Cara Tukar Simkad Rosak Atau Hilang (Kekalkan Nombor)

Simkad hilang atau rosak?

Sekiranya anda pengguna pelan pascabayar (atau postpaid) daripada mana-mana penyedia perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia seperti Maxix, Celcom, Digi, Umobile dan lain-lain lagi, anda boleh menggantikan kad sim yang rosak atau hilang dengan mudah.

Walau bagaimanapun, bagi pengguna pelan pra-bayar atau prepaid, anda mungkin kurang bernasib baik.

Kebiasaannya, pengguna pelan postpaid akan memilih untuk mengekalkan nombor telefon yang sama walaupun kad sim mereka rosak atau hilang (akibat kecurian, rompakan dan sebagainya).

Hal ini disebabkan kebanyakan transaksi kewangan kini memerlukan kita menggunakan telefon untuk mendapatkan pengesahan kod sekuriti atau nombor TAC.

Sekiranya anda gemar menukar-nukar nombor telefon, anda akan menghadapi kesukaran kerana perlu menukar juga nombor telefon yang didaftarkan atas pelbagai akaun bank.

Maklumat yang dikehendaki

Sekiranya anda mahu mendapatkan simkad yang baru, pastikan anda mengingati atau membawa dokumen berikut:

  1. Mengingati nombor telefon anda
  2. Membawa kad pengenalan untuk pengesahan

Cara dapatkan simkad baru

simkad rosak

Setiap penyedia perkhidmatan telekomunikasi mempunyai cara yang lebih kurang sama sahaja untuk mendapatkan simkad yang baru bagi menggantikan simkad rosak atau hilang.

Ada penyedia perkhidmatan yang mengenakan caj untuk pemberian kad sim baru dan ada juga yang memberinya secara percuma. Walau bagaimanapun, caj ini tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

Maxis

  1. Hubungi talian talian khidmat pelanggan Maxis atau hubungi 123 daripada talian Maxis untuk melaporkan tentang kehilangan simkad bagi menyahaktif simkad, seterusnya mengelakkannya daripada disalahgunakan orang lain yang menemuinya.
  2. Lawati pusat khidmat Maxis berdekatan
  3. Bayaran yang dikenakan adalah RM10
  4. Dalam tempoh 30 minit, simkad baru anda akan aktif
  5. Terdapat juga pusat servis Maxis yang mempunyai kiosk layan diri dimana anda boleh melakukan segalanya daripada A – Z secara sendiri.

Celcom

  1. Pergi ke pusat perkhidmatan Celcom atau Blue Cube yang berdekatan
  2. Ambil nombor giliran dan tunggu sehingga nombor anda dipanggil
  3. Berikan IC (jika diminta oleh staf) untuk pengesahan
  4. Setelah mendapat simkad baru, anda mungkin perlu menunggu sehingga 30 minit sebelum kad tersebut aktif

Umobile

  1. Pergi ke pusat perkhidmatan Celcom atau Blue Cube yang berdekatan
  2. Ambil nombor giliran dan tunggu sehingga nombor anda dipanggil
  3. Isi maklumat pada borang yang diberikan
  4. Anda mungkin dikenakan caj RM10 untuk mendapatkan kad sim baru
  5. Setelah mendapat simkad baru, anda mungkin perlu menunggu sehingga 30 minit sebelum kad tersebut aktif

Artikel berkaitan:

  1. Pendaftaran Program Jaringan Prihatin B40: RM300 Peranti, RM180 Data
  2. Pakej PerantiSiswa 2022: Bantuan Tablet Percuma Untuk Pelajar IPT B40

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!