Proses Tukar Nama / Hakmilik Kenderaan Bagi Pemilik Meninggal Dunia

tukar nama kenderaan meninggal dunia
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Proses Tukar Nama / Hakmilik Pemilik Kenderaan Meninggal Dunia

Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana dan apa yang perlu dilakukan sekiranya ingin tukar nama pemilik kenderaan meninggal dunia.

Sebagai peringatan adalah menjadi satu kesalahan sekiranya cukai jalan tamat tempoh tetapi kenderaan tersebut masih digunakan diatas jalan raya.

Pertukaran pemilikan kenderaan tersebut perlu dibuat sekiranya kenderaan itu menjadi kegunaan harian pengguna sekarang bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku selain membolehkan pembaharui cukai jalan dibuat dan perlindungan insuran sepenuhnya ketika menggunakan kenderaan tersebut di jalan raya.

Berikut dikongsikan sedikit panduan.

Cara Tukar Nama Pemilik Kenderaan Meninggal Dunia

LANGKAH 1

Selesaikan dahulu pembahagian harta

  • Kenderaan pemilik yang telah meninggal dikira sebagai harta pusaka.
  • Disebabkan itu pembahagian harta pusaka perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum pertukaran nama/hakmilik boleh dibuat.
  • Anda memerlukan salah satu dari dokumen berikut untuk memulakan proses pertukaran nama/hakmilik pemilik meninggal dunia:
    • Surat Perintah Mahkamah
    • Surat Geran Probet (Grant Letter of Probate)
    • Surat Akuan Amanahraya
    • Surat Pentadbir Pusaka


LANGKAH 2

Ujian Puspakom

  • Seterusnya, anda memerlukan geran asal untuk ujian kenderaan Puspakom.
  • Boleh masuk ke website Puspakom untuk semak Puspakom terdekat.
  • Telefon atau datang sendiri ke Puspakom untuk buat temujanji Ujian Tukar Hakmilik (B5) terlebih dahulu.
  • Pada hari ujian, bawa kenderaan bersama dengan geran asal. Setelah selesai ujian, anda akan dapat surat keputusan pemeriksaan Puspakom. – lulus atau gagal.
  • Jika lulus, boleh teruskan dengan proses tukar nama. Jika gagal, dapatkan kepastian apa yang menyebabkan gagal.
  • Mungkin anda perlu hantar kenderaan ke bengkel untuk baiki dan ulang semula ujian Puspakom.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pemeriksaan PUSPAKOM, sila rujuk artikel berikut : Pemeriksaan PUSPAKOM: Prosedur, Kos & Cara Buat Temujanji

LANGKAH 3

Buat Insurans Kenderaan atas Nama Pemilik Baru

  • Sebelum ke JPJ untuk proses tukar nama, pastikan anda beli insurans kenderaan dahulu atas nama pemilik baru.
  • Jangan lupa bagitahu ejen insurans kereta dalam proses tukar nama.
tukar nama kenderaan meninggal

LANGKAH 4

Proses Tukar Nama

Anda perlu lengkapkan borang berikut dan sediakan dokumen berkaitan:

  • Dua salinan borang TM3 (Borang Senarai Semak)
  • Dua salinan borang JPJK3A (Borang Pertukaran Milikan Kenderaan)
  • Geran asal
  • Surat lulus Pemeriksaan Tukar Hakmilik (B5) PUSPAKOM
  • Salah satu dokumen berikut:
  • Surat Perintah Mahkamah
  • Surat Geran Probet (Grant Letter of Probate)
  • Surat Akuan Amanahraya
  • Surat Pentadbir Pusaka

Anda dinasihatkan hadir sendiri di JPJ untuk urusan tukar nama. Jika menggunakan wakil, perlu isi borang tambahan serta maklumat pengesahan identiti.

LANGKAH 5

Buat Roadtax

Setelah dapat geran baru, boleh terus bayar roadtax di kaunter JPJ. Selesai.

Sumber: Facebook

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut