Ayat Seruan: Takrifan & Contoh Ayat

Para murid yang ingin menggunakan Ayat Seruan di dalam pembinaan ayat, berikut merupakan contoh ayat yang boleh dijadikan panduan.

Diterangkan juga mengenai takrifan ayat ini untuk kefahaman yang lebih mendalam.

Mengenai Ayat Seruan

Ayat Seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan seperti takut, marah, takjub, geram, sakit dan sebagainya.

Ayat seruan mengandungi kata seru dan akan diakhiri dengan tanda seru (!).

Kata Seru

Untuk menjadikan Ayat seruan, ayat ini mestilah disertai dengan Kata Seru iaitu:

  • Aduh
  • Aduhai
  • Ah
  • Amboi
  • Wah
  • Cis
  • Eh
  • Nah

Penggunaan Kata Seru & Contoh Ayat

Penggunaan Kata Seru dan contoh ayat boleh dirujuk menerusi jadual di bawah:

Kata SeruPenggunaanContoh Ayat
AduhUntuk menyatakan perasaan sakit dan kagum– Aduh, sakitnya kakiku!
 -Aduh, cantiknya basikalmu!
AduhaiUntuk menyatakan perasaan sedih– Aduhai, malangnya nasib diriku!
AhUntuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu– Ah, saya tak mahu ikut kamu!
 Amboi/wahUntuk menyatakan perasaan hairan– Amboi, mahal betul buku ini!
 – Wah, berani betul budak ini!
CisUntuk menyatakan perasaan marah dan benci-Cis, berani dia melawan kataku!
-Cis, kurang ajar betul budak ni!
EhUntuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut– Eh, tadi cawan itu di sini!
 -Eh, duit tu ada di sini tadi!
NahMenyatakan perasaan marah-Nah, terimalah habuanmu!

Kesalahan Lazim

Kesalahan lazim yang sering dilakukan murid adalah menggunakan kata seru tidak sesuai dengan penggunaan ayatnya seperti berikut:

  • Amboi, bisanya gigitan lipan ini!
  • Ewah! bergayanya awak hari ini.
  • Siapa nama kamu!
  • Wah, sakitnya tanganku ini!
  • Cis! Manisnya buah jambu ini.
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!