Aurat Wanita Dalam Islam & Hikmah Menutup Aurat

Islam sangat menjaga kehormatan wanita dan mengangkat tinggi nilai seorang wanita. Dalam agama Islam, seorang wanita wajib menutup auratnya untuk memelihara dirinya. 

Ia merupakan kewajipan yang diperintahkan melalui Al-Quran. Perintah Allah ini memainkan peranan yang penting dalam membentuk identiti Muslimah dan nilai-nilai moral dalam masyarakat Islam.

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

BACA JUGA: Punca Keputihan Coklat Yang Wanita Perlu Tahu

Konsep Aurat

Aurat dari segi bahasa mempunyai beberapa maksud, antaranya ialah; kemaluan. 

Menurut Ibn al-AthIr, aurat adalah apa sahaja yang memalukan apabila  berlaku sarna ada dalam bentuk kata-kata atau perbuatan. Menurut Abdul Qiidir al-Ritz pula, aurat adalah apa sahaja yang manusia merasa malu untuk memperlihatkan kepada orang.

Antara pengertian lain bagi perkataaan “aurat” ialah sesuatu yang perlu ditutup. 

Batas-batas Aurat Wanita Dalam Islam

Aurat wanita dalam Islam merujuk kepada bahagian-bahagian tubuh yang harus ditutupi dari pandangan orang lain, kecuali bagi suami atau mahram (kerabat yang tidak boleh dinikahi). 

Aurat wanita meliputi seluruh tubuh kecuali wajah dan telapak tangan. Semuanya harus ditutup dengan sempurna tanpa menampakkan bentuk atau bayangan daripada luar. Wanita muslimah hendaklah berpakaian sopan, tidak ketat, dan tidak memperlihatkan bonggol rambutnya. 

Dari Abu Hurairah r.a, ia berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Ada dua golongan penghuni Neraka, yang belum pernah aku lihat, iaitu (1) Suatu kaum yang memegang cambuk seperti ekor sapi. Mereka mencambuk manusia dengannya. Dan (2) wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, ia berjalan berlenggak-lenggok menggoyangkan (bahu dan punggungnya) dan rambutnya (disasak) seperti punuk unta yang condong. Mereka tidak akan masuk Surga dan tidak akan mencium aroma Surga, padahal sesungguhnya aroma Surga itu tercium sejauh perjalanan sekian dan sekian.” (H.R. Muslim).

Aurat Wanita Dalam Islam & Hikmah Menutup Aurat

Dalil & Hadis Mengenai Menutup Aurat Bagi Wanita

Kewajipan menutup aurat wanita adalah berdasarkan perintah Allah. Terdapat dalil yang dalam Al-Quran yang menyebutkan mengenai kewajipan menutup aurat bagi wanita, iaitu:

1. Surah An-Nur, ayat 31; 

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

2. Surah Al-Ahzab, ayat 59;

“Wahai Nabi! Katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin, Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.”

3. Rasul saw. bersabda, “’Wahai Asma’, sesungguhnya apabila wanita sudah mendapatkan haid, maka yang layak untuk dilihat darinya hanyalah ini dan ini saja.’ Nabi saw. mengisyaratkan pada wajah dan kedua telapak tangannya.” (H.R. Abu Daud).

Tujuan & Hikmah Menutup Aurat Bagi Wanita

1. Menjaga kesucian dan kehormatan wanita. Dengan menutup aurat, seorang wanita menjaga dirinya dari potensi pelecehan atau perlakuan yang tidak senonoh dari orang lain. 

2. Menjaga keharmonisan dalam hubungan sosial dan keluarga. Dengan menutup aurat, seorang wanita dapat mewujudkan suasana yang lebih baik dalam interaksi dengan orang lain, terutama dengan lawan jenis. 

3. Bentuk ketaatan kepada perintah Allah SWT. Menjaga aurat merupakan salah satu bentuk ibadah yang penting dalam Islam. Dengan melakukannya, seorang wanita menunjukkan ketaatan dan kecintaannya kepada Allah SWT.

Aurat Wanita Dalam Islam & Hikmah Menutup Aurat

Aurat Wanita Muslimah vs Wanita Bukan Muslim

Berdasarkan penjelasan dalam laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, aurat perempuan muslimah pada pandangan perempuan kafirah menurut pandangan majoriti ulama fiqh adalah seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan. 

Manakala menurut pandangan sebahagian ulama mazhab syafie, termasuk sebahagian ulama mutaakkhirin mazhab syafie bahawa aurat perempuan muslimah pada pandangan perempuan kafirah adalah selain kepala, tangan dan kaki.

Aurat Wanita Dalam Islam & Hikmah Menutup Aurat

Aurat Wanita Mualaf Dengan Ahli Keluarga

Bagi wanita yang mualaf, hubungan mahram bersama ahli keluarga tidak terbatal. Ini bermaksud, wanita yang mualaf boleh tidak memakai tudung di hadapan ahli keluarga yang mahram.

Aurat Wanita Dalam Islam & Hikmah Menutup Aurat

Hukum Wanita Muat Naik Gambar Tidak Menutup Aurat

Sebagai seorang wanita, menjaga kehormatan dengan menutup aurat seperti yang diperintahkan oleh Allah adalah satu kemuliaan. 

Perbuatan memuat naik gambar yang tidak menutup aurat dengan sempurna di media sosial adalah perkara yang bercanggah dengan hukum dan adab sebagai seorang yang beragama Islam. Hukumnya adalah HARAM. 

Sekiranya gambar tersebut dimuat naik untuk golongan tertentu sahaja (kumpulan wanita), ianya juga perlu dielakkan. Hal ini kerana, gambar tersebut boleh disebarkan dan berpotensi dilihat oleh lelaki atau individu yang tidak sepatutnya. 

Kesimpulan

Dalam Islam, menjaga aurat wanita adalah suatu kewajiban yang penting dan memiliki nilai yang tinggi. Wanita wajib menutup aurat sebagai bentuk ketaatan kepada perintah Allah SWT dan untuk menjaga kesucian serta kehormatan diri. 

Sumber:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!