Affin Online: Login, Daftar & Aktifkan Affin Bank Online Banking

Bagi pemilik akaun akaun Affin Bank, anda boleh melakukan segala urusan dan transaksi kewangan akaun anda melalui Affin Online Banking sahaja.

Melalui kemudahana Affin Online Banking ini, anda boleh melakukan pelbagai perkara seperti semakan akaun, pemindahan wang, bayaran bil dan sebagainya melalui komputer atau peranti mudah alih anda sahaja.

Terdapat 2 cara untuk menggunakan perbankan internet banking Affin Bank ini iaitu:

  1. Melalui laman web rasmi Affin Bank di https://www.affinbank.com.my/
  2. Melalui aplikasi AffinSecure

Aplikasi Affin Bank untuk peranti mudah alih

Affin online

Aplikasi yang dikenali dengan nama AffinSecure ini boleh dimuat turu melalui pautan berikut:

  1. Play Store – Untuk pengguna Android
  2. App Store – Untuk pengguna iOS

Cara Daftar Affin Online Bank

Secara umumnya, terdapat 3 cara mudah untuk mendaftar dan mengaktifkan akaun Affin Online anda:

  1. Melalui kaunter khidmat pelanggan
  2. Melalui mesin ATM

Cara daftar melalui ATM

  1. Pergi ke mesin ATM Affinn Bank terdekat
  2. Masukkan kad ATM dan pin
  3. Pada bahagian menu, pilih Transaksi Lain atau Other
  4. Pilih menu Daftar Perbankan
  5. Pilih Perbankan Internet
  6. Tekan Agree
  7. Masukkan kata nama (username) yang mahu digunakan
  8. Masukkan kata kunci (password)

Cara daftar melalui kaunter khidmat pelanggan

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah menggunakan ATM untuk mendaftarkan akaun perbankan internet ini, anda boleh terus ke kaunter Affin Bank cawangan terdekat anda.

Untuk tujuan pengesahan, pastikan anda turut membawa bersama dokumen pengenalan diri dan kad ATM.

Cara Aktifkan Affin Online

  1. Layari laman web Affin Bank di pautan https://rib.affinonline.com/retail/
  2. Klik pada First Time Login
  3. Masukkan segala maklumat yang dikehendaki seperti Nombor Kad, Jenis ID, Nombor ID dan Kad PIN
  4. Klik Mohon TAC
  5. Masukkan nombor TAC yang dihantar pada telefon mudah alih anda
  6. Pilih Imej Sekuriti anda
  7. Klik butang Hantar
  8. Lengkapkan Soalan & Jawapan Cabaran

Cara Login Affin Online

Setelah mengaktifkan akaun anda, anda boleh log masuk ke akaun online bank Affin anda dengan mengikut langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web Affin Bank di pautan https://rib.affinonline.com/retail/
  2. Masukkan kata nama dan kata kunci
  3. Klik butang Login

Bagi pengguna aplikasi AffinSecure, anda boleh terus log masuk melalui aplikasi tersebut.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!