10 Things To Do In Krabi (2024): Aktiviti Wajib Buat Di Krabi, Thailand!

10 Things To Do In Krabi (2024): Aktiviti Wajib Buat Di Krabi, Thailand!
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

10+ Things To Do In Krabi (2024): Aktiviti Wajib Buat Bila Bercuti Di Krabi, Thailand!

Sekarang ni ramai yang suka pergi Thailand kan. Jadi, sekiranya anda juga bercadang untuk bercuti ke Thailand, jangan lupa pertimbangkan untuk berkunjung ke Krabi. 

Krabi adalah sebuah destinasi pelancongan yang terletak di selatan Thailand. Ia terkenal dengan keindahan alam semula jadinya seperti pantai dan pulau-pulau tropika.

Ia sering menjadi pilihan utama bagi pelancong yang ingin menikmati suasana tropika yang santai sambil meneroka keindahan alam dan budaya tempatan. 

Bagi pelancong yang mencari pengalaman unik, terdapat pelbagai things to do in Krabi yang menanti untuk diterokai.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan aktiviti-aktiviti menarik yang wajib anda cuba apabila berada di Krabi. Jom baca!

BACA JUGA: 10 Makanan Thailand Yang Sedap dan Wajib Dicuba

Things To Do In Krabi – Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan Seisi Keluarga

1. Melawat Pantai Railay

Terkenal dengan keindahannya, tidak hairanlah Pantai Railay ini menjadi  salah satu destinasi paling terkenal di Krabi. 

10+ Things To Do In Krabi (2024): Aktiviti Wajib Buat Di Krabi, Thailand!
Sumber: Google

Pantai ini hanya boleh diakses melalui bot kerana dikelilingi oleh tebing-tebing batu kapur yang tinggi, menjadikan ia sangat menarik. Pantai ini juga terkenal dengan airnya yang jernih serta pasirnya yang putih. 

Bagi sesiapa yang gemar aktiviti seperti rock climbing, kayaking, snorkeling dan seumpamanya, anda boleh melakukannya di sini.

Tebing tinggi di sekitar pantai ini menjadi destinasi popular bagi pendaki dari seluruh dunia, baik pemula mahupun pendaki profesional. 

10+ Things To Do In Krabi (2024): Aktiviti Wajib Buat Di Krabi, Thailand!
Sumber: Tourism Authority of Thailand

Selain daripada itu, anda juga boleh menikmati  keindahan matahari terbenam yang menakjubkan di bahagian barat pantai ini. Pada waktu malam, anda boleh bersantai di restoran tepi pantai sambil menikmati hidangan laut segar dan angin sepoi-sepoi.

Antara aktiviti menarik di Pantai Railay ialah:

  • Bersantai di tepi pantai yang bersih dan indah.
  • Memanjat tebing batu kapur untuk menikmati pemandangan dari atas.
  • Snorkeling di perairan cetek yang jernih.
  • Menyaksikan matahari terbenam yang menakjubkan.
  • Menyewa kayak untuk meneroka kawasan perairan sekitarnya.

2. Sertai Lawatan Bot ke Empat Pulau (Four Islands Tour)

Seterusnya, aktiviti menarik boleh dilakukan di Krabi ialah lawatan ke empat pulau ikonik di Krabi dengan menaiki bot. Empat pulau tersebut ialah Ko Poda, Ko Gai, Tup Island, dan Phra Nang Cave Beach. 

10+ Things To Do In Krabi (2024): Aktiviti Wajib Buat Di Krabi, Thailand!
Ko Poda
Sumber: Tourism Authority of Thailand
  • Ko Poda: Pulau yang terkenal dengan pantainya yang panjang dan berpasir putih. Terletak hanya  beberapa minit perjalanan dengan bot dari pantai Ao Nang dan Railay. Jangan lupa ambil gambar banyak-banyak di pulau ini. Memang cantik sangat!
10+ Things To Do In Krabi (2024): Aktiviti Wajib Buat Di Krabi, Thailand!
Ko Gai
Sumber: Google
  • Ko Gai: Juga dikenali sebagai Chicken Island kerana terdapat formasi batu kapur yang menyerupai kepala ayam di pulau ini, dan sering menjadi spot fotografi popular bagi pelancong. Antara tarikan uniknya ialah sandbank yang muncul pada waktu air surut, membolehkan pengunjung berjalan dari pulau ini ke Pulau Tup  tanpa perlu berenang.
10+ Things To Do In Krabi (2024): Aktiviti Wajib Buat Di Krabi, Thailand!
Pulau Tup
Sumber: GetYourGuide
  • Pulau Tup: Pulau ini terkenal dengan sandbank yang menghubungkan beberapa pulau kecil lain, yang boleh dilalui semasa air surut. Ia juga dikelilingi oleh pantai berpasir putih yang halus, menjadikannya destinasi yang ideal untuk bersantai, berjemur, dan menikmati keindahan alam sekeliling.
10+ Things To Do In Krabi (2024): Aktiviti Wajib Buat Di Krabi, Thailand!
Pantai Phra Nang Cave
Sumber: Tourism Authority of Thailand
  • Pantai Phra Nang Cave: Pantai ini bukan sahaja cantik, tetapi juga terkenal dengan gua Phra Nang yang mempunyai sejarah dan kisah legenda tempatan. Gua ini juga dianggap sebagai tempat suci oleh penduduk tempatan dan didedikasikan kepada seorang puteri laut mitos. 

Tempah pakej melawat 4 pulau di Krabi melalui KLOOK untuk harga yang istimewa: Taip 4 Islands Day Tour from Krabi, kemudian klik Search.

Klook.com

3. Mandi di Emerald Pool (Sa Morakot)

Jangan lepaskan peluang untuk mandi di Emerald Pool atau juga dikenali sebagai Sa Morakot jika anda bercuti di Krabi, Thailand. Suasana di Emerald Pool ini memang sangat menenangkan dan dekat dengan alam. 

10+ Things To Do In Krabi (2024): Aktiviti Wajib Buat Di Krabi, Thailand!
Sumber: Tourism Authority Of Thailand
10 Things To Do In Krabi (2024): Aktiviti Wajib Buat Di Krabi, Thailand!
Sumber: Tourism Authority Of Thailand

Kolam ini terkenal dengan airnya yang jernih dan berwarna hijau zamrud, hasil daripada mineral semula jadi dan pencahayaan matahari. Sebab itulah namanya Emerald Pool. 

Terletak dalam Taman Hutan Semula Jadi Khao Phra Bang Khram, kolam ini ikelilingi oleh hutan tropika yang subur. Pelancong boleh berjalan kaki di trek hutan yang membawa mereka ke kolam ini sambil menikmati flora dan fauna yang indah sepanjang perjalanan. 

Tips Melawat Emerald Pool:

  • Datang awal pagi untuk mengelakkan kesesakan.
  • Jangan lupa membawa pakaian renang kerana anda pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk berenang di kolam ini!

4. Berendam di Hot Springs Krabi

Tidak jauh dari Emerald Pool, terdapat sumber air panas semula jadi yang terkenal di Krabi. Hot Springs Krabi merupakan satu lagi destinasi tarikan semula jadi yang sesuai untuk mereka yang ingin merasai pengalaman mandi dalam air panas semula jadi yang dikatakan mempunyai khasiat untuk kesihatan.

10 Things To Do In Krabi (2024): Aktiviti Wajib Buat Di Krabi, Thailand!
Sumber: Google Review

Sumber air panas ini terletak di kawasan hutan yang indah, di mana anda boleh berendam di dalam kolam air panas semula jadi sambil dikelilingi oleh alam semula jadi. Suhu airnya berada di sekitar 35-40°C, menjadikannya pengalaman yang menyegarkan dan menenangkan.

5. Terokai Pulau Phi Phi

Pulau Phi Phi memang sangat terkenal di seluruh dunia sebagai salah satu lokasi paling indah di Thailand. 

Lawatan ke pulau ini dari Krabi membolehkan anda menikmati keindahan pantai, air laut yang jernih dan biru kehijauan serta pemandangan batu kapur yang menakjubkan. 

10 Things To Do In Krabi (2024): Aktiviti Wajib Buat Di Krabi, Thailand!
Sumber: Google Review
10 Things To Do In Krabi (2024): Aktiviti Wajib Buat Di Krabi, Thailand!
Sumber: Google Review
10 Things To Do In Krabi (2024): Aktiviti Wajib Buat Di Krabi, Thailand!
Sumber: Google Review

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Pulau Phi Phi ini ialah:

  • Snorkeling dan menyelam di perairan yang penuh dengan terumbu karang.
  • Berjalan di sekitar pantai-pantai yang cantik seperti Loh Dalum Bay dan Long Beach.
  • Menyaksikan matahari terbenam dari Phi Phi Viewpoint.

Anda boleh tempah pakej melawat ke Pulau Phi Phi bersama KLOOK dengan menaip Phi Phi, Maya Area, Khai & Bamboo Island Day Tour By Yacht Master di kotak carian di bawah, kemudian klik Search. 

6. Mendaki Wat Tham Suea (Tiger Cave Temple)

Bagi mereka yang sukakan cabaran, mendaki lebih 1,200 anak tangga ke puncak Tiger Cave Temple adalah satu aktiviti yang tidak boleh dilepaskan di Krabi, Thailand.

Wat Tham Suea atau Kuil Gua Harimau ini bukan sahaja terkenal kerana cabaran fizikalnya, tetapi juga kerana pemandangan menakjubkan yang menanti anda di puncak.

10 Things To Do In Krabi (2024): Aktiviti Wajib Buat Di Krabi, Thailand!
Sumber: krabitourism.com

Di puncak tangga terdapat patung Buddha besar yang berwarna emas, serta stupa yang megah. Ini adalah salah satu tarikan utama bagi pelawat yang datang ke sini.

Selain itu, anda juga akan disambut dengan pemandangan 360 darjah Krabi, termasuk hutan hijau dan formasi batu kapur yang megah. 

Tips untuk Mendaki Tiger Cave Temple:

  • Bawa air yang mencukupi.
  • Pilih waktu pagi atau  petang untuk mendaki bagi mengelakkan cuaca panas terik.
  • Pakai pakaian yang selesa.

7. Pasar Malam Krabi 

Bagi anda yang ingin merasai suasana kehidupan seperti orang tempatan, anda wajib berkunjung ke pasar malam Krabi.

Biasanya, pasar malam akan diadakan pada setiap hujung minggu di bandar Krabi. Inilah masa anda untuk menikmati pelbagai jenis makanan tempatan Thailand dan membeli cenderamata untuk kenang-kenangan.

10 Things To Do In Krabi (2024): Aktiviti Wajib Buat Di Krabi, Thailand!
Sumber: Tripadvisor

Antara makanan yang popular di pasar malam Krabi termasuk tomyam, som tam, pad thai, mango sticky rice, dan pelbagai jenis makanan laut bakar. 

Semuanya sedap-sedap!! Murah pulak tu. Yang penting, pastikan pilih yang halal ya. 

8. Berkayak di Ao Thalane

Bagi pencinta alam semula jadi, berkayak di Ao Thalane adalah salah satu cara terbaik untuk menikmati keindahan hutan bakau di Krabi. 

Ao Thalane terkenal dengan laluan airnya yang dikelilingi oleh hutan bakau, tebing batu kapur, dan gua-gua kecil.

10 Things To Do In Krabi (2024): Aktiviti Wajib Buat Di Krabi, Thailand!
Sumber: Klook

Jadi, semasa berkayak, anda akan berpeluang untuk melihat pemandangan alam dan pelbagai jenis hidupan liar seperti burung, ikan, dan monyet yang hidup di kawasan hutan bakau ini. 

Tempah pakej berkayak di Ao Thalene melalui KLOOK di sini: Taip Kayaking Experience at Ao Thalane Krabi, kemudian klik Search.

Klook.com

9. Memanjat Tebing di Pantai Ton Sai

Pantai Ton Sai terletak berdekatan sahaja dengan Pantai Railay. 

Ia terkenal dalam kalangan peminat memanjat tebing dari seluruh dunia kerana pantai ini dikelilingi dengan tebing batu kapur yang menakjubkan. 

10 Things To Do In Krabi (2024): Aktiviti Wajib Buat Di Krabi, Thailand!
Sumber: istock

Selain aktiviti memanjat tebing, pantai ini juga menawarkan suasana yang tenang, sesuai untuk bersantai, berkelah dan menikmati suasana pantai. 

10. Lawatan Kampung Tradisional di Krabi

Untuk merasai kehidupan tradisional masyarakat tempatan dengan lebih dekat, anda boleh melawat ke kampung-kampung di sekitar Krabi.

Di kampung-kampung ini, anda boleh belajar tentang cara hidup penduduk tempatan, mencuba makanan tradisional,  melihat kraftangan yang dihasilkan oleh penduduk setempat dan melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama. 

10 Things To Do In Krabi (2024): Aktiviti Wajib Buat Di Krabi, Thailand!
Sumber: www.thailand.go.th

Salah satu kampung yang popular untuk dilawati ialah Ban Ko Klang, sebuah pulau kecil yang dihuni oleh komuniti Melayu Islam. 

Di sini, anda boleh menikmati suasana kampung yang damai, mencuba makanan tempatan yang halal dan belajar tentang sejarah dan budaya masyarakat setempat.

10 Things To Do In Krabi (2024): Aktiviti Wajib Buat Di Krabi, Thailand!
Koh Panyi
Sumber: Google

Selain itu, anda juga boleh berkunjung ke Koh Panyi, salah satu Kampung Terapung Muslim yang ada di Krabi.

Pengalaman ini akan menjadikan percutian and sangat berharga. 

Tempah Hotel di Krabi Bersama KLOOK

Untuk menikmati percutian yang sempurna di Krabi, penginapan yang selesa dan sesuai amat penting.

Dengan KLOOK, anda boleh menempah hotel di Krabi dengan mudah dan pantas, menjimatkan masa dan memberi anda lebih banyak pilihan penginapan.

Caranya mudah sahaja, taip KRABI di kotak carian di bawah dan klik Search.

Klook.com

Tips untuk Menikmati Percutian di Krabi

  • Rancang Jadual Perjalanan Awal: Dengan pelbagai tempat menarik di Krabi seperti Pantai Railay, Pulau Phi Phi, dan Hutan Taman Negara Khao Phanom Bencha, pastikan anda merancang jadual perjalanan lebih awal agar tidak terlepas destinasi wajib.
  • Tempah Aktiviti di KLOOK: Selain hotel, anda juga boleh menempah pelbagai aktiviti menarik seperti lawatan pulau, perjalanan menaiki bot, dan snorkeling melalui KLOOK.
  • Pilih Penginapan Berdekatan Pantai: Untuk pengalaman yang lebih menyeronokkan, pilih penginapan yang terletak berdekatan dengan pantai seperti Ao Nang atau Railay. Ini membolehkan anda menikmati suasana pantai sepanjang hari.

Kesimpulan

Krabi adalah destinasi pelancongan yang menawarkan pelbagai pengalaman untuk pelancong daripada pelbagai latar belakang. 

Pastikan anda merancang perjalanan dengan baik untuk menikmati percutian di Krabi dengan maksima. 

Dengan pelbagai aktiviti menarik dan pemandangan yang menakjubkan, Krabi pasti akan meninggalkan kenangan manis buat setiap pengunjungnya. 

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});