Aktiviti Mewarna Maulidur Rasul dan Muat Turun Poster

Aktiviti mewarna poster merupakan antara aktiviti popular sempena sambutan Maulidur Rasul di peringkat sekolah rendah dan menengah.

Pemenang biasanya dipilih oleh barisan juri berdasarkan hasil mewarna yang paling cantik dan kreatif.

Aktiviti mewarna sempena sambutan Maulidur Rasul ini juga secara tidak langsung memupuk semangat kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW.

Sempena sambutan Maulidur Rasul yang akan berlangsung pada 28 September 2023 (Khamis) ini, kami sediakan contoh-contoh poster yang boleh anda berikan kepada pelajar atau anak-anak anda bagi meraikan sambutan Maulidur Rasul ini bersama mereka.

Artikel berkaitan: Contoh Aktiviti Maulidur Rasul Boleh Dianjurkan

Apa itu Maulidur Rasul?

Jika dilihat dari segi bahasa, maulid dalam bahasa Arab ertinya waktu kelahiran.

Oleh itu, Maulid Nabi atau Maulid Rasul adalah sambutan kelahiran/keputeraan Nabi Muhammad SAW.

Maulid Nabi Muhammad SAW memiliki makna yang sangat penting bagi umat Muslim.

Perayaan ini merupakan momen untuk mengenang jasa-jasa dan ajaran-ajaran yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Melalui perayaan ini, umat Muslim diingatkan untuk mengikuti teladan beliau dalam menjalani kehidupan seharian.

Muat turun poster mewarna

Berikut merupakan beberapa poster yang boleh dimuat turun dan dicetak untuk aktiviti mewarna bertemakan Maulidur Rasul bersama dengan anak-ana atau para pelajar anda.

Poster mewarna ini sesuai digunakan untuk semua lapisan umur kanak-kanak sebagai aktiviti santai dan menyeronokan.

Berikut merupakan beberapa poster yang boleh dimuat turun dan dicetak secara percuma daripada pihak ProjekGrafik:

poster maulidur rasul
poster maulid nabi

Tiada set mewarna? Dapatkan set pensel warna pada harga rendah

Berikut merupakan beberapa poster yang boleh dimuat turun dan dicetak secara percuma daripada pihak Nurul Aini Hayati (klik untuk lebih banyak poster) dari group TcherCollection – TC di Facebook.

poster maulid nabi
mewarna maulidur rasul
mewarna maulidur rasul 1

Berikut merupakan beberapa poster yang boleh dimuat turun dan dicetak secara percuma daripada halaman Facebook Perpustakaan Desa Titi Teras (klik untuk lebih banyak poster).

poster mewarna maulidur rasul
poster mewarna maulidur rasul
poster mewarna maulid nabi

Ibu bapa atau guru bebas menggunakan poster-poster yang dipaparkan disini bagi aktiviti mewarna bersama-sama anak-anak di rumah atau para pelajar di sekolah.

Anda juga boleh menyelitkan kisah-kisah-kisah perjuangan dan pengorbanan Nabi Muhammad SAW ketika mereka khusyuk mewarna agar anak-anak dan para pelajar lebih menghayati erti sambutan Maulidur Rasul ini.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!