Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation 2022
Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Johor Corporation kini menawarkan Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Diploma yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Bantuan pendidikan ini diperkenalkan bagi menampung kos perbelanjaan atau pendaftaran awal pelajar ke peringkat IPT.
Baca Juga : Cara Mohon Biasiswa Pasca-Siswazah Kursi Sheikh Othman Sarawak UKM
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan pendidikan yang ditawarkan ini bagi bakal pemohon yang berminat.
Apakah Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation?
Yayasan JCorp sebagai ejen pelaksana tanggungjawab sosial korporat dengan penerapan elemen Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) bagi merealisasikan misi Membina & Membela JCorp yang melibatkan pelajar sekolah dan universiti, guru-guru, ibu bapa serta komuniti setempat.
Bantuan Pendidikan adalah inisiatif berupa bantuan yuran persediaan awal ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Sumbangan yang diberikan adalah berbentuk wang tunai (one-off).
Segala permohonan yang diterima akan dibentangkan melalui Jawatankuasa Sumber & Penyaluran Dana Pendidikan Yayasan Johor Corporation.
OBJEKTIF:
- Membantu meringankan bebanan kewangan ibu bapa/penjaga terhadap tanggungan yuran pengajian pemohon.
- Membela nasib pelajar agar mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tanpa sebarang kesulitan.
Syarat-Syarat Permohonan
Calon perlulah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :
- Permohonan dilakukan dengan mengisi borang digital sahaja.
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
- Permohonan bantuan dilakukan untuk kali pertama (sekali sahaja).
- Pendapatan isi rumah di bawah B40 (RM4,000 dan ke bawah).
- Tahap pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan Sarjana Muda.
- Institut yang diiktiraf oleh Kerajaan dan Kementerian Pengajian Tinggi.
- Tawaran terbuka untuk pengajian sepenuh masa sahaja.
- Permohonan perlu disahkan oleh pihak IPT/Ketua Kampung/Pegawai Kerajaan Gred A.
Cara Mohon Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation
Bagi yang berminat untuk memohon, sila ikuti panduan berikut :
- Layari laman web http://yjcsys.yayasanjcorp.com.my/Main/pelajar.
- Klik butang “Daftar Sekarang.”
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
- Muat naik dokumen lampiran permohonan.
- Klik butang “Hantar Permohonan” untuk menghantar permohonan tersebut.
Dokumen Yang Diperlukan
Calon juga diminta untuk memuat naik dokumen seperti yang disenaraikan berikut :
- Borang kemasukan ke IPT.
- Salinan kad pengenalan pemohon.
- Salinan slip gaji ibu, bapa atau penjaga.
- Semua dokumen perlulah disahkan oleh pihak IPT/Ketua Kampung/Pegawai Kerajaan Gred A.
Tarikh Tutup Permohonan
Pelajar yang berkelayakan boleh lakukan permohonan sebelum tarikh tutup iaitu pada 28 Julai 2022.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation, sila hubungi 07-219 2692 atau melayari laman web http://yjcsys.yayasanjcorp.com.my/Main/pelajar.