Format UASA Bahasa Melayu Sekolah Rendah

FORMAT BAHARU Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Dengan pemansuhan UPSR dan peperiksaan di sekolah, KPM kini melaksanakan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) bagi memantau tahap kefahaman dan kebolehan murid dalam matapelajaran di sekolah.

Untuk makluman, format baharu UASA ini sudah diumumkan secara rasmi di DIDIKTV.

Berikut dikongsikan rumusan dan contoh format terbaharu UASA BM ini dari rancangan DidikTV:

Format Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Bahasa Melayu Sekolah Rendah

BAHAGIAN A (10 Markah) : OAP

  • Tatabahasa (3-5 soalan)
  • Pemahaman Petikan (5-7 soalan) (Teks tunggal dan Teks pelbagai)

BAHAGIAN B (10 Markah) : OPB dan SRTh

  • Pemahaman Petikan Tatabahasa (Bersepadu) (3-5 soalan)
  • Respons Kritis dan Kreatif (1 soalan)

BAHAGIAN C (10 Markah)

  • Penulisan Perenggan – 1 soalan

BAHAGIAN D (20 Markah) : SRTb

  • Penulisan Karangan – 1 soalan
uasa bahasa melayu bm
uasa bahasa melayu bm
uasa bahasa melayu bm

VIDEO PENUH FORMAT UASA BAHASA MELAYU DIDIKTV

Sila ikuti penerangan penuh tentang format Pentaksiran Instrumen Peringkat Sekolah Rendah (UASA) yang dijelaskan dalam DidikTV.

Topik: Format Pentaksiran Instrumen Peringkat Sekolah Rendah: Bahasa Melayu

Guru: Dr. Rohani Abdul Aziz

Sumber asal : Youtube DidikTV KPM

Pentaksiran Sumatif menyediakan maklumat mengenai format dan instrumen dalam Ujian Akhir Sesi Akademik bagi setiap mata pelajaran.

Rumusan

Secara ringkasnya bagi kertas Bahasa Melayu

  • 1 kertas sahaja
  • 1 jam 15 minit
  • 4 bahagian

Perubahan paling ketara

  • Tiada lagi soalan BINA AYAT
  • Tiada lagi soalan ULASAN

Tetapi ditambah pula dengan item

  • Respons kritis dan kreatif (5M)
  • Rumusan (10M)

Soalan karangan respons terbuka iaitu soalan tanpa arahan soalan (bukan kebiasaan anak-anak kita) (20M)

UASA dijangka akan diadakan pada bulan Januari nanti.

Ohhh ya, jangan serbu kedai buku. Belum ada satu pun buku yang dijual di pasaran menepati format UASA buat masa ini.

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!