Pendaftaran Program Jaringan Prihatin B40: RM300 Peranti, RM180 Data

Masihkah anda ingat Program Jaringan Prihatin B40 yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 sebelum ini?

Melalui pakej ini, kerajaan menyediakan bantuan RM300 bagi pembelian peranti baru dan RM180 untuk melanggan pelan data bulanan dari syarikat telekomunikasi seperti Celcom, Digi, Maxis, dan u Mobile.

Terkini SKMM telah mengumumkan pakej bantuan ini dilanjutkan sehingga 30 September 2021.

Tentang Program Jaringan Prihatin

Program Jaringan Prihatin dijangka memberi manfaat kepada 8.5 juta rakyat daripada kumpulan B40 untuk memiliki peranti telefon pintar atau menikmati bantuan pelan jalur lebar internet.

Sebanyak RM3.5 bilion diperuntukkan bagi menjayakan program tersebut.

Daripada jumlah keseluruhan RM3.5 bilion ini, kerajaan akan membelanjakan sejumlah RM2 bilion manakala syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan pula akan memberi sumbangan tambahan berjumlah RM1.5 bilion terutama dalam bentuk data percuma.

Kelayakan

KELAYAKAN: Untuk 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)⠀⠀

Nilai Bantuan / Subsidi

Manfaat yang didapati oleh B40 dan penerima BPR menerusi Jaringan Prihatin ini adalah bantuan perkhidmatan data internet atau pembelian peranti mudah alih.

Nilai manfaat berjumlah RM3.5 bilion (RM2b dari Kerajaan dan RM1.5b faedah padanan dari syarikat telekomunikasi)⠀⠀

Terdapat 2 kategori yang layak anak menerima bantuan berikut:

  • ADA ANAK <18 TAHUN: Bantuan RM300 untuk Pakej peranti ATAU RM180 pelan data untuk setahun⠀⠀
  • TIADA ANAK: Bantuan RM180 untuk Pakej peranti ATAU RM180 pelan data untuk setahun ⠀⠀
program jaringan prihatin b40

Tarikh Pendaftaran

Tarikh pendaftaran adalah mulai 5 Mei – 30 September 2021.

Cara Tebus RM180 / RM300 Program Jaringan Prihatin

  1. Semak kelayakan anda melalui laman rasmi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) iaitu: https://bpr.hasil.gov.my/
  2. Daftar sebagai pelanggan di syarikat komunikasi yang mengambil bahagian (rujuk senarai di bawah)
  3. Tentukan sama ada ingin memilih pakej berikut:
    • Pembelian peranti baharu
    • Pembelian pelan data internet bulanan
  4. Selesai! Anda kini boleh menikmati data percuma dengan data tambahan yang ditawarkan!
program jaringan prihatin b40

Untuk menikmati manfaat yang dinyatakan di atas, sila daftar dengan syarikat telekomunikasi seperti di bawah:

Antara Syarikat Komunikasi Yang Mengambil Bahagian Dalam Program Jaringan Prihatin B40

Anda boleh mendaftar melalui syarikat telekomunikasi di bawah:

1. Digi

Daftar Digi Jaringan Prihatin

2. U Mobile

Daftar U Mobile Jaringan Prihatin

3. Celcom

Daftar Celcom Jaringan Prihatin

4. Unifi

Daftar Unifi Jaringan Prihatin

Soalan Lazim

Apa itu Program Jaringan Prihatin B40?

Program Jaringan Prihatin adalah inisiatif oleh Kerajaan Malaysia di mana kira-kira RM2 bilion diperuntukkan untuk rakyat Malaysia yang memenuhi syarat untuk Bantuan Prihatin Rakyat (“BPR”), dalam bentuk pakej telco bersubsidi di dengan kerjasama Penyedia Perkhidmatan telekomunikasi.

Apakah manfaat yang akan saya dapat dari program ini?

Bantuan RM300 bagi pembelian peranti baru dan RM180 untuk pelan Internet.

Siapakah yang layak memohon?

Semua warganegara Malaysia yang memenuhi syarat untuk Bantuan Prihatin Rakyat layak untuk mengikuti program ini.

Bilakah saya boleh mendaftar program ini?

Pendaftaran untuk Program Jaringan Prihatin adalah dari 5 Mei 2021 hingga 31 Julai 2021.

Bolehkah saya memindahkan tawaran program ini kepada individu lain?

Tidak. Subsidi Jaringan Prihatin terikat dengan Kad Pengenalan pelanggan dan tidak boleh dipindahkan ke individu lain.

Bilakah tarikh akhir penebusan subsidi RM300 pakej peranti?

Penebusan RM300 subsidi pakej peranti akan berakhir pada 31 Julai 2021.

Sekiranya saya mendaftar, apa yang akan berlaku kepada data peribadi saya?

Semua data peribadi yang disediakan untuk program ini adalah milik Kerajaan Malaysia dan dapat digunakan untuk tujuan rasmi Kerajaan.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!