Ayat Pasif: Maksud & Contoh Ayat
Untuk murid yang ingin mengetahui mengenai Ayat Pasif, berikut merupakan maksud mengenai ayat ini.
Disertakan contoh-contoh ayat ini untuk memudahkan lagi pemahaman murid-murid.
Maksud Ayat Pasif
Ayat ini menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya.
Ayat ini tidak berawalan men- dan didahului kata ganti diri pertama dan kata ganti diri kedua.
Selain itu, ayat ini juga berawalan di- dan diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga.
Jenis Ayat Pasif
Terdapat 3 jenis ayat ini iaitu:
i) Ayat pasif diri pertama
Ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men- dan didahului kata ganti diri pertama seperti aku, kami, kita, saya, dan sebagainya.
Contoh ayat bagi jenis ini adalah seperti berikut:
- Bola itu saya tendang.
- Pokok bunga itu telah aku siram.
- Jalan itu telah kita lalui tadi.
- Rumah itu saya bina.
- Kereta itu kami beli.
- Reban ayam itu aku robohkan.
ii) Ayat pasif diri kedua
Ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men- dan didahului kata ganti diri kedua seperti awak, anda, kamu, engkau, dan sebagainya.
Contoh ayat adalah seperti di bawah:
- Borang itu perlu anda isi.
- Makanan itu awak perlu habiskan.
- Matematik merupakan mata pelajaran yang perlu kamu kuasai.
- Almari itu kamu beli?
- Loket itu awak gilap?
- Buku novel itu sudah anda baca?
iii) Ayat pasif diri ketiga
Ayat yangkata kerjanya berawalan di- diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga seperti ia, dia, beliau, baginda,dan sebagainya.
Contoh ayat adalah seperti berikut:
- Dahan pisang itu dicantas oleh mereka.
- Pintu bilik itu dibaiki oleh Syukri.
- Lori panjang itu dipandu oleh dia.
Lihat buku mengenai ayat ini DI SINI.