Bagi anda yang layak menerima bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabar atau SYUKUR berikut merupakan maklumat berkenaan tarikh dan jumlah bantuan yang akan diagihkan bagi SYUKUR fasa 3.
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabar merupakan sebuah program yang dijalankan bagi membantu dalam meringankan beban kewangan penduduk B40 di negeri Sabah. Bantuan ini dianggarkan dapat membantu 100,000 ribu penerima di negeri tersebut.
Berikut kami kongsikan serba sedikit maklumat berkenaan program ini. Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lagi pastikan anda baca artikel ini sehingga ke penghujung.
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah atau SYUKUR merupakan program yang dijalankan bagi meringankan beban, meningkatkan taraf hidup dan memberikan harapan atau sinar baharu kepada golongan B40 di Sabah.
Program ini selaras dengan pengumuman pembentangan Belanjawan 2025 Negeri Sabah yang telah disampaikan oleh Menteri Kewangan dalam Dewan Undangan Negeri Sabah yang lalu mengenai inisiatif kerajaan negeri dalam melakukan pembasmian kemiskinan.
Melalui program ini, penerima bantuan tunai ini, akan menerima RM 300 setiap bulan bagi tempoh satu tahun. Namun begitu bayaran ini akan disalurkan setiap tiga bulan, dalam empat fasa yang telah ditetapkan.
Tujuan Program SYUKUR
Berikut merupakan objektif program SYUKUR ini dijalankan:
- Bantuan Kewangan untuk Keperluan Asas
- Meringankan beban kewangan penerima, khususnya untuk mendapatkan keperluan asas;
- Bantuan untuk kehidupan selesa
- Membantu golongan yang memerlukan supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa; dan
- Pengurangan Kemiskinan Tegar
- Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negeri Sabah.
Cara Semak Kelayakan Status Penerima Bantuan
Bagi anda yang telah melakukan permohonan bantuan ini, anda boleh melakukan semakan kelayakan status penerima bantuan SYUKUR fasa 3 ini dengan cara berikut:
- Pergi ke laman semakan SYUKUR
- Masukkan Nombor MyKad anda
- Kemudian, klik pada butang Semak di bawah.
- Status kelayakan penerima Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan
Tarikh & Jumlah Bayaran SYUKUR Fasa 3
Penyaluran Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah secara beransur-ansur mengikut fasa yang telah ditetapkan.
Bagi SYUKUR Fasa 3, tarikh bayaran belum dimaklumkan lagi. Namun begitu anda tidak perlu risau kerana kami akan memaklumkan segala maklumat berkenaan tarikh bayaran ini dari semasa ke semasa.
FASA BAYARAN | Tarikh Bayaran | KADAR PENYALURAN |
Januari – Mac (Fasa 1) | 19 Februari 2025 (Rabu) | RM900 |
April – Jun (Fasa 2) | April 2025 | RM900 |
Julai – September (Fasa 3) | Ogos 2025 | RM900 |
Oktober – Disember (Fasa 4) | Oktober 2025 | RM900 |
Baca juga: SYUKUR Fasa 2 : Tarikh & Kaedah Penyaluran Bantuan
Kaedah Salur Bantuan SYUKUR fasa 3
Bagi memudahkan rakyat Sabah menerima Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan disalurkan melalui tiga (3) cara, iaitu :
- Disalurkan terus ke dalam akaun bank penerima; atau
- Diberikan secara tunai di kaunter bank; atau
- Dikreditkan ke dalam e-Wallet YONO.
Maklumat Tambahan
Untuk mendapatkan info tambahan mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat atau SYUKUR fasa 3 ini, anda boleh rujuk saluran berikut.
- Talian Hotlink : 088-338 338
- Portal Rasmi : PADANS