Ujian Penilaian Program Dwibahasa Sarawak bagi pelajar Tahun 6 (UPDLP) – Jadual, Subjek & Tarikh Ujian
Pada tahun 2020, Sarawak telah memutuskan untuk mengguna pakai pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di semua sekolah kebangsaan di Sarawak, bermula dengan murid Tahun 1.
Sarawak adalah merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang berbuat demikian. Jumlah keseluruhan sekolah di Sarawak yang mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris pada tahun 2025 ialah sekitar 1,047 buah sekolah.

Kohort pertama murid di bawah DLP Sarawak berada di Tahun 6 pada tahun 2025. Oleh itu, Ujian Penilaian DLP Sarawak (UP-DLP Sarawak) diperkenalkan bagi mengukur prestasi murid dalam subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris secara objektif.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.
BACA JUGA: Bantuan Khas Kewangan RM1,200 Pelajar IPT Sarawak – Permohonan & Semakan
Apa itu Ujian Penilaian Program Dwibahasa Sarawak?
UPDLP Sarawak atau Ujian Penilaian Dual Language Programme Sarawak (Ujian Penilaian Program Dwibahasa Sarawak) ialah satu peperiksaan piawai untuk murid Tahun 6 di seluruh Sarawak yang direka bagi menilai kemahiran dan pengetahuan murid dalam bidang STEM.
Ujian ini direka khas untuk pelajar Tahun Enam yang mengikuti Program Dwibahasa (DLP) di sekolah-sekolah terpilih di seluruh Sarawak.
Matlamat utama UPDLP adalah untuk memastikan pelajar bukan sahaja fasih dalam kedua-dua bahasa, malah mampu menggunakan kedua-duanya secara efektif dalam pelbagai situasi pembelajaran dan kehidupan seharian.
Lebih 28,000 murid DLP Sarawak dijangka akan menduduki UP-DLP Sarawak pada tahun 2025.
Hasil ujian ini akan memberikan data penting kepada MEITD dan JPNS untuk menambah baik pelaksanaan DLP Sarawak serta merangka dasar dan program pendidikan STEM yang lebih berkesan.

Tarikh UPDLP
Ujian Penilaian Program Dwibahasa Sarawak bagi pelajar Tahun Enam akan mula dilaksanakan pada 15 dan 16 Oktober 2025.
Ujian akan dijalankan selama dua hari:
- Hari 1: Bahasa Inggeris dan Matematik
- Hari 2: Sains
Setiap subjek akan diuji melalui gabungan soalan aneka pilihan dan soalan jawapan ringkas, kecuali Matematik yang akan terdiri daripada soalan jawapan ringkas sahaja.
Pastikan anda sentiasa mengikuti makluman terkini daripada pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak untuk sebarang perubahan atau pengumuman lanjut.

BACA JUGA: Yayasan Sarawak – Permohonan Laptop Percuma & Baucar Buku 2025
Subjek UPDLP
Subjek yang terlibat ialah subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Kertas peperiksaan bagi setiap subjek terdiri daripada gabungan soalan aneka pilihan dan soalan jawapan ringkas.
Setiap kertas peperiksaan akan mempunyai tempoh masa selama satu jam lima belas minit.
Format UPDLP
Format ujian penilaian ini adalah seperti berikut:
Subject: English UPS603
| BIL | PERKARA | FORMAT PENTAKSIRAN |
|---|---|---|
| 1 | Jenis Instrumen | Ujian Bertulis |
| 2 | Jenis Item | • Objektif • Subjektif |
| 3 | Bilangan Soalan | Part 1 – 3: 14 questions (14 marks) (Objektif) Part 4: 6 questions (6 marks) (Subjektif) Part 5: 5 questions (5 marks) (Subjektif) Part 6: 1 question (10 marks) (Subjektif) Part 7: 1 question (15 marks) (Subjektif) |
| 4 | Markah | 50 markah |
| 5 | Tempoh Ujian | 1 jam 15 minit |
| 6 | Aras Kesukaran | Mengikut aras penguasaan CEFR: A1–A2 |

Subject: Mathematics UPS602
| BIL | PERKARA | FORMAT PENTAKSIRAN |
|---|---|---|
| 1 | Jenis Instrumen | Ujian Bertulis |
| 2 | Jenis Item | • Subjektif |
| 3 | Bilangan Soalan | Bahagian A: 13 soalan (26 markah) (Subjektif) Bahagian B: 2 soalan (24 markah) (Subjektif) |
| 4 | Markah | 50 markah |
| 5 | Tempoh Ujian | 1 jam 15 minit |
| 6 | Aras Kesukaran | Rendah: Sederhana: Tinggi (5:3:2) |

Subject: Science UPS601
| BIL | PERKARA | FORMAT PENTAKSIRAN |
|---|---|---|
| 1 | Jenis Instrumen | Ujian Bertulis |
| 2 | Jenis Item | • Objektif• Subjektif |
| 3 | Bilangan Soalan | Bahagian A: 10 soalan (10 markah) (Objektif) Bahagian B: 2 soalan (8 markah) (Subjektif) Bahagian C: 4 soalan (32 markah) (Subjektif) |
| 4 | Markah | 50 markah |
| 5 | Tempoh Ujian | 1 jam 15 minit |
| 6 | Aras Kesukaran | Rendah: Sederhana: Tinggi (5:3:2) |

Siapa yang layak menduduki UPDLP Sarawak?
Murid yang sedang belajar di Tahun 6 di sekolah-sekolah yang menyertai program DLP Sarawak layak untuk menduduki Ujian Penilaian DLP Sarawak (UP-DLP Sarawak).

Cara Daftar UPDLP 2025
Pendaftaran murid akan dilaksanakan secara automatik melalui sekolah masing-masing.
Semua murid yang layak akan didaftarkan secara prapendaftaran melalui Portal UP-DLP oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan disahkan oleh pihak sekolah masing-masing.
Keputusan rasmi dijangka diumumkan pada bulan Disember 2025.
Gred Ujian
Gred peperiksaan adalah seperti berikut:
| Peratusan | Gred | Tahap |
| 82-100 | A | Cemerlang |
| 66-81 | B | Baik Sangat |
| 50-65 | C | Kredit |
| 35-49 | D | Baik |
| 20-34 | E | Memuaskan |
| 0-19 | F | Tahap Pencapaian Minimum |
Semakan Keputusan UPDLP
Cara semakan keputusan dan slip peperiksaan boleh dibuat secara online melalui pautan rasmi https://updlp.com/result-slip
Soalan Lazim
Ujian UPDLP pada tahun 2025 akan dilaksanakan pada 15 dan 16 Oktober 2025.
Murid yang sedang belajar di Tahun 6 di sekolah-sekolah yang menyertai program DLP Sarawak layak untuk menduduki ujian penilaian ini.
Semua murid yang layak akan didaftarkan secara prapendaftaran melalui Portal UP-DLP oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan disahkan oleh pihak sekolah masing-masing.
Setiap kertas peperiksaan akan mempunyai tempoh masa selama satu jam lima belas minit.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai UPDLP Sarawak, sila layari pautan berikut: https://updlp.com/




