10 Makanan Thailand Yang Sedap dan Wajib Dicuba

Makanan Thailand sememangnya cukup popular di Malaysia sehingga membuatkan ramai sanggup ke sana semata-mata untuk food hunting.

Jika anda biasa dengar hidangan Thailand yang sedia ada popular seperti Tom Yum dan Som Tam, sebenarnya terdapat banyak lagi makanan yang menarik untuk dicuba.

Untuk artikel kali ini, kami ingin kongsikan beberapa hidangan unik yang wajib dicuba jika anda ke Thailand.

10 Makanan Thailand Yang Sedap dan Wajib Dicuba

1. Pulut Mangga

Rasanya kunjungan anda ke Thailand tak sah kalau tak nikmati pulut mangga.

Rasa mangga yang masam manis yang dipadankan bersama pulut dan kuah santan yang berlemak sememangnya sukar untuk ditolak!

Ia cukup sesuai untuk jadikan pencuci mulut selepas makan hidangan Thailand yang ada kalanya pedas.

2. Pad Thai

Pad Thai merupakan antara makanan Thailand yang menjadi kegemaran ramai pelancong.

Rupa hidangan ini mungkin akan mengingatkan anda kepada char kuey teow tetapi mi yang digunakan lebih halus saiznya.

Kombinasi rasa manis, masam dan masin daripada ramuan seperti bawang merah, telur, sos ikan, udang kering, kacang tanah dan daun ketumbar menjadikan hidangan ini cukup istimewa.

Rasanya juga segar dan tidak terlalu berat untuk dijadikan sebagai alas perut.

3. Kari Hijau (Gaeong Keow Wan Gai)

Memang rugi kalau anda tak cuba kari hijau bila ke Thailand.

Diperbuat daripada ramuan seperti serai, daun ketumbar, cili hijau, daun limau dan santan, hidangan ini padat dengan rasa pedas dan berlemak.

Kari hijau juga turut mengandungi ramuan utama seperti terung bulat, isi ayam, dan pucuk rebung.

Hidangan ini memang sangat enak bila dinikmati bersama nasi panas atau mihun.

makanan thailand

4. Khanom Bueang

Jika anda berjalan-jalan di night market Thailand, anda pasti akan ternampak pemanis mulut yang seakan apam balik ini.

Khanom bueng adalah pemanis mulut beraaskan crepe rangup dan biasanya dipadankan dengan krim, kacang tanah, foi thong (manisan kuning telur) dan kelapa parut manis.

5. Nasi Komok (Khao Mok Gai)

Hidangan yang viral dari Hatyai ini pula merupakan nasi beriani versi Thailand. Ayamnya dimasak dengan rempah ratus yang harum.

Ia kemudiannya dipadankan bersama nasi kuning yang beraroma, acar dan sos cili.

Sumber : Utusan TV

6. Pad Kra Pao

Pad Kra Pao pula juga merupakan satu lagi juadah Thailand yang terkenal. Ramuan utamanya terdiri daripada daging cincang dan daun salam.

Rasa masam manis hidangan ini semakin menyerlah apabila bahan segar seperti cili padi, bawang putih, sos ikan, gula melaka dan bawang merah digabungkan bersama.

Ia biasanya dihidang bersama nasi panas dan telur goreng.

makanan thailand

7. Roti Sai Mai

Roti Sai Mai adalah sejenis roti gulung yang mengandungi serat gula halus yang lembut dan berwarna-warni.

Inti manisan yang berasal dari Ayutthaya ini diperbuat daripada bahan ringkas seperti gula, air dan minyak.

Ia kemudiannya dididihkan sehingga menjadi pekat. Kemudian gula yang terhasil akan ditarik untuk mendapatkan tekstur halus.

Rotinya pula diperbuat daripada tepung, bijan dan daun pandan.

Sumber : Michelin Guide

8. Khanom Jeen Namya

Di Malaysia, kita ada laksa lemak sebagai salah satu hidangan tradisional yang lazat dan padat dengan rasa.

Di Thailand, mereka ada Khanom Jeen Namya iaitu hidangan mihun dengan kuah berwarna kuning yang diperbuat daripada isi ikan, santan dan kunyit.

Khanom Jeen Namya biasanya dinikmati bersama pelbagai sayuran mentah seperti taugeh, kacang panjang dan daun pudina.

Jika mahukan rasa lebih pedas, anda wajib nikmati bersama cili kering yang telah digoreng.

makanan thailand
Sumber : asianinspiration.com.au

9. Aiskrim Kelapa

Aiskrim kelapa merupakan antara pemanis mulut yang paling popular di Thailand.

Ia biasanya dihidangkan bersama isi kelapa dan beberapa topping lain seperti kacang, cebisan roti dan gula kabung.

Sangat lazat untuk dinikmati terutamanya ketika cuaca sedang panas terik.

makanan thailand
Sumber : Instagram @fxfarzana

10. Khao Yam

Khao Yam merupakan hidangan nasi ulam-ulaman yang cukup popular di Hat Yai. Ia mungkin akan mengingatkan anda kepada nasi kerabu atau nasi ulam yang boleh didapati di Malaysia.

Khao Yam terdiri daripada nasi beraroma, ikan kering, dan aneka sayuran segar.

Rasa hidangan ini semakin enak bila dipadankan bersama sos asam, dan herba Thailand.

makanan thailand
Sumber : homecookingwithsomjit.com

Ternyata, terdapat pelbagai makanan Thailand yang sangat unik. Bila anda ada kesempatan ke sana, jangan lupa untuk mencubanya sendiri!

Sumber : rainforestcruises.com, caridestinasi.com

Baca Juga : 21 Makanan Tradisional Yang Diwartakan Sebagai Warisan Negara

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!