Permohonan Guru Ganti MySTEP KPM 2023

Berikut merupakan iklan kerja kosong guru ganti bagi tahun 2023 yang ditawarkan oleh beberapa buah sekolah KPM di Malaysia di bawah seliaan MySTEP.

Segala permohonan anda perlulah dibuat di laman rasmi majikan seperti yang dinyatakan dalam iklan perjawatan.

Sebagai peringatan, kami hanya menyiarkan maklumat kekosongan jawatan untuk memudahkan anda membuat permohonan.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut dan info kekosongan jawatan tersebut seperti yang diiklankan di bawah.

Apakah Guru Ganti?

Guru Ganti adalah guru tidak terlatih yang ditempatkan di suatu sekolah bagi mengisi kekosongan sementara guru tetap disebabkan cuti bersalin, cuti sakit, cuti mengerjakan haji, berkursus atau lain-lain hal yang dibenarkan.

Khidmat Guru Ganti akan tamat apabila guru yang diganti telah tamat tempoh bercuti atau berkursus dan kembali bertugas di sekolah.

TUGAS GURU GANTI

  • Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti guru tetap.
  • Buku persediaan mengajar dan rekod-rekod pelajar perlu disediakan dan diselia seperti yang dilaksanakan oleh guru yang digantikan.
  • Terlibat dengan Aktiviti ko-kurikulum.
  • Serta lain-lain tugas dan aktiviti yang diarahkan oleh pihak sekolah.

Apakah MySTEP?

Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) merupakan inisiatif Kerajaan yang menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) di pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Rakan Strategik.

Inisiatif MySTEP ini disediakan khusus buat warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas daripada pelbagai latar belakang akademik dalam usaha Kerajaan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan memberi pengalaman kerja bagi meningkatkan kebolehpasaran pekerja di Malaysia.

Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP:

  1. Minimum satu (1) bulan dan maksimum dua belas (12) bulan; dan
  2. Tempoh kuatkuasa kontrak tidak melangkau 31 Disember 2023 (Bagi Sektor Awam)

Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia.
  • Sihat tubuh badan dan tidak cacat pancaindera.
  • Berumur antara 18 – 30 tahun (Bukan Siswazah) atau 18 – 35 tahun (Siswazah).
  • Sekurang-kurangnya Kepujian dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia di peringkat SPM.
  • Syarat tambahan bagi Guru Ganti Pendidikan Islam: Kepujian Bahasa Arab (SPM) / Bahasa Arab Tinggi dan Agama Islam Tinggi / IV Senawi.
  • Syarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Cina: Kepujian Bahasa Cina (SPM).
  • Syarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Tamil: Kepujian Bahasa Tamil (SPM).
  • Keutamaan kepada pemegang ijazah dalam pendidikan

Kadar Upah / Gaji

Gaji / bayaran yang diperuntukkan untuk perkhidmatan guru_ganti adalah bergantung kepada tahap kelayakan akademik seperti yang ditetapkan oleh MySTEP iaitu:

  • SPM : RM1,700 (termasuk KWSP dan PERKESO)
  • Diploma / STPM / STAM : RM1,900 (termasuk KWSP dan PERKESO)
  • Ijazah : RM2,100 (termasuk KWSP dan PERKESO)

Sila rujuk kekosongan bagi setiap negeri di bawah:

i) Kekosongan Guru Ganti – Selangor

Iklan Pengambilan Personel MySTEP (Guru Ganti) Pejabat Pendidikan Daerah Klang Tahun 2023

Borang Permohonan boleh didapati di Pejabat Pendidikan Daerah Klang.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 Mac 2023.

guru ganti 2023 jawatan kosong
guru ganti mystep 2023

ii) Kekosongan Guru Ganti – Kelantan

MAKLUMAT JAWATAN

  • Jawatan : Guru Ganti MySTEP KPM
  • Penempatan : Sekolah rendah dan menengah dalam PPD Pasir Mas
  • Tempoh Bertugas : Tertakluk kepada kekosongan guru di sekolah

KADAR UPAH

Kadar bayaran upah yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  • SPM : RM1600
  • STPM/Diploma : RM 1800
  • Ijazah : RM 2000

Kadar bayaran upah adalah untuk tempoh perkhidmatan sebulan termasuk KWSP,SOCSO dan lain lain yang berkenaan.

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah dipelawa kepada individu yang berkelayakan berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Tinggal di daerah Pasir Mas
  3. Sihat tubuh Badan
  4. Berumur 18 hingga 35 tahun

BIDANG TUGAS

Guru ganti MySTEP akan menjalankan tugas berikut:

  1. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti guru tetap
  2. Menjalankan tugas-tugas guru yang digantikan.
  3. Terlibat dengan aktiviti kokurikulum
  4. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak sekolah.

CARA MEMOHON

Pemohonan boleh dibuat dengan cara mengisi borang yang boleh diambil di kaunter Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas atau dimuat turun melalui link seperti di bawah:

shorturl.at/IMOQ4

Semua permohonan perlu disertakan dengan:

  1. Sekeping gambar berukuran passport
  2. Salinan kad pengenalan
  3. Salinan kelayakan akademik yang disahkan

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Semua borang permohonan dan dokumen yang dinyatakan perlu dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas pada atau sebelum 10 Februari 2023.

permohonan guru ganti mystep 2023

Maklumat lanjut:

https://www.facebook.com/ppdpmas

iii) Kekosongan Guru Ganti – Perak

Hebahan berkenaan dengan Permohonan Jawatan Kosong Guru Ganti MySTEP Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah 2023.

Borang permohonan boleh dimuat turun daripada QR Code dan link https://drive.google.com/…/13Gn1dD32CVM190oK…/view…

Borang permohonan manual boleh juga diperoleh di Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah.

permohonan guru ganti mystep 2023

Tarikh tutup permohonan pada 28 Februari 2023.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan Encik Mohd Hafifi bin Abd Hafidz Penolong PPD (Menengah dan Tingkatan Enam) 053711273.

iv) Kekosongan Guru Ganti – Sarawak

Iklan Pengambilan Personel MySTEP (Guru Ganti) Pejabat Pendidikan Daerah Miri Tahun 2023

Borang Permohonan boleh didapati di Pejabat Pendidikan Daerah Miri atau di pautan https://bit.ly/MohonMySTEP2023

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 Mac 2023.

guru ganti 2023 jawatan kosong

Maklumat Lanjut

Untuk menadapatkan maklumat dan update terkini kekosongan di MyStep, anda boleh mendaftar di laman sesawang rasmi MyStep. Sila rujuk : MySTEP 2023: Kekosongan & Permohonan Jawatan Terkini

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: