PASTI Online: Silibus, Syarat Kemasukan & Cara Daftar Taska

PASTI Online: Silibus, Syarat Kemasukan & Cara Daftar Taska

PASTI atau Pusat Asuhan Tunas Islam merupakan pusat Taska yang dimiliki oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Menawarkan kurikulum yang selaras dengan matlamat Pendidikan Islam, setiap murid akan mendapat didikan daripada guru-guru yang terlatih.

Sehingga ke hari ini, PASTI komited sebagai pusat asuhan awal kanak-kanak prasekolah yang fokus pada pendidikan berteraskan Al-Quran dan Sunnah.

Bagi ibu bapa atau penjaga yang berminat untuk mendaftarkan anak ke PASTI, ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Baca Juga : Pendaftaran Tadika Agama Johor (TAJ) & Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) 2023

Silibus Taska PASTI

Antara silibus yang bakal diterapkan pada para murid PASTI adalah seperti berikut :

  • Subjek Fardhu Ain teori dan amali
  • Hafazan surah-surah pendek al Quran
  • Hafal doa-doa harian dan baca hadis-hadis yang mudah
  • Belajar  asas bahasa Arab, Inggeris, Melayu
  • Belajar asas tulisan Jawi & Matematik
  • Praktikal solat & wuduk setiap hari
  • Didikan adab dan cara hidup Islam secara menyeluruh.

Cara Daftar Taska PASTI Online

Pergi ke pautan www.pastimalaysia.com

PASTI Online
  • Klik Pendaftaran Murid (untuk permohonan baharu sahaja).
  • Masukkan KOD PASTI dan klik butang MASUK. (Untuk dapatkan KOD PASTI, ibu bapa boleh rujuk pada kertas info pendaftaran murid baharu. Ibu bapa juga boleh mohon KOD PASTI pada guru PASTI yang ingin didaftarkan anak.)
  • Sebelum mula mengisi borang, pastikan maklumat PASTI yang ingin didaftarkan anak sebagai murid adalah tepat dan betul.
  • Seterusnya, isikan maklumat ibu bapa / penjaga dengan lengkap dan betul.
  • Kemudian, isikan semua Maklumat Pasangan yang dikehendaki.
  • Sekiranya pemohon tidak mempunyai sebarang maklumat di bahagian tertentu, sila taip ‘TIADA MAKLUMAT’.
  • Klik butang Simpan berwarna hijau di bawah laman setelah semua maklumat diisi.  
  • Kemudian, isikan semua Maklumat Murid dengan tepat dan lengkap. Klik butang SIMPAN setelah semua maklumat diisi.

Nota : Pemohon dikehendaki untuk taip semua maklumat dengan HURUF BESAR.

Sila klik butang CETAK untuk dapatkan Slip Permohonan Kemasukan Murid Baharu.

Contoh Slip Permohonan Kemasukan Murid Baharu

Sekiranya anda ingin menambah pendaftaran anak yang seterusnya, klik butang KEMBALI dan ikuti perkongsian selanjutnya.

Panduan Untuk Tambah Daftar Anak Seterusnya

Nota : Panduan ini hanya terbuka kepada ibu bapa yang ingin tambah permohonan pendaftaran anak kedua dan seterusnya sebagai murid baharu di PASTI yang SAMA.

  • Sila klik butang Daftar Anak untuk mulakan pendaftaran anak yang seterusnya sebagai murid baharu PASTI.
  • Kemudian, teruskan langkah yang sama.
  • Setelah pendaftaran lengkap, cetak Slip Permohonan Kemasukan Murid Baharu dan hantarkan ke PASTI yang dipohon dengan kadar yang segera untuk tujuan pengesahan permohonan.
  • Anda juga boleh hantarkan dalam bentuk gambar melalui aplikasi Whatsapp kepada Pengurus atau Guru Pasti.
  • Setelah pengesahan permohonan diterima, ibu bapa / penjaga dikehendaki untuk merujuk kepada pihak PASTI berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai proses pendaftaran dan pembayaran.

Cara Semak Status Permohonan

  • Untuk semak status permohonan dan kemaskini maklumat, sila pergi ke pautan www.pastimalaysia.com dan isikan nombor MyKid murid (anak yang dipohon).
  • Kemudian, klik pada butang SEMAK STATUS PERMOHONAN berwarna merah.
PASTI Online

Semoga perkongsian ini dapat membantu para ibu bapa serta penjaga untuk membuat persiapan bagi pendaftaran anak-anak ke taska PASTI.

Untuk keterangan lanjut mengenai pendaftaran PASTI, sila rujuk ke cawangan PASTI berdekatan.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!