[LIVE] Pengumuman Puasa 2024 & Tarikh 1 Ramadan

Pengumuman Puasa 2024 & Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan di Malaysia

Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa umat Islam di Malaysia tahun ini ialah pada petang Ahad, 10 Mac bersamaan 29 Syaaban 1445 Hijriah.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan memaklumkan, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Permulaan Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengisytiharkan tarikh permulaan puasa pada malam itu melalui melalui radio dan televisyen.

TERKINI : DIMAKLUMKAN BAHAWA 1 RAMADAN 1445H JATUH PADA 12 MAC 2024 (SELASA)

Kenyataan itu menyebut jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Ramadan pada petang hari tersebut di 29 lokasi di seluruh negara iaitu Pontian Kecil, Johor dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di Melaka.

Selain itu, Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan serta Bukit Melawati, Kuala Selangor, Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor.

Sumber: Ihsan RTM via Buletin TV3

“Lokasi melihat anak bulan di Perak adalah di Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru di Manjung; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh di Pulau Pinang, serta Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar, Alor Setar di Kedah.

Lokasi lain ialah Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Mukim Merang, Setiu di Terengganu, serta Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai; dan Menara Bangunan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (SEDC), Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu di Kelantan,” menurut kenyataan itu.

Sumber: Berita RTM

Pengisytiharan tarikh 1 Ramadan 2024 di Malaysia – 12 Mac 2024 (SELASA)

tarikh puasa 2024

Info Hilal Ramadan & Tarikh Pengumuman Puasa 2024

Aktiviti cerapan hilal Ramadan 1445H akan berjalan serentak di 29 lokasi cerapan rasmi di seluruh negara.

Untuk Makluman, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan melaksanakan Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1445H pada petang ini di Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan Tingkat 10, Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).

Jadual Tarikh Penting Dalam Islam & Tarikh Mula Puasa 2024

Pengiystiharan Permulaan Puasa: 1 Ramadan akan bermula pada 12 Mac 2024 (Khamis) seperti yang telah diumumkan di Siaran Langsung hari ini.

Tarikh penting islam 2024
Sumber: JAKIM

Doa Apabila Melihat Anak Bulan Ramadan

Rasulullah SAW telah mengajarkan doa untuk dibaca apabila melihat anak bulan Ramadan:

اللهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالْإِيمَانِ، وَالسَّلامَةِ وَالْإِسْلامِ، رَبِّي وَرَبُّكَ اللهُ

Maksudnya: “Ya Allah, naungilah kami dengan keamanan dan keimanan serta keberkatan, keselamatan dan kesejahteraan. Tuhanku dan tuhanmu adalah Allah.”

Perbanyakkan berdoa dan memohon keampunan agar kita diberikan sebanyak-banyak kesempatan untuk melaksanakan amalan soleh. In sha Allah.

tarikh mula puasa

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak Seluruh Malaysia 2024 / 1445H

#NEGERI
1Sabah
2Wilayah Persekutuan Labuan
3Sarawak
4Johor
5Melaka
6Negeri Sembilan
7Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya
8Selangor
9Pahang
10Terengganu
11Kelantan
12Perak
13Kedah
14Perlis
15Pulau Pinang
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!