Pasangan yang merancang mendirikan rumah tangga tahun ini kini berpeluang merealisasikan impian mereka dengan kos lebih rendah menerusi Program Walimatulurus Perdana 2026 anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) yang boleh dipohon menerusi borang permohonan yang boleh dimuat turun di pautan www.ypkt.gov.my atau di Pejabat YPKT Kawasan berhampiran.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai bantuan ini.

Apakah Walimatulurus Perdana?

Program Walimatulurus Perdana diwujudkan bagi membantu pasangan terpilih mengurangkan beban perbelanjaan mengadakan majlis perkahwinan menerusi pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak penganjur.
Program ini diwujudkan untuk memenuhi objektif-objektif yang berikut:
- Membantu golongan muda memudahkan proses majlis perkahwinan.
- Membantu meringankan bebanan ahli keluarga yang tidak berkemampuan dalam urusan mengadakan majlis perkahwinan anak-anak mereka.
- Memperkasakan institusi keluarga generasi baru melalui pendidikan ilmu kekeluargaan berdasarkan konsep “mawaddah wa rahmah ”.
- Untuk meraikan pasangan muda oleh kerajaan.
- Merupakan satu bentuk bantuan melaui slogan “Dari Kerajaan Kepada Rakyat” yang diberikan kepada pasangan muda yang ingin mendirikan rumahtangga.
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan bantuan ini dibuka sehingga 23 0gos 2026.
Tarikh Walimatulurus Perdana
Program ini akan dilaksanakan pada 7 November 2026 (Sabtu) bersamaan 27 Jamadilawal 1448H.
Faedah Walimatulurus Perdana
Setiap pasangan pengantin yang terpilih untuk program ini akan menerima bantuan dan faedah-faedah berikut:
- 1 set persalinan pakaian pengatin lelaki & perempuan.
- Khidmat jurunikah dan dokumen nikah ditanggung oleh Kerajaan Negeri Terengganu.
- Pakej Set Perkahwinan (pelamin, kad jemputan kahwin dan khidmat jurugambar).
- Jemputan jamuan khas pengantin bersama keluarga terdekat.
- Cenderahati untuk tetamu yang hadir.
- Mengikuti kursus-kursus yang berkaitan secara percuma kendalian YPKT.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Pemohon/pasangan salah seorang daripadanya adalah rakyat negeri Terengganu.
(Pemastautin tetap melebihi 10 tahun, hendaklah mendapatkan pengesahan mastautin daripada Wakil Rakyat / Penghulu Kampung / Ketua Kampung). - Had umur pemohon bagi lelaki adalah 18 tahun ke atas manakala bagi perempuan adalah
16 tahun ke atas. - Perkahwinan adalah kali pertama / belum berkahwin.
- Penyertaan juga terbuka kepada pemohon yang berstatus Ibu Tunggal dan Bapa Tunggal.
- Tada rekod jenayah dan tiada masalah kesihatan yang kritikal seperti HIV, AIDS atau penyakit kelamin dan sebarang jenis penyakit yang boleh mendatangkan masalah kepada pasangan
- Pendapatan pemohon bersama pasangan adalah RM 3,500.00 ke bawah.
- Pendapatan ibubapa pemohon dan pasangan adalah RM 5,250.00 ke bawah.
- Mendapat rest kedua-dua ibubapa.
- Lulus Kursus Pra – Perkahwinan Modul Bersepadu Kursus Perkahwinan Islam
(MBKPI) kendalian Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) atau agensi yang dilktiraf oleh Kerajaan. - Pemohon yang berjaya pada sei temuduga perlu membayar RM 1,000 bagi setiap pasangan pengantin sebagai komitmen penyertaan dan akan dipulangkan semula selepas selesai Program Walimatulurus Perdana Tahun 2026.
- Pemohon dan pasangan bersetuju mengikuti Majlis Resepsi pada 7 NOVEMBER 2026 (Sabtu) dan majlis akad nikah beramai-ramai akan diuruskan ole Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.
- Calon dan pasangan hendaklah melepasi ujian saringan bebas dadah oleh Agensi AADK.
- Permohonan yang layak akan dipanggil ke sesi temuduga pemilihan.
- Keputusan pemilihan tertakluk kepada Panel Jawatankuasa Pemilih yang dilantik dan keputusan adalah muktamad.
- Sekiranya tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh tutup penyertaan, maka permohonan dianggap tidak berjaya.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi borang permohonan boleh dimuat turun di http://www.ypkt.gov.my dan boleh didapati di Pejabat YPK Kawasan berdekatan.
Tambahan pula, permohonan terawal akan diberikan keutamaan.
Soalan Lazim
Program Walimatulurus Perdana merupakan program yang diwujudkan bagi membantu pasangan terpilih mengurangkan beban perbelanjaan mengadakan majlis perkahwinan menerusi pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak penganjur.
Tarikh permohonan bantuan ini dibuka sehingga 23 Ogos 2026 (Ahad).
Program ini akan dilaksanakan pada 7 November 2026 (Sabtu).
– 1 set persalinan pakaian pengatin lelaki & perempuan.
– Khidmat jurunikah dan dokumen nikah ditanggung oleh Kerajaan Negeri Terengganu.
– Pakej Set Perkahwinan (pelamin, kad jemputan kahwin dan khidmat jurugambar).
– Jemputan jamuan khas pengantin bersama keluarga terdekat.
– Cenderahati untuk tetamu yang hadir.
– Mengikuti kursus-kursus yang berkaitan secara percuma kendalian YPKT.
Had umur pemohon bagi lelaki adalah 18 tahun ke atas manakala bagi perempuan adalah
16 tahun ke atas.
Isi borang permohonan boleh dimuat turun di http://www.ypkt.gov.my dan boleh didapati di Pejabat YPK Kawasan berdekatan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, sila hubungi Yayasan Pembangunan Keluarga
Terengganu di talian 09-624 9355 / 57 / 58.
Baca juga: Permohonan Insentif Perkahwinan Kali Pertama Pahang RM300
Untuk maklumat lanjut mengenai program bantuan perkahwinan untuk rakyat Terengganu ini juga, sila layari laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu di alamat https://www.ypkt.gov.my/index.php/ms/walimatulurus-perdana




