Skim Bantuan Am Pelajaran Peringkat Sijil, Diploma & Ijazah MAIPk 2021

SKIM BANTUAN AM PELAJARAN MAIPk 2021

MAIPk Menyediakan Bantuan Zakat Kepada Pelajar Yang Layak.

Bantuan Am Pelajaran adalah skim bantuan di bawah asnaf Fisabilillah yang disediakan bagi membantu pelajar-pelajar membuat persediaan melanjutkan pengajian.

Bantuan adalah dalam bentuk kewangan dan kadar bantuan adalah berdasarkan peringkat pengajian.

Jom semak kelayakan anak-anak anda dan memohon secara online. Jangan ketinggalan!

Di sini kami kongsikan info penuh tentang Skim Bantuan Zakat Pelajaran MAIPk.

bantuan pelajaran maipk

Apakah Skim Bantuan Pelajaran MAIPk?

Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) adalah sebuah organisasi yang menguruskan hal-hal berkaitan ZAKAT, Agihan wang zakat dan Baitulmal.

Bantuan Am Pelajaran adalah skim bantuan di bawah asnaf Fisabilillah yang disediakan bagi membantu pelajar-pelajar membuat persediaan melanjutkan pengajian.

Bantuan adalah dalam bentuk kewangan dan kadar bantuan adalah berdasarkan peringkat pengajian seperti di bawah:

Peringkat Pengajian

  1. SIJIL / MATRIKULASI / STPM / STAM / SPMV(KV)
    • Jumlah Bantuan : RM 500.00
  2. DIPLOMA / DPMV(KV)
    • Jumlah Bantuan : RM 600.00
  3. IJAZAH
    • Jumlah Bantuan : RM 700.00

Syarat Memohon Bantuan Pelajaran MAIPk 2021

Syarat permohonan:

  1. Tarikh memohon TIDAK MELEBIHI 3 BULAN dari tarikh daftar diri ke IPTA / IPTS.
  2. Tempoh pengajian mestilah melebih tempoh setahun atau 12 bulan.
  3. Pemohon mestilah BERMASTAUTIN dalam Negeri Perak.
  4. Permohonan ini tertakluk kepada PENGAJIAN SEPENUH MASA SAHAJA.
  5. Setiap peringkat pengajian hanya sekali sahaja bantuan akan diberi.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara online melalui pautan http://online.maiamp.gov.my/bantuanam/

Isi maklumat dengan betul.

Jika layak anda akan dihubungi semula.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web http://online.maiamp.gov.my/ atau Muat Turun Manual Pengguna.

Anda juga boleh mendapatkan info melalui saluran berikut

Jom galakkan anak-anak melanjutkan pelajaran. Cari ilmu sebanyaknya. Dengan ilmu boleh jadi insan berguna.

‘Share Posting’ ini. Biar ramai anak-anak Perak tahu. Pendidikan diutamakan kepada anak negeri. Demi melahirkan bangsa merdeka berilmu.

Berikut dikongsikan antara kisah pelajar melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara dengan bantuan MAIPk.

Saksikan contoh kisah mereka dalam pautan di bawah:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!