Ayat Ruqyah – Penawar Penyakit, Sihir, ‘Ain & Gangguan Makhluk Halus

Ayat Ruqyah – Penawar Penyakit, Sihir, ‘Ain  & Gangguan Makhluk Halus

Al-quran adalah merupakan kitab suci umat Islam. Terdapat banyak fadhilat dan kebaikan membaca serta mengamalkan ayat-ayat daripada Al-Quran dalam kehidupan seharian. Salah satu kegunaan ayat Al-Quran ialah sebagai penawar. 

Firman Allah SWT:

وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلْقُرْءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ ٱلظَّـٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارًا

Maksudnya :” Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.”

Surah al-Isra’ :82

Ayat Al-Quran digunakan sebagai ayat Ruqyah untuk merawat penyakit, sihir, ‘ain, gangguan makhluk halus dan seumpamanya. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

Maksud Ruqyah

‘Ruqyah’ adalah kaedah merawat penyakit menggunakan ayat Al-Quran dan doa-doa sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah ﷺ. 

Tujuan ruqyah adalah untuk menyembuhkan penyakit sama ada penyakit rohani mahupun jasmani, penyakit disebabkan sihir, gangguan makhluk halus, jin dan sebagainya. 

Terdapat beberapa kaedah ruqyah yang biasanya digunakan dalam rawatan, namun yang paling utama ialah ia hendaklah selari dengan syariat Islam. 

Sabda Nabi SAW:

اعْرِضُوا عَلَىَّ رُقَاكُمْ لاَ بَأْسَ بِالرُّقَى مَا لَمْ يَكُنْ فِيهِ شِرْكٌ

Maksudnya: “Bentangkan kepadaku ayat ruqyah kalian. Tidak mengapa untuk beruqyah selagi mana tidak ada syirik.”

Riwayat Muslim (5862)

Ayat-ayat Ruqyah – Versi Panjang 

1. Al-Fatihah (7x)

Ayat Ruqyah - Penawar Penyakit, Sihir, ‘Ain & Gangguan Makhluk Halus

2. 5 Ayat Terawal Surah Al-Baqarah (1x)

Ayat Ruqyah - Penawar Penyakit, Sihir, ‘Ain & Gangguan Makhluk Halus

3. Ayat Al-Kursi (3x)

Ayat Ruqyah - Penawar Penyakit, Sihir, ‘Ain & Gangguan Makhluk Halus

4. 2 Ayat Terakhir Surah Al-Baqarah (1x)

Ayat Ruqyah - Penawar Penyakit, Sihir, ‘Ain & Gangguan Makhluk Halus

5. Ayat Daripada Surah Ali Imran (1x)

  • Ayat 8, ayat 191, ayat 192

6. Ayat-Ayat daripada Surah Yunus (7x)

Ayat 81 & 82

7. Ayat Daripada Surah Al-Ra‘du (7x)

8. 4 Ayat Terakhir Daripada Surah Al-Mu’minun (1x)

9. Ayat Daripada Surah Al-Nur (1x)

10. Ayat-Ayat Daripada Surah Al-Saaffat (1x)

  • Ayat 6 – 9

11. Ayat Daripada Surah Al-Zumar (3x)

12. 4 Ayat Terakhir Surah Al-Hasyr (3x)

13. 2 Ayat Terakhir Surah Al-Qalam (3x)

Ayat Ruqyah - Penawar Penyakit, Sihir, ‘Ain & Gangguan Makhluk Halus

14. Ayat Daripada Surah Al-Buruj (7x)

15. Surah Al-Ikhlas (11x)

16. Surah Al-Falaq (3x)

Ayat Ruqyah - Penawar Penyakit, Sihir, ‘Ain & Gangguan Makhluk Halus

17. Surah al-Nas (3x)

Ayat Ruqyah - Penawar Penyakit, Sihir, ‘Ain & Gangguan Makhluk Halus

Ayat-ayat Ruqyah – Versi Pendek 

1. Al-Fatihah (7x)

Ayat Ruqyah - Penawar Penyakit, Sihir, ‘Ain & Gangguan Makhluk Halus

2. Ayat Al-Kursi (3x)

Ayat Ruqyah - Penawar Penyakit, Sihir, ‘Ain & Gangguan Makhluk Halus

3. 2 Ayat Terakhir Surah Al-Baqarah (1x)

4. Surah Al-Ikhlas (11x)

Ayat Ruqyah - Penawar Penyakit, Sihir, ‘Ain & Gangguan Makhluk Halus

5. Surah Al-Falaq (3x)

Ayat Ruqyah - Penawar Penyakit, Sihir, ‘Ain & Gangguan Makhluk Halus

6. Surah al-Nas (3x)

Ayat Ruqyah - Penawar Penyakit, Sihir, ‘Ain & Gangguan Makhluk Halus

Tambahan 

Berikut pula ayat-ayat ruqyah versi lain yang anda boleh jadikan sebagai rujukan juga.

Ayat Ruqyah - Penawar Penyakit, Sihir, ‘Ain & Gangguan Makhluk Halus
Ayat Ruqyah - Penawar Penyakit, Sihir, ‘Ain & Gangguan Makhluk Halus

Syarat-syarat Ruqyah Berhasil

1. Niat

Pastikan niat anda betul. Niat untuk menyembuhkan segala gangguan/penyakit yang ada dalam diri menggunakan ayat-ayat al-quran kerana Allah SWT. 

2. Yakin

Bacalah ayat-ayat daripada Al Quran dengan yakin, jelas dan kuat semasa dalam proses meruqyah. Yakinlah bahawa Allah yang Maha Menyembuhkan. 

3. Konsisten

Seperti rawatan-rawatan lain, proses rawatan menggunakan ayat ruqyah juga perlulah konsisten. Amalkan bacaan yang diajarkan setiap hari dan setiap masa untuk hasil yang positif. 

Sumber:

  • https://quran.com/ – Imej potongan ayat quran
  • https://muftins.gov.my/tareqat-tasauwuf/ayat-ayat-ruqyah-syariahpenuh/
  • https://muftins.gov.my/tareqat-tasauwuf/ayat-ayat-ruqyah-syariahringkas/
  • https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2503-al-kafi-775
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!