Temuduga UPSI: Tips & Semakan Tarikh Temuduga

Sesetengah universiti di Malaysia akan memanggil calon yang memohon untuk memasuki sesuatu bidang pengajian bagi menghadiri satu temuduga khas, termasuklah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Malah, ada segelintir bidang pengajian juga memerlukan calon yang memohon untuk menjawab ujian saringan khas.

Sesi temuduga ini terpakai buat calon yang memohon Program Lepasan SPM dann Program Sarjana Muda Pendidikan di UPSI.

Semakan pangilan temuduga

temuduga upsi

Pihak UPSI telah mewujudkan satu halaman khas di laman web mereka bagi calon yang ingin membuat semakan panggilan temuduga.

Sekiranya anda ingin membuat semakan tarikh temuduga, layari halaman semakan temuduga melalui pautan https://medsi.upsi.edu.my/kemasukan/temuduga/ atau https://medsi.upsi.edu.my/ugacad/auth/login

Pilih program yang dipilih untuk semakan temuduga.

Artkel berkaitan: Semakan Temuduga UPUOnline Sesi 2024 / 2025

Tips menghadiri temudugga UPSI

Berikut merupakan tips dan panduan bagi calon yang menghadiri temuduga di UPSI:

1. Mematuhi Etika Pakaian Yang Ditetapkan

Etika Pakaian Lelaki

  • Berpakaian formal, sesuai dan kemas iaitu bertali leher, berseluar panjang denganberbaju kemeja (tuck-in);
  • Memakai kasut dan berstokin;
  • Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan;
  • Sandal/selipar tidak dibenarkan;

Rambut Lelaki

  • Berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju;
  • Fesyen rambut tidak keterlaluan;
  • Rambut tidak boleh diwarnakan.

Etika Pakaian Perempuan

  • Berpakaian formal, sopan, kemas, sesuai dan tidak menjolok mata;
  • Baju mesti berlengan panjang atau paras siku dan tidak ketat serta tidak menunjukkanbentuk tubuh badan;
  • Solekan, aksesori dan pewangi secara sederhana;
  • Sandal/selipar tidak dibenarkan;
  • Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan.

Rambut Perempuan

  • Rambut tidak boleh diwarnakan;
  • Fesyen rambut tidak keterlaluan.

2. Membawa Kad Pengenalan / MyKad

Calon diminta membawa kad pengenalan/ MyKad ATAU dokumen pengenalan diri lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

3. Dokumen Asal

Anda dikehendaki membawa bersama dokumen asal seperti berikut beserta salinan yang telah disahkan:

  • Kad Pengenalan/MyKad Calon;
  • Sijil SPM/Setaraf;
  • Sijil Kelahiran Calon;
  • Sijil Berhenti Sekolah/Surat Akuan; dan
  • Diploma/Sijil-sijil lain, jika ada (STPM/Setaraf, Sijil Kemahiran dll)

4. Membawa Slip Menghadiri Temu Duga / Ujian Khas

  • Calon diminta membawa Slip Menghadiri Temu Duga/Ujian Khas;
  • Slip Menghadiri Temu Duga/Ujian Khas boleh dicetak melalui laman web rasmi
    Universiti Pendidikan Sultan Idris (https://kemasukan.upsi.edu.my/)
  • Kegagalan membawa Slip Menghadiri Temu Duga/Ujian Khas boleh menyebabkan calon dihalang daripada menghadiri temu duga
Bantu kami share artikel ini: