Kementerian Perpaduan Negara telah membuka permohonan Bantuan Kewangan Program Perpaduan kepada badan bukan Kerajaan (NGO) untuk menganjurkan program perpaduan melibatkan komuniti di pelbagai peringkat dan organisasi menerusi laman web https://apps.perpaduan.gov.my/bkpp/.
Dengan adanya bantuan ini, pihak Kementerian Perpaduan Negara berharap para NGO dapat terus berganding bahu dengan Kementerian dalam meluaskan usaha-usaha “reach out” dan memperkukuhkan keberkesanan pelaksanaan program perpaduan.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai bantuan ini.

Mengenai Bantuan Kewangan Program Perpaduan
Bantuan Kewangan Program Perpaduan disediakan oleh Kementerian Perpaduan Negara kepada NGO untuk menganjurkan program berbentuk perpaduan.
Objektif bantuan ini disalurkan adalah seperti berikut:
- Memberi bantuan kewangan untuk mempergiat penyertaan semua lapisan masyarakat dalam pembangunan sosial yang menyumbang kepada perpaduan rakyat dan keharmonian Negara yang berkekalan.
- Menjadikan Kementerian Perpaduan Negara sebagai salah satu agensi penggerak bagi penyampaian perkhidmatan berkaitan perpaduan dan kesejahteraan sosial melalui pendekatan kolaborasi strategik bersama NGO.
- Merealisasikan strategi-strategi Kementerian Perpaduan Negara untuk memupuk semangat perpaduan dan menyampaikan mesej perpaduan dengan lebih berkesan kepada golongan sasaran secara menyeluruh.
Fokus & Bentuk Program
Fokus program untuk dilaksanakan adalah seperti berikut:
- Keharmonian dalam kepelbagaian yang berteraskan kepada konsep Faham, Hormat dan Terima.
- Pembinaan negara bangsa dengan berteraskan kepada matlamat untuk meningkatkan semangat patriotisme dan rasa bangga terhadap identiti negara, mengintegrasikan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kehidupan harian rakyat dan membina jati diri warganegara yang kukuh dengan semangat toleransi dan penghormatan terhadap kepelbagaian budaya serta nilai perpaduan.
Bentuk program yang boleh dilakukan adalah program berbentuk pendidikan/ khidmat komuniti/ aktiviti kebajikan/ kesukarelawanan/ sukan/ rekreasi/pertandingan/ peraduan/ sambutan/ perayaan atau lain-lain program yang bersesuaian yang berteraskan interaksi dan integrasi pelbagai kaum.
Nilai Bantuan
Bantuan kewangan yang boleh diberikan adalah tidak melebihi RM100,000.00, tertakluk kepada penilaian dan kelulusan oleh Kementerian Perpaduan Negara.
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan adalah seperti berikut:
| Tarikh Program | Tempoh Permohonan |
|---|---|
| 1 Februari 2026 – 30 April 2026 | 1 Disember 2025 – 7 Januari 2026 |
| 1 Mei 2026 – 31 Julai 2026 | 23 Februari 2026 – 31 Mac 2026 |
| 1 Ogos 2026 – 15 November 2026 | 25 Mei 2026 – 30 Jun 2026 |
Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk memohon bantuan ini adalah seperti berikut:
- Permohonan boleh dibuat oleh NGO untuk menganjurkan program, aktiviti atau kegiatan yang berkaitan dengan kesepaduan sosial untuk memupuk perpaduan rakyat dan keharmonian Negara.
- Program yang dianjurkan hendaklah tidak berorientasikan keuntungan, politik, individu atau bersifat upacara keagamaan.
- Program yang dilaksanakan perlu melibatkan kumpulan sasar daripada pelbagai kaum.
- Mempunyai perancangan yang baik untuk menggalak dan memupuk perpaduan serta menghebahkan mesej-mesej perpaduan dengan meluas.
- Menganjurkan program yang mampu menyumbang kepada agenda perpaduan Negara.
- Penganjuran program tidak melibatkan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran agama, budaya dan tradisi masyarakat majmuk di negara ini serta tidak menyentuh isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan permasalahan atau mengganggu-gugat kestabilan politik, ekonomi, sosial, ketenteraman awam dan keselamatan Negara.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan Portal Bantuan Kewangan Program Perpaduan di pautan https://apps.perpaduan.gov.my/bkpp.
Soalan Lazim
Portal ini boleh diakses menerusi https://apps.perpaduan.gov.my/bkpp/.
Bantuan kewangan yang boleh diberikan adalah tidak melebihi RM100,000.00.
Entiti pemohon yang boleh memohon adalah pertubuhan/ organisasi yang aktif berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS)/Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY).
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Bantuan Kewangan Program Perpaduan, sila layari https://apps.perpaduan.gov.my/bkpp/ atau +603-8091 8067 / 8075 / 8142 / 8124 / 8070 serta email ke [email protected].
Baca juga: Panduan Mengurus Kewangan Selepas Bersara




