Biasiswa Pasca-Siswazah Kursi Sheikh Othman Sarawak UKM

Berita baik untuk pelajar peringkat Sarjana (Mod Penyelidikan) yang melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), anda kini berpeluang untuk memohon Biasiswa Pasca-Siswazah Kursi Sheikh Othman Sarawak UKM.

Teruskan membaca untuk maklumat serta cara mohon biasiswa ini.

Tawaran biasiswa ini terbuka kepada semua pelajar peringkat Sarjana (Mod Penyelidikan) yang akan mendaftar atau sedang menjalani pengajian di UKM pada Semester 1 Sesi 2022/2023.

Biasiswa Kursi Sheikh Othman Sarawak ini diperkenalkan sejak tahun 2022 khas untuk calon pasca-siswazah yang akan dan sedang menjalankan penyelidikan mengenai pembangunan masyarakat Islam Sarawak.  

Baca Juga : Permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak Sesi 2022/2023

Biasiswa Pasca-Siswazah Kursi Sheikh Othman Sarawak

Tarikh Tutup Permohonan

Calon yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan sebelum 31 Julai 2022.

Bidang Penyelidikan

Bidang penyelidikan yang ditawarkan di bawah biasiswa ini adalah seperti berikut :

  • Ekonomi Digital Negeri Sarawak.
  • Pembangunan Tamadun Negeri Sarawak
  • Pertanian Moden
  • Perusahaan Kecil dan Sederhana

Kadar Biasiswa

Kadar biasiswa yang ditawarkan adalah merangkumi yuran pengajian dan elaun sara hidup selama 2 tahun atau 4 semester.

Untuk semester pertama, penerima biasiswa akan diberikan dana sebanyak RM 10,770.00 seperti berikut :

  • RM 5,370.00 (yuran semester pertama).
  • RM 5,400.00 (elaun sara hidup sebanyak RM 1,800.00 sebulan untuk 3 bulan pertama).

Syarat-Syarat Umum

Calon yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat seperti berikut :

  • Terbuka kepada mana-mana calon yang akan mendaftar atau sedang menjalani pengajian peringkat Sarjana di UKM pada Semester 1, Sesi 2022/2023.
  • Keutamaan pemberian biasiswa ini adalah untuk anak Negeri Sarawak.
  • Pemohon mestilah mengikuti pengajian di UKM secara sepenuh masa dan mod penyelidikan (Full Research).
Biasiswa Pasca-Siswazah Kursi Sheikh Othman Sarawak

Syarat Khusus

Calon juga perlu menepati syarat-syarat khusus seperti berikut :

  • Pemohon mestilah memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang, sekurang- kurangnya Ijazah Sarjana Muda Kelas Kedua Atas atau CGPA/PNGK 3.00 ke atas semasa ijazah pertama.
  • Melampirkan cadangan proposal kajian sewaktu memohon dan membentang draf berkenaan dalam sesi temuduga oleh panel khas yang akan dilantik oleh Jawatankuasa Pengurusan Kursi.
  • Memiliki ciri kepimpinan yang tinggi, aktif dalam kegiatan kemasyarakatan dan cemerlang dalam perkembangan bakat seperti kepimpinan, kemahiran dan kreativiti merupakan satu kelebihan.

Pemohon Tidak Layak Memohon

Pemohon tidak layak memohon biasiswa sekiranya tergolong dalam salah satu kategori berikut :

  • Pemohon yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
  • Pemohon yang sedang mengikuti program secara jarak jauh atau separuh masa.
  • Pemohon yang masih terikat dengan mana-mana badan penajaan.
  • Pemohon yang telah bekerja.

Cara Mohon Biasiswa Pasca-Siswazah Kursi Sheikh Othman Sarawak

Permohonan biasiswa ini boleh dibuat berpandukan langkah-langkah berikut :

  1. Layari pautan permohonan iaitu https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScc7gYjVXfkB9BqZZODykI5oN7FWoULQ6-RqMMwCTsdzSBtpA/viewform?usp=sf_link.
  2. Lengkapkan maklumat permohonan.
  3. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  4. Klik “Submit” untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Biasiswa ini sila hubungi Pejabat Urusetia Kursi Sheikh Othman Sarawak menerusi butiran berikut :

Telefon : 03-89215622

Emel : [email protected]

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!