Cara Tukar Nama Pemilik Kenderaan Online JPJ

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bagi pemilik kenderaan, kini anda boleh tukar nama kenderaan anda dengan mudah secara online sahaja melalui portal kerajaan iaitu MyJPJ dan MySikap.

Dengan cara ini, anda langsung tidak perlu menghadirkan diri ke kaunter JPJ untuk menguruskan urusan pertukaran nama ini.

Dengan kemudahan teknologi, perkara sebegini turut boleh dilakukan secara online sahaja sekaligus lebih menjimatkan masa kerana anda tidak perlu beratur panjang dengan ke kaunter.

Apa itu MySikap?

MySikap merupakan sistem dalam talian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menawarkan pelbagai servis dan perkhidmatan dalam talian kepada orang ramai.

Penggunaan sistem sebegini memberikan fleksibiliti masa kepada orang ramai untuk melakukan pelbagai urusan dengan JPJ tanpa mengira masa dan lebih penting turut menjimatkan masa mereka kerana tidak lagi perlu beratur panjang di kaunter.

Perkhidmatan Yang Disediakan Melalui Portal MySikap

Berikut merupakan antara servis dan perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh pihak JPJ melalui portal MySikap:

  1. Semakan saman JPJ
  2. Pembayaran saman secara online
  3. Rayuan bagi lesen memandu tamat tempoh
  4. Tukar nama pemilik kenderaan
  5. Perbaharui dan batalkan lesen kenderaan motor (LKM) dan cukai jalan
  6. Pembaharuan lesen
  7. Permohonan permit memandu antarabangsa

Perkhidmatan yang disediakan melalui portal MySikap mungkin berubah atau bertambah dari semasa ke semasa.

tukar nama kenderaan

Cara Tukar Nama Kenderaan Online

Bagi urusan penukaran nama pemilik kenderaan, kedua-dua pihak berikut perlu mengikut langkah-langkah di bawah bagi melengkapkan urusan tukar nama kenderaan mereka:

  1. Pemilik kenderaan lama
  2. Pemilik kenderaan baru

1. Pemilik lama

  1. Layari laman JPJ di alamat https://www.jpj.gov.my/
  2. Kemudian, klik pada perkhidmatan MySikap
    • Bagi pengguna pertama kali, sila klik pada pautan Daftar. Bagi yang sudah mempunyai akaun di MySikap, anda boleh klik pada Log Masuk
  3. Klik pada tab Kenderaan
  4. Klik pada pilihan “Permohonan Pertukaran Hak Milik Kenderaan (Pemilik Berdaftar)
  5. Masukkan nombor plat kenderaan
  6. Klik butang Teruskan
  7. Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan emel pemilik baru
  8. Sahkan permohonan

Hanya setelah langkah-langkah di atas telah dilengkapkan, pemilik baru boleh melakukan langkah-langkah di bawah untuk melengkap keseluruhan proses tukar nama kenderaan ini.

tukar nama kenderaan online

2. Pemilik baru

  1. Layari laman JPJ di alamat https://www.jpj.gov.my/
  2. Kemudian, klik pada perkhidmatan MySikap
    • Bagi pengguna pertama kali, sila klik pada pautan Daftar. Bagi yang sudah mempunyai akaun di MySikap, anda boleh klik pada Log Masuk
  3. Klik pada tab Kenderaan
  4. Klik pada pilihan “Permohonan Pertukaran Hak Milik Kenderaan (Pemilik Baharu)
  5. Masukkan nombor plat kenderaan
  6. Klik butang Seterusnya
  7. Lengkapkan pengisytiharaan kenderaan – Pilih Semenanjung sekiranya anda tinggal di Semenanjung Malaysia
  8. Klik Setuju
  9. Lengkapkan pembayaran
  10. Cetak resit dan bawa ke pejabat JPJ berhampiran
tukar nama kenderaan

Artkel berkaitan: Cara Tukar Nama Kereta Habis Bayar – eBatal JPJ

Tutorial Bergambar – Cara Tukar Nama Kenderaan Online

Perlu diketahui untuk urusan tukar nama kenderaan ini, anda perlu memastikan bahawa kenderaan anda wajib melepasi pemeriksaan di Puspakom dan tidak mempunyai hutang dengan bank.

Bagi motorsikal pula, pemeriksaan dengan Puspakom adalah tidak diwajibkan.

Ikuti langkah-langkah panduan pertukaran nama seperti di bawah:

1. Muat turun aplikasi MyJPJ dan MyDigital ID

    aplikasi mydigital ID

    2. Daftar akaun melalui aplikasi MyJPJ. Perhatikan terdapat status “Standard” pada akaun anda seperti yang dipaparkan dalam lampiran gambar di bawah:

    akaun standard myjpj

    3. Register akaun di aplikasi MyDigital ID atau boleh juga terus log in di MyJPJ. Sila rujuk gambar di bawah.

    logmasuk mydigital ID

    4. Klik pada butang “Ya” untuk melengkapkan pertukaran akaun myJPJ anda daripada eID Standard kepada eID Advance.

    tukar status myjpj

    5. Penukaran status JPJeID berjaya.

    tukar nama kenderaan

    6. Semak status JPJeID

    semak status jpjeid

    7. Pergi ke website MySikap https://public.jpj.gov.my/public/login.zul. Log in menggunakan ID & password dari MyJPJ.

    tukar nama kenderaan mysikap

    8. Sebagai pemilik kenderaan. Pilih Permohonan Pertukaran Hak Milik (Pemilik Berdaftar). Kemudian, isi maklumat dan butiran yang diperlukan.

    pertukaran nama kenderaan

    9. Masukkan pembeli yg diperlukan seperti No. Kad Pengenalan & Emel. Siap.

    Seterusnya penjual & pembeli masing-masing akan menerima emel berkenaan urusan tukar nama kenderaan ni.

    pembeli tukar nama kenderaan

    Kredit: Facebook Nurul Hafizah

    Maklumat lanjut

    Untuk maklumat lanjut mengenai cara tukar nama kenderaan kepada pemilik kenderaan baru, sila rujuk halaman FAQ MySikap.

    Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pegawai bertugas di:

    • Tel: +60 3 8000 8000 (Umum)
    •  Faks: +60 3 8881 0194

    Jabatan Pengangkutan Jalan
    Aras 3-5, No. 26,
    Jalan Tun Hussien, Presint 4,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62100 WP Putrajaya

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut