Checklist Barang Ke Labour Room: Bawa Yang Perlu Sahaja!

Menantikan saat kelahiran bayi adalah detik terindah yang ditunggu oleh setiap pasangan suami isteri dan juga seluruh ahli keluarga.

Disamping kegembiraan serta perasaan yang bercampur-baur, pastikan anda sudah menyiapkan barang ke labour room yang perlu dibawa apabila tiba masanya nanti. 

Barang Ke Labour Room

Letakkan semua barang keperluan tersebut di dalam sebuah beg dan  terus simpan di dalam bonet kereta yang sering digunakan oleh ibu yang sedang mengandung.

Hal ini akan memudahkan apabila berlakunya detik-detik kecemasan dan boleh mengelakkann barang penting terlupa bawa. Lagipun, ketenangan ibu turut mempengaruhi proses kelahiran yang lebih mudah. Kalau ibu dah stress, bayi pun susah nak keluar!

Checklist Barang Ke Labour Room

Sebenarnya untuk ibu, anda hanya perlu membawa diri dan kandungan serta doa yang banyak apabila hendak masuk ke labour room. Pastikan anda sudah menanggalkan semua perhiasan ataupun barang kemas yang dipakai. 

Manakala untuk bayi yang bakal dilahirkan pula,  anda perlu menyediakan beberapa item ketika masuk ke labour room. Antaranya ialah: 

1. Baju Bayi Newborn

Sediakan satu helai baju dengan saiz sesuai untuk bayi baru lahir untuk dipakaikan kepada anak anda kelak. Sebaiknya, pilih baju yang berlengan panjang untuk mengelakkan bayi anda kesejukan.

Baju newborn: https://shopee.com.my/fancybaby.os/6949493827 

2. Kain Bedung

Seterusnya, sehelai kain bedung. Pilih kain bedung yang diperbuat daripada bahan yang berkualiti dan tidak sensitif untuk kulit bayi. Anda boleh dapatkan pelbagai pilihan kain bedung yang comel-comel di Shopee, contohnya seperti di bawah.

Kain bedung: https://shopee.com.my/xiewenmin/837491953

3. Pampers 

Jangan lupa juga sediakan sekeping pampers new born untuk bayi anda. Pilih saiz yang betul agar sesuai untuk bayi anda yang baru lahir. 

Pampers newborn: https://shopee.com.my/petpetofficialstore/19912373537

4. Mitten & Booties

Mitten adalah sarung tangan bayi manakala booties adalah sarung kaki bayi. Untuk memudahkan anda, sebaiknya beli satu set yang sama warna seperti baju, topi dan kain bedung. Barulah ada menarik, kan. 

Mittern & booties: https://shopee.com.my/omoochi/8711353467

5. Topi bayi

Lindungi kepala bayi anda yang baru dilahirkan dengan sebuah topi bayi. Untuk pengetahuan anda, kepala bayi yang baru lahir biasanya lebih besar berbanding saiz badannya. Ini menyebabkan haba tubuh bayi mudah hilang melalui kulit kepala.

Pemakaian topi kepada bayi yang baru lahir adalah untuk menjaga bayi agar tetap suhu badannya kekal hangat seperti berada di rahim ibu.

Topi newborn: https://shopee.com.my/ichibansheng/6743632288

Barang Keperluan Ibu Di Wad

Apabila sudah selamat melahirkan, biasanya para ibu akan ditahan di wad untuk melihat perkembangan kesihatan mereka. Oleh itu, jangan lupa sediakan juga barang keperluan untuk ibu semasa berada di wad. 

1. Tuala

Sediakan sebuah tuala untuk ibu gunakan apabila berada di dalam wad. Biasanya pihak hospital tidak ada menyediakan tuala untuk pesakit. 

Tuala: https://shopee.com.my/yellow_shark2020/12274072054

2. Kain Batik/Skirt

Walaupun biasanya Ibu akan diminta untuk memakai pakaian hospital, namun ada baiknya anda menyediakan sehelai kain batik ataupun segan untuk dipakai apabila ibu keluar daripada hospital kelak ataupun semasa diperlukan ketika berada di dalam wad.

Kain batik: https://shopee.com.my/qq_shopping/9645674822

3. Maternity Pad

Sediakan juga pad bersalin ataupun pad ‘overnight’ untuk mengelakkan darah yang keluar selepas bersalin bocor. Sekiranya perlu, sediakan beberapa keping tambahan pad untuk persediaan. 

Maternity pad: https://shopee.com.my/pureenmalaysia/256938944

4. Baju Mesra Menyusu

Untuk memudahkan ibu menyusukan bayi semasa berada di dalam wad, sediakan beberapa helai baju yang berzip hadapan ataupun baju yang mesra-menyusu. Baju ini juga boleh dipakai semasa keluar daripada wad kelak. 

Baju menyusu: https://shopee.com.my/summerglitzfashion/14507587047

5. Tudung Sarung

Untuk tekan menjaga aurat, pastikan anda membawa tudung sarung untuk digunakan sepanjang berada di wad. Tudung sarung sangat praktikal kerana ia sangat mudah dipakai dan tidak perlu digosok. Sesuai untuk ibu yang baru bersalin dengan pergerakan terbatas. 

Tudung sarung: https://shopee.com.my/zeesoo/9415248061

6. Stokin Tebal

Sekiranya kaki anda mudah kesejukan, pastikan anda membawa beberapa helai stokin tebal. Ada banyak pilihan stokin tebal dan comel-comel yang anda boleh dapatkan di Shopee. Harganya pun sangat mampu milik. 

Stokin: https://shopee.com.my/ecobb.os/8333597776

7. Pakaian Dalam Pakai Buang

Anda boleh membawa pakaian dalam yang perlu dibasuh namun dinasihatkan untuk membawa pakaian dalam pakai buang sahaja. Apabila menggunakan pakaian dalam pakai buang, ia boleh terus dibuang setelah anda memakainya tanpa perlu bersusah-payah perlu mencucinya lagi.  

Maternity panties: https://shopee.com.my/welovebb/16019591737

8. Selipar

Selipar juga item yang penting untuk ibu semasa berada di wad. Pastikan selipar yang dibawa tidak licin. Sebaiknya beli selipar baru macam dekat bawah ini pun okay. 

Selipar: https://shopee.com.my/frfactoryretail/10462648260

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!