Senarai Bantuan / Insentif Kerajaan & Negeri Minggu Ini (26 Jan 2026)

bantuan insentif minggu ini
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Jom kita recap balik semua bantuan & insentif oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk minggu ini, 25 Januari 2026.

Minggu ini, pelbagai bantuan dan insentif kerajaan yang telah berlangsung atau dibuka permohonan, antaranya bantuan lesen percuma MyLesen B2, TAWAS, dan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam / pesara. Berikut senarai lengkap bantuan & insentif untuk minggu ini supaya anda tidak terlepas peluang untuk memohon sebelum tarikh tutup!

1. MyLesen B2 JPJ 2026 (Tarikh Permohonan Berbeza Untuk Setiap Negeri)

Minggu ini, beberapa buah negeri telah membuka permohonan untuk pendaftaran Program MyLesen B2, iaitu inisiatif bagi mempertingkat kebolehpasaran 15,000 pelajar sekolah menengah/ universiti dan belia yang sedang mencari pekerjaan, dari kumpulan B40, sebagai proses persiapan dan persediaan sebelum menempuhi alam pekerjaan melalui pemilikan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (Motosikal).

Untuk memohon Program MyLesen B2 Tahun 2026, pendaftaran boleh dibuat melalui maklumat yang dinyatakan dalam poster berikut:

i. MyLesen B2 Melaka

Peluang kini dibuka kepada warganegara Malaysia dalam kalangan B40 dan tanggungan (Penerima STR) yang belum memiliki lesen memandu untuk menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2026.

Program ini bertujuan membantu golongan yang layak mendapatkan lesen motosikal secara sah, sekali gus meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.

Syarat ringkas kelayakan:

  • Sihat fizikal dan mental
  • Berumur 16 tahun dan ke atas
  • Belum memiliki sebarang lesen memandu
  • Bebas senarai hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM

Borang permohonan boleh diperoleh di:
JPJ Negeri Melaka
JPJ Cawangan Jasin
JPJ Cawangan Masjid Tanah
UTC

Tarikh tutup permohonan: 13 Februari 2026

Permohonan adalah terhad.

MyLesen B2 2026

ii. MyLesen B2 Negeri Sembilan

Berita baik khusus buat orang Negeri Sembilan. JPJ membuka peluang kepada warganegara Malaysia dalam kategori B40 dan tanggungan (penerima STR) yang belum memiliki lesen memandu untuk menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2026.

Program ini bertujuan membantu golongan layak mendapatkan lesen motosikal secara sah, sekali gus mengurangkan risiko kemalangan serta meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya.

Siapa yang berminat, jangan tunggu lama-lama, sila dapatkan borang di Bahagian Pelesenan Pemandu, JPJ Negeri Sembilan tarikh tutup pada 7 Februari 2026.

MyLesen B2 2026

iii. MyLesen B2 Perlis

Berita baik untuk warga Perlis! Program MyLesen B2 kini kembali untuk tahun 2026. Fokus utama adalah untuk membantu golongan B40 yang masih belum mempunyai lesen memandu sah.

Kenapa anda perlu daftar sekarang?

  • Khas untuk Golongan B40.
  • Terhad kepada 1,500 peserta sahaja.
  • Pendaftaran PERCUMA! (Tertakluk kepada syarat).

Tarikh Akhir Pendaftaran: 31 Januari & 1 Februari 2026.

Imbas kod QR dalam poster di bawah atau terus ke pautan INI untuk mendapatkan borang.

mylesen b2 perlis MyLesen B2 2026

iv. MyLesen B2 Johor

PROGRAM MyLESEN B2 TAHUN 2026 PERINGKAT NEGERI JOHOR KINI DIBUKA!!

Permohonan kini dibuka kepada warganegara Malaysia dalam kalangan B40 dan tanggungan (Penerima STR) yang tidak memiliki lesen memandu untuk mendaftar menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2026 bagi Negeri Johor

SYARAT PERMOHONAN :
1) Warganegara Malaysia
2) Berumur 16 Tahun dan Ke Atas
3) Terbuka Kepada Golongan B40 dan Tanggungan (Penerima STR)
4) Sihat Fizikal Dan Mental
5) Belum Memiliki Sebarang Lesen Memandu
6) Bebas Senarai Hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM
7) Keutamaan kepada Kadet JPJ,Pelajar Sekolah dan Pelajar IPT

MOHON DAN DAFTAR SEKARANG !!

Borang permohonan boleh diperoleh di:

  • JPJ Negeri Johor
  • JPJ Cawangan Berhampiran

Tarikh tutup permohonan: 13 Februari 2026

MyLesen B2 2026

v. MyLesen B2 Pahang

Berita baik kepada warga Pahang khususnya golongan B40!

Peluang untuk memiliki Lesen Memandu Motosikal (B2) secara sah kini dibuka melalui Program MyLESEN B2 Tahun 2026.

Syarat Penyertaan:

  • Warganegara Malaysia
  • Kumpulan B40 & tanggungan
  • Berumur 16 tahun ke atas
  • Sihat dari segi fizikal & mental
  • Belum memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia
  • Bebas senarai hitam Mahkamah, JPJ & PDRM

Keutamaan diberikan kepada (dalam kumpulan B40):

  1. Pelajar sekolah
  2. Kadet JPJ
  3. Pelajar IPT

Terhad kepada 2,100 peserta sahaja!

Tarikh tutup permohonan: 30 Januari 2026 (Jumaat)

Permohonan melalui pautan / QR Code atau terus ke pautan https://tinyurl.com/MyL26Phg

MyLesen B2 2026

vi. MyLESEN B2 SELANGOR

SYARAT PESERTA :

  • WARGANEGARA MALAYSIA
  • BERUMUR 16 TAHUN DAN KE ATAS
  • SIHAT FIZIKAL DAN MENTAL
  • BELUM MEMILIKI SEBARANG LESEN MEMANDU
  • BEBAS SENARAI HITAM MAHKAMAH, JPJ & POLIS
  • PENERIMA STR ATAU GOLONGANB40 YANG DISAHKAN, TERMASUK TANGGUNGAN
  • KEUTAMAAN KEPADA KADET JPJ, PELAJAR SEKOLAH & IPT

DAFTAR SEKARANG melalui BORANG INI atau imbas kod QR dalam poster di bawah:

*Bagi negeri yang belum dinyatakan, sila tunggu info terkini melalui JPJ Negeri:

Media sosial JPJ Setiap Negeri

2. UPUOnline (Bermula 29 Jan 2026)

Adik-adik lepasan SPM dan STPM/Setaraf sila ambil maklum ya, Kementerian Pendidikan Tinggi telah mengumumkan tarikh rasmi pembukaan UPUOnline®.

INFO PENTING UNTUK DIINGAT:

  • Pembelian No. Pin UPUOnline® (BSN): Bermula 28 Januari 2026
    • Harga Pin: RM 10.60 (Termasuk caj perkhidmatan)
  • Permohonan Dibuka (Fasa SPM & Fasa 1 STPM): 29 Januari – 23 Mac 2026
  • Permohonan Fasa 2 (STPM/Setaraf): 13 April – 15 Mei 2026

Cara Membeli No. Pin: Di Kaunter BSN, ATM BSN, atau Perbankan Internet myBSN.
*Sila rujuk artikel berikut: No Pin UPU BSN 2026: Cara Beli No ID Unik (Di ATM, Kaunter & MyBSN)

Jangan lepaskan peluang untuk menyambung pengajian di universiti awam, politeknik, kolej komuniti atau mana-mana institusi pengajian tinggi pilihan anda. Save tarikh penting ni ok!

3. Semakan Rayuan Kemasukan Ke Sekolah Seni Malaysia

Semakan keputusan rayuan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia (SSeM) bagi ambilan sesi persekolahan 2026 (ambilan ke-2/ 2026) boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang eSSEM bermula 26 Januari 2026 (Isnin) hingga 2 Februari 2026 (Isnin) di pautan berikut: https://essem.moe.gov.my/

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Pentadbir Sistem Sekolah Seni Malaysia (SSeM) di talian 03-88841012 atau e-mel [email protected].

Rujuk artikel : https://ecentral.my/sekolah-seni-malaysia/

4. Semakan Rayuan Sekolah Menengah Teknik / Kolej Vokasional

Dimaklumkan kepada semua calon bahawa semakan keputusan rayuan kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi Ambilan 2026 boleh dibuat mengikut ketetapan berikut:

  • Tarikh semakan keputusan rayuan: 27 Januari 2026
  • Tarikh pendaftaran: 03 Februari 2026
  • Pautan semakan: https://sptv.moe.gov.my
rayuan sekolah teknik kolej vokasional

Rujuk artikel: https://ecentral.my/semakan-sekolah-teknik-kolej-vokasional/

5. Bantuan TAWAS 2026

Pembayaran bagi program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) kini boleh mula dituntut oleh ahli yang layak bermula pada 𝟮𝟮 𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲.

Permohonan tuntutan bayaran TAWAS ini boleh dilakukan melalui laman web rasmi https://tawas.yawas.com.my atau Aplikasi YAWAS

Pastikan anda sertakan dokumen sokongan yang lengkap seperti:

  • Salinan MyKid dan sijil lahir anak.
  • Salinan MyKad ibu dan bapa.
  • Salinan MyKad penjaga (jika berkaitan).
  • Salinan surat perakuan anak angkat (jika berkaitan).

Rujuk fasa pembayaran dalam jadual di bawah:

Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
Fasa Pembayaran 2026

6. Inisiatif Makmur Pahang Kluster Siswa 2026

Mahasiswa anak Negeri Pahang yang sedang melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi adalah dialu-alukan untuk memohon Inisiatif Makmur Pahang Kluster Siswa 2026.

Permohonan dibuka sehingga 30 Jun 2026. Jumlah bantuan yang akan diberikan menerusi bantuan ini adalah sebanyak RM400.

Semak kelayakan dan buat permohonan e-Siswa 2026 menerusi pautan https://esiswa.pahang.gov.my.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk artikel : https://ecentral.my/inisiatif-makmur-pahang-kluster-siswa/

Follow Untuk Update Terkini & Share Info Ni

Kalau anda rasa artikel ni berguna, share dengan keluarga, rakan atau jiran supaya mereka juga dapat manfaat daripada bantuan kerajaan minggu ini. Jom follow kami supaya tak terlepas bantuan & insentif yang menarik untuk semua.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut