiranya anak anda masih lagi bergantung pada susu badan, anda boleh bekalkan susu badan anda. Namun, pastikan cara penjagaan kualiti susu badan diambil berat. Anda boleh letakkan susu badan anda ke dalam breastmilk storage bag yang khusus seperti di bawah ini. 

Storage milk: https://shopee.com.my/bajutidur520/13507232463

15. Cooler bag + ice pack

Bagi memastikan susu anda terjamin kualitinya, anda boleh masukkan susu-susu tersebut ke dalam cooler bag beserta ice pack. Ini akan memanjangkan lagi jangka hayat susu serta memelihara kualitinya. 

Cooler bag: https://shopee.com.my/momohouse.os/1274217741

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk dijadikan rujukan apabila anda mencari barang ke taska yang perlu dibawa kelak.

Bantu kami share artikel ini: