Temuduga UiTM: Semakan Tarikh, Keputusan dan Tips

Dalam usaha menapis calon yang ingin melanjutkan pengajian di UiTM, pihak UiTM telah memperkenalkan sesi temuduga untuk calon yang memohon melanjutkan pengajian dalam sesetengah bidang pengajian di bawah kendaliannya.

Melalui sesi temuduga, pihak UiTM dapat menilai calon dari segi kemahiran interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran berfikir dan menjawab soalan dan aspek-aspek lain yang tidak dapat dinilai melalui sijil.

Dengan persaingan untuk melanjutkan pengajian ke universiti semakin sukar, maka adalah penting untuk setiap calon mempersiapkan diri daripada segala segi dan bukan hanya memfokuskan kepada belajar semata-mata.

Semak hebahan tarikh panggilan temuduga

panggilan temuduga UiTM

Apabila anda memohon sesuatu bidang pengajian di UiTM, pastikan anda cakna bahawa bidang pengajian yang dipohon itu memerlukan calon menghadiri temuduga atau tidak.

Sekiranya bidang pengajian yang dipohon menyatakan bahawa calon perlu menghadiri temuduga, maka rajin-rajinlah mengikuti perkembangan terkini untuk mengetahui tarikh temuduga anda.

Berikut merupakan langkah-langkah untuk menyemak tarikh temuduga UiTM:

  1. Layari laman web Portal Kemasukan Pelajar UiTM di alamat https://online.uitm.edu.my/
  2. Pada bahagian menu di sebelah kiri, klik pada “Keputusan”
  3. Kemudian pilih “Semakan Panggilan Temuduga”
  4. Pilih bidang pengajian anda
  5. Masukkan nombor kad pengenalan anda
  6. Klik butang semak

Sebagai panduan,anda juga boleh menonton video di bawah:

Artikel berkaitan: Temuduga UPSI: Tips & Semakan Tarikh Temuduga

Semakan keputusan UiTM

Untuk menyemak keputusan panggilan temuduga UiTM, anda juga boleh mengulangi langkah yang sama seperti di atas.

  1. Layari laman web Portal Kemasukan Pelajar UiTM di alamat https://online.uitm.edu.my/
  2. Pada bahagian menu di sebelah kiri, klik pada “Keputusan”
  3. Kemudian pilih “Semakan Panggilan Temuduga”
  4. Pilih bidang pengajian anda
  5. Masukkan nombor kad pengenalan anda
  6. Klik butang semak

Tips temuduga UiTM

Pastikan anda melakukan persediaan yang rapi bagi meningkatkan peratusan kejayaan anda dalam temuduga ini.

Berikut merupakan beberapa tips yang berguna untuk semua calon yang menghadiri temuduga UiTM:

  • Pastikan anda mengetahui secara umum bidang pengajian yang dipohon
  • Pastikan anda mengetahui laluan kerjaya bagi graduan lepasan bidang yang dipohon – Sesetengah panel mahu melihat apakah rancangan kerjaya anda sekiranya berjaya melanjutkan pengajian dalam bidang pengajian yang dipohon
  • Pastikan anda menjawab dengan konfiden – Dalam temuduga, panel boleh melihat kemahiran komunikasi dan berfikir anda dengan jelas. Jangan tergopoh-gopoh menjawab soalan, kekal tenang dan tuturkan setiap patah perkataan dengan jelas
  • Pastikan anda berpakaian sopan dan kemas – Panel temuduga boleh melihat disiplin anda melalui pemakaian anda
  • Pastikan anda telah mencetak segala dokumen yang wajib dibawa bersama bagi menghadiri interview – Susun semua dokumen tersebut dalam fail agar mudah anda mencarinya apabila diminta
  • Rajinkan diri bertanya dengan pelajar yang lebih senior atau sudah menghadiri temuduga yang sama – Anda juga boleh semak di laman sosial seperti TikTok dan sebagainya untuk menonton atau membaca perkongsian pengalaman individu lain yang pernah menghadiri temudga di UiTM
Bantu kami share artikel ini: