Festival Jom Malaysia @ Sandakan 2026 bakal berlangsung selama 3 hari, bermula 24 hingga 26 Julai 2026 di Kompleks Sukan Sandakan, Sabah.
Penganjuran festival ini merupakan inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerusi transformasi Jom Beli Produk Malaysia kepada JOM MALAYSIA, iaitu sebuah gerakan nasional yang lebih moden, inklusif dan dekat dengan rakyat.
Selain menawarkan jualan produk tempatan dengan penyertaan lebih 100 usahawan dari seluruh negara, festival ini turut menampilkan pelbagai aktiviti keluarga, pertandingan, persembahan artis serta Jualan RAHMAH MADANI.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut.
Apa itu JOM MALAYSIA @ Sandakan?
JOM MALAYSIA merupakan penjenamaan baharu kepada Kempen Beli Barangan Malaysia yang telah diperkenalkan lebih 42 tahun lalu.
Mulai tahun 2026, kempen ini diperluaskan menjadi Gerakan Nasional yang menghubungkan pengguna, usahawan, syarikat tempatan, peruncit, platform digital, pemain industri dan kerajaan bagi memperkukuh ekosistem perdagangan dalam negara.
Transformasi ini memberi fokus kepada empat teras utama:
- Membudayakan sokongan terhadap produk dan perkhidmatan Malaysia.
- Pendekatan Whole-of-Nation melibatkan kerajaan, swasta, NGO dan rakyat.
- Memperluaskan skop kepada produk, perkhidmatan, jenama tempatan serta industri kreatif.
- Membawa produk tempatan ke pasaran antarabangsa menerusi pendekatan Local to Global.
Menurut KPDN, setiap pembelian produk Malaysia bukan sahaja membantu usahawan tempatan, malah menyokong peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi negara.
Pemilihan Sandakan sebagai lokasi penganjuran merupakan sebahagian daripada usaha KPDN membawa gerakan JOM MALAYSIA lebih dekat dengan masyarakat di Sabah.
Sabah terkenal dengan:
- Produk kraftangan unik.
- Industri makanan tempatan.
- Industri kreatif.
- Pelbagai jenama tempatan yang mempunyai potensi komersial tinggi.
Festival ini diharap dapat membantu usahawan Sabah memperkenalkan produk mereka kepada pasaran yang lebih luas.

Platform Usahawan Tempatan, Lebih 100 Usahawan Terlibat
Sepanjang festival berlangsung, lebih 100 usahawan tempatan akan mengambil bahagian.
Antara jenama yang bakal ditemui ialah:
- Bayu Somerset
- Putri N. Rex
- Machino
- Oriental Coffee
- Kuala Cola
- Sugarbomb
- Watzgudz
- Chaos
- Kaizen Apparel
- Produk daripada Pusat Kraftangan Sabah
Pengunjung boleh melihat sendiri, mencuba serta membeli pelbagai produk tempatan berkualiti.
Menurut KPDN, Festival Jom Malaysia bukan sekadar lokasi jualan, malah menjadi platform pembangunan usahawan.
Melalui festival ini, usahawan berpeluang:
- Memperkenalkan produk secara terus kepada pengguna.
- Mendapat pelanggan baharu.
- Membina jenama.
- Menjalinkan kerjasama dengan peruncit dan pengedar.
- Menembusi platform e-dagang.
- Memperluaskan pasaran ke peringkat nasional dan antarabangsa.
Pendekatan ini sejajar dengan usaha kerajaan memperkukuh ekosistem perdagangan domestik serta meningkatkan daya saing produk buatan Malaysia.
Jualan RAHMAH MADANI Pun Ada!
Turut diadakan ialah Jualan RAHMAH MADANI yang menawarkan lebih 300 jenis barangan keperluan harian pada harga 10% hingga 30% lebih rendah berbanding harga pasaran.
Antara barangan yang dijual:
- Beras
- Minyak masak
- Telur
- Barang dapur
- Makanan basah
- Produk penjagaan diri
- Keperluan harian lain
Selain itu, sesi Happy Hour turut diadakan dengan potongan harga sehingga 60% bagi barangan terpilih.
Aktiviti Menarik Sepanjang Festival
Festival ini menyediakan pelbagai aktiviti untuk semua peringkat umur.
Aktiviti keluarga
- Dry Clay Art
- Splash Painting
- Lukisan batik
- Messy & Sensory Play
- Seni manik (Beading)
Khidmat komuniti
- Gunting rambut percuma untuk pelajar sekolah
Permainan tradisional
- Baling tin
- Terompah gergasi
- Tarik upih
- Pelbagai permainan tradisional lain
Pertandingan Menarik
Golongan belia juga boleh menyertai pelbagai pertandingan seperti:
- Pertandingan e-Sukan bersama TODAK
- Mobile Legends
- PUBG
- FIFA
- Karaoke JOM Mic On!
- Jom Bergaya Etnik Cilik
- Doodle Jom Malaysia
- Rhythm of Champion
Persembahan Artis
Pada waktu malam, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan artis terkenal.
Antara artis yang dijadualkan membuat persembahan ialah:
- Akim
- Stacy
- Masmona
- Cuncun & The Brothers Band
- RJ Group
Festival akan ditutup dengan persembahan khas Jom Malaysia: The Musical yang mengetengahkan seni, budaya dan warisan Malaysia.
Majlis Perasmian
Majlis perasmian Festival Jom Malaysia @ Sandakan dijadualkan berlangsung pada:
- Tarikh: 25 Julai 2026 (Sabtu)
- Masa: 11.00 pagi
Majlis akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor.
Turut hadir ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali bagi menyantuni pengunjung serta usahawan yang mengambil bahagian.

Ringkasan Festival Jom Malaysia @ Sandakan 2026
- Tarikh: 24 – 26 Julai 2026 (Jumaat hingga Ahad)
- Masa: Masa: 9.00 pagi hingga 10.00 malam (Jumaat & Sabtu) 9.00 pagi hingga 6.00 petang (Ahad)
- Lokasi: Kompleks Sukan Sandakan, Sabah
- Masuk: Percuma
Jom Sokong Produk Tempatan!
Orang ramai khususnya warga Sandakan dan kawasan sekitar dijemput hadir memeriahkan Festival Jom Malaysia @ Sandakan 2026 yang berlangsung selama tiga hari bermula 24 hingga 26 Julai 2026 di Kompleks Sukan Sandakan.
Dengan kemasukan percuma, pengunjung bukan sahaja dapat membeli pelbagai produk tempatan berkualiti, malah berpeluang menikmati pelbagai aktiviti keluarga, pertandingan, persembahan artis dan tawaran menarik menerusi Jualan RAHMAH MADANI.
Festival ini juga menjadi platform penting dalam menyokong usahawan tempatan serta memperkukuh ekonomi negara melalui sokongan terhadap produk dan perkhidmatan buatan Malaysia.




