Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 2026 (Cerapan Hilal) adalah pada petang hari Khamis, 19 Mac 2026 Masihi bersamaan 29 Ramadan 1447 Hijrah. Anda boleh rujuk JAKIM, JUPEM, dan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memaklumkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa akan diumumkan pada malam berkenaan menerusi siaran radio dan televisyen.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta setelah mendapat perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa proses melihat anak bulan Syawal akan dilakukan pada petang Khamis, 19 Mac 2026 bersamaan 29 Ramadan 1447 Hijrah.
Majlis Raja-Raja turut menetapkan bahawa penentuan tarikh Hari Raya Puasa dibuat berdasarkan kaedah Rukyah dan Hisab.
Nantikan Pengisytiharan Hari Raya Puasa bagi tahun 2026 :
- Hari : Khamis, 19 Mac 2026 bersamaan 29 Syawal 1447H
- Masa : 8.00 malam
- LIVE Streaming : RTMKlik

Apa itu Cerapan Anak Bulan?
Cerapan anak bulan merujuk kepada proses melihat kemunculan anak bulan bagi menentukan permulaan bulan-bulan penting dalam Islam.
Majlis Raja-Raja dalam Mesyuarat Kali Ke-92 yang berlangsung pada 15 dan 16 Mac 1972 telah mencapai persetujuan bahawa penetapan tarikh awal Puasa, Hari Raya Puasa (Aidilfitri) dan Hari Raya Haji (Aidiladha) hendaklah dilaksanakan secara seragam di seluruh Malaysia.
Sebelum tahun 1972, penentuan tarikh-tarikh tersebut berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri masing-masing. Cerapan anak bulan bagi menetapkan permulaan puasa di peringkat kebangsaan buat pertama kali telah dijalankan pada 29 Syaaban 1392 bersamaan 7 Oktober 1972 di Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Sejak itu, pengisytiharan rasmi permulaan Puasa, Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui siaran radio dan televisyen selepas mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Kaedah penetapan permulaan Awal Ramadan, Aidilfitri dan Aidiladha di Malaysia adalah berdasarkan Rukyah (cerapan anak bulan) dan Hisab (kiraan astronomi).
Cerapan dilakukan di 29 lokasi rasmi di seluruh negara, dengan laporan pegawai pencerapan merangkumi waktu cerapan serta keadaan cuaca sebelum penetapan rasmi dibuat.
Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 2026
Tarikh lihat anak Bulan Ramadan iaitu pada petang hari Khamis, 19 Mac 2026 Masihi bersamaan 29 Ramadan 1447 Hijrah.
Tarikh 1 Syawal pula dijangka pada 21 Mac 2026 (Sabtu), namun bergantung kepada penampakan anak bulan.

Lokasi Cerapan Hilal di Malaysia
Berikut adalah 29 lokasi cerapan hilal di Malaysia:
- Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Perlis
- Menara Telekom, Alor Setar, Kedah
- Kg. Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah
- Pemandangan Indah, Langkawi, Kedah
- Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh, Pulau Pinang
- Pantai Pasir Panjang, Manjung, Perak
- Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor
- Bukit Malawati, Kuala Selangor, Selangor
- Bukit Jugra, Banting, Selangor
- Menara Kuala Lumpur
- Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya
- Balai Cerap Negeri Sembilan, Port Dickson, N.Sembilan
- Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tg. Bidara, Melaka
- Bangunan Sultan Ismail, Pontian Kecil, Johor
- Bukit Tanjung Batu, Nenasi, Pekan, Pahang
- Menara Kuantan 188, Kuantan, Pahang
- Gunung Brinchang, Cameron Highlands, Pahang
- Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu
- Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu
- Balai Cerap KUSZA, Merang, Setiu, Terengganu
- Pulau Perhentian, Besut, Terengganu
- Menara SEDC, Kota Bharu, Kelantan
- Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan
- Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai, Kelantan
- Balai Cerap AI-Biruni, Tg. Dumpil, Putatan, Sabah
- Menara Universiti Malaysia Sa bah, Kampus Antarabangsa Labuan
- Pusat Falak Miri, Luak Esplanade, Miri, Sarawak
- Pusat Falak Bintulu,Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak
- Teluk Bandung, Kuching, Sarawak

Maklumat Lanjut
Anda boleh semak informasi terkini berkenaan tarikh lihat anak bulan Ramadan melalui pautan berikut:
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM
- Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
- Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia JUPEM
- Portal Rasmi Majlis Agama Islam Negeri masing-masing
Soalan Lazim – Cerapan Anak Bulan
Di Malaysia, penentuan awal bulan hijriah adalah secara rukyah dan hisab dengan menggunakan kriteria Imkanur-rukyah. Kaedah ini berhubungkait di antara satu sama lain dalam urusan penentuan awal bulan hijriah di Malaysia. Sekiranya hitungan pada hari ke-29 setiap bulan hijriah memenuhi syarat Imkanur-Rukyah, maka keesokan harinya adalah awal bulan baru. Sebaliknya jika ia tidak memenuhi syarat Imkanur-Rukyah, maka bulan itu akan menjadi 30 hari.
Di antara bulan hijri dan bulan qamari tiada perbezaan dan pada asasnya takwim hijriah berdasarkan kepada peredaran bulan. Bulan qamariah dalam setahun adalah 12 bulan iaitu Muharram, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah. Bilangan hari bagi setiap bulan qamariah mengandungi 29 atau 30 hari bergantung kepada bila berlakunya ijtimak dan kewujudan/kenampakan hilal pada penghujung bulan qamariah hari ke-29 setiap hijriah mengikut syarat-syarat tertentu.
Hari baru dalam takwim hijri bermula pada waktu maghrib (matahari terbenam) hari kelihatan hilal.
Asas penentuan awal Ramadan dan Syawal dari sudut syarak, ia merujuk kepada panduan yang telah diterangkan oleh Allah SWT dan junjungan besar nabi Muhammad SAW kepada kita iaitu al-Quran dan Sunnah.
i. Dalil al-Quran.
Surah al-Baqarah, ayat 185 yang bermaksud:
“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa..”.
ii. Dalil hadis Rasulullah SAW.
Maksudnya:
Daripada Abi Hurairah r.a. berkata bahawasanya Rasulullah SAW bersabda; “Berpuasalah kamu kerana melihat hilal dan berbukalah kamu (berhari raya) kerana melihat hilal. Apabila hilal terlindung awan daripada pandangan kamu,maka sempurnakanlah bulan tersebut (tiga puluh hari)”.
(Riwayat Imam Muslim)
Kebiasaannya cerapan rasmi dilaksanakan bagi penetuan awal bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah. Walaubagaimanapun, cerapan bagi bulan-bulan lain masih dilaksanakan bagi tujuan kajian dan semakan data bagi cerapan hilal berkenaan.
Penentuan awal bulan Ramadhan, Syawwal dan Zulhijjah di Malaysia adalah berdasarkan satu kriteria kebolehnampakan hilal atau disebut sebagai Imkanur-rukyah Kriteria Imkanur-rukyah (kebolehnampakan) ialah penentuan masuknya awal bulan baru, apabila kedudukan hilal ketika matahari terbenam berada dalam keadaan yang kemungkinan kenampakannya dan hilal dianggap dianggap boleh kelihatan apabila kiraan memenuhi salah satu syarat-syarat berikut:
a) Ketika matahari terbenam, ketinggian anak bulan di atas ufuk tidak kurang daripada 2° dan jarak lengkung (bulan-matahari) tidak kurang daripada 3°.
ATAU
b) Ketika bulan terbenam, umur anak bulan tidak kurang daripada 8 jam (selepas ijtimah berlaku).
Walau bagaimanapun tarikh sebenar permulaan Ramadan (Puasa), Syawal (Hari Raya Puasa) dan Zulhijjah (Hari Raya Korban) adalah berdasarkan perisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia selepas mendapat laporan keseluruhan cerapan yang dilaksanakan pada tarikh melihat anak bulan (29hb) bulan sebelumnya.
i. Penentuan hari raya di Malaysia dan Arab Saudi adalah tidak sama kerana kaedah penentuan yang digunakan adalah berbeza dan butirannya dalah seperti berikut:
a) Malaysia : Rukyah dan hisab dengan menggunakan kriteria Imkanur-rukyah iaitu menggunakan hisab dalam menentukan kebolehnampakan hilal.
b) Arab Saudi: Hanya menggunakan kaedah Rukyah (melihat hilal) sahaja.
ii. Terdapat perbezaan matlak yang jauh di antara Malaysia dan Arab Saudi. Perbezaan waktu antara kedua-dua negara ialah lima jam. Oleh itu ketika Hilal dilihat di Arab Saudi, kedudukan hilal tersebut berada pada kedudukan 1.25° lebih tinggi di Matla’ Malaysia.
iii. Bagi rakyat negara Malaysia yang bermazhab Syafie, mereka perlu memahami bahawa setiap negara di dunia ini mempunyai matla’ atau kawasan lingkungannya sendiri. Oleh itu Malaysia tidak harus mengikut keputusan cerapan hilal yang dilaksanakan oleh Arab Saudi.
Tarikh lihat anak bulan Syawal 2026 adalah pada petang Khamis, 19 Mac 2026, bersamaan 29 Ramadan 1447 Hijrah.
Baca juga:




