Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Adakah anda seorang alumni MARA, lepasan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), graduan Institusi Pendidikan MARA (IPMA), atau pernah menerima penajaan pendidikan daripada Majlis Amanah Rakyat? Jika ya, ada berita baik untuk anda!

Majlis Amanah Rakyat (MARA) menjemput semua alumni untuk mendaftar di Portal Alumni MARA dan menjadi sebahagian daripada komuniti yang lebih erat dan berdaya saing.

Portal ini bukan sekadar pangkalan data biasa tetapi ia dibina sebagai platform untuk alumni meluaskan jaringan, menerokai peluang kerjaya, berkongsi serta mengetahui program eksklusif yang bakal dianjurkan.

Jom ketahui apa manfaat berdaftar di portal Alumni MARA dan bagaimana cara nak daftar.

Apa Itu Portal Alumni MARA?

Portal Alumni MARA ialah sebuah platform digital rasmi yang diperkenalkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk menyatukan, mengesan, dan membina rangkaian komuniti dalam kalangan semua bekas pelajar dan penerima manfaat tajaan MARA.

Secara ringkasnya, portal yang boleh dilayari di pautan alumni.mara.gov.my ini berfungsi sebagai hab sehenti (one-stop centre) yang menghubungkan semula para alumni dengan agensi MARA serta membuka peluang kolaborasi sesama ahli.

Sumber: TVETMARA

Siapa Dikategorikan Sebagai Alumni MARA?

Portal ini dikhususkan untuk mana-mana individu yang pernah berada di bawah ekosistem MARA:

  1. Lepasan MRSM (Maktab Rendah Sains MARA) yang telah bekerja.
  2. Graduan IPMA (Institusi Pendidikan MARA) seperti UniKL, UPTM, Kolej Profesional MARA (KPM), Kolej MARA (KM), serta rangkaian TVETMARA seperti KKTM, IKM, dan MJII.
  3. Penerima Tajaan/Pinjaman MARA yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam mahupun luar negara.

Jom Daftar Sekarang, Mudah Je! – Cara Sertai

  1. Layari Portal Alumni MARA di https://www.mara.gov.my/alumni/ (Anda juga boleh mengimbas kod QR yang disediakan pada poster hebahan TVETMARA di atas).
  2. Klik “Daftar Alumni/Log Masuk”.
  3. Kemudian, klik “Belum daftar sebagai Alumni MARA? Klik disini untuk semak”
  4. Masukkan nombor kad pengenalan dan klik ‘Semak’ untuk buat semakan. Jika anda belum mendaftar, boleh teruskan isi borang.
  5. Isi borang pendaftaran dan klik “Daftar”.
  6. Selesai.
Klik “Daftar Alumni/Log Masuk”.
Kemudian, klik “Belum daftar sebagai Alumni MARA? Klik disini untuk semak”
Masukkan nombor kad pengenalan.
Isi borang pendaftaran dan klik “Daftar di bahagian bawah.

Manfaat

Ini adalah beberapa manfaat utama sekiranya anda berdaftar sebagai Alumni MARA:

1. Kekal Berhubung (Bersama komuniti alumni seluruh negara)

Melalui pendaftaran ini, MARA dapat mengesan kedudukan dan status semasa jutaan bekas pelajarnya sejak era awal penubuhannya.

Anda boleh mencari semula rakan sekuliah, rakan sebilik, atau kenalan lama yang terputus hubungan. Ia membolehkan interaksi berterusan dan merancang aktiviti kemasyarakatan, sukan, atau majlis reunion secara lebih tersusun di peringkat kebangsaan.

    2. Luaskan Jaringan (Hubungan yang bermakna, peluang tanpa sempadan)

    Komuniti MARA terdiri daripada pelbagai kluster, daripada golongan profesional luar negara, usahawan korporat, hinggalah pakar teknikal TVET berkemahiran tinggi.

      Jaringan ini akan membuka ruang untuk bimbingan kerjaya, perkongsian tender perniagaan, atau rujukan industri secara terus.

        3. Terokai Peluang (Maklumat, kerjaya & program eksklusif untuk anda)

        Sebagai agensi besar, MARA sentiasa melancarkan inisiatif pasca-graduasi yang merangkumi pembiayaan perniagaan, program penempatan perantisan bersama syarikat gergasi, dan kursus keusahawanan.

        Apabila mendaftar, profil anda berada dalam radar MARA. Anda akan mendapat akses awal atau jemputan eksklusif bagi program seperti Program SkillBiz (pembangunan kapasiti usahawan alumni IPMA) atau geran-geran teknopreneur yang dikhaskan untuk memperkasakan ekonomi Bumiputera.

          4. Berkongsi & Berkolaborasi (Bersama membina impak, bersama melonjak ke hadapan)

          MARA mahu mewujudkan ekosistem di mana alumni berpengalaman turun padang menyumbang semula kepakaran mereka.

          Jika anda usahawan atau pakar industri, anda boleh bekerjasama dengan MARA untuk mengambil pelajar praktikal daripada IPMA, menjadi penceramah industri, atau berkolaborasi dalam projek penyelidikan komersial.

            Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Alumni MARA

            Dapatkan info terkini dan maklumat lanjut mengenai Alumni MARA di Portal Alumni MARA.

            Hubungi:

            Unit Data, Statistik dan Alumni Bahagian Perancangan Strategik
            Majlis Amanah Rakyat
            Tingkat 22, Ibu Pejabat MARA
            21, Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur

              Soalan Lazim

              Saya sudah lama tamat belajar (contohnya tahun 1990-an), adakah saya masih layak mendaftar?

              Ya, anda layak. Tiada had tempoh masa graduasi dikenakan.

              Saya belajar di universiti swasta tempatan (bukan IPMA) tetapi mendapat pinjaman MARA, adakah saya dikira alumni

              Ya. Kelayakan alumni turut merangkumi semua penerima tajaan, biasiswa, mahupun pinjaman pelajaran boleh ubah MARA tidak kira di mana jua lokasi institusi pengajian anda (dalam atau luar negara).

              Adakah saya perlu mengemas kini data profil sekiranya saya bertukar tempat kerja atau memulakan perniagaan sendiri?

              Sangat digalakkan. Pengemaskinian profil kerjaya dan status perniagaan sangat penting. Data ini digunakan oleh pihak MARA untuk menapis kelayakan ahli bagi penyaluran info.

              Adakah pendaftaran di portal ini dikenakan sebarang yuran tahunan?

              Tidak. Pendaftaran dan keahlian di dalam Portal Alumni MARA adalah 100% percuma.

              Adakah pendaftaran ini wajib untuk semua bekas pelajar?

              Tidak wajib, pendaftaran adalah secara sukarela.

              Bolehkah saya daftar jika sijil tamat belajar atau transkrip asal saya sudah hilang?

              Boleh, tiada masalah. Pendaftaran awal di portal tidak memerlukan anda memuat naik (upload) salinan fizikal sijil. Sistem pangkalan data dalaman MARA akan membuat padanan semakan silang (cross-checking) secara automatik berdasarkan Nombor Kad Pengenalan anda sahaja.

              Berapa lama masa yang diambil untuk proses daftar?

              Proses pendaftaran adalah secara pantas dan serta-merta. Anda hanya perlu meluangkan masa sekitar 2 hingga 5 minit sahaja.

              Penulis