Sukan Komanwel 2026 – 81 Atlet Terlibat & Jadual Perlawanan

sukan komanwel 2026
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Sukan Komanwel Glasgow 2026 dijadualkan berlangsung dari 23 Julai hingga 2 Ogos 2026 di Glasgow, Scotland. Layari portal rasmi Glasgow 2026 Commonwealth Games untuk mengetahui jadual penuh perlawanan.

Kontinjen Malaysia sah bakal menghantar seramai 81 orang atlet keseluruhan, merangkumi 59 atlet elit dan 22 atlet para untuk menggalas cabaran negara dalam lapan daripada 10 jenis sukan yang dipertandingkan.

Meskipun saiz kontinjen edisi kali ini lebih kecil disebabkan pengguguran beberapa sukan tradisi seperti badminton, skuasy, dan hoki oleh tuan rumah, tumpuan Malaysia kekal tinggi terhadap kualiti dan sasaran pingat emas.

Jom rujuk senarai sukan dan atlet Malaysia yang terlibat dalam Sukan Komanwel 2026 kali ini.

Apa Itu Sukan Komanwel 2026?

Sukan Komanwel 2026 ialah temasya sukan pelbagai acara peringkat antarabangsa ke-23 yang bakal berlangsung di Glasgow, Scotland, bermula dari 23 Julai hingga 2 Ogos 2026.

Glasgow dipilih semula sebagai tuan rumah bagi menggantikan wilayah Victoria, Australia.

Bagi mengurangkan kos, penganjur telah mengecilkan saiz kejohanan dengan hanya mempertandingkan 10 jenis sukan sahaja, berbanding 19 jenis sukan semasa edisi Birmingham 2022.

Malaysia akan menghantar seramai 81 orang atlet (gabungan 59 atlet standard dan 22 atlet para) untuk menggalas cabaran negara.

Walaupun saiz kontinjen kali ini lebih kecil dan menghadapi laluan berliku ekoran pengguguran sukan-sukan kegemaran negara, fokus utama Majlis Sukan Negara (MSN) tetap terarah kepada kualiti.

Malaysia akan bertanding dalam 8 daripada 10 sukan yang ditawarkan, dengan sandaran pingat kini diletakkan di bahu skuad angkat berat, berbasikal trek, boling padang, serta jaguh-jaguh olahraga para yang lain.

sukan komanwel 2026

Berapa Sukan Dipertandingkan?

Terdapat 10 sukan dipertandingkan kali ini dalam Sukan Komanwel 2026, iaitu:

  1. Olahraga
  2. Renang
  3. Gimnastik artistik
  4. Basikal trek
  5. Bola jaring
  6. Angkat berat
  7. Tinju
  8. Judo
  9. Boling
  10. Bola Keranjang 3×3

Malaysia akan mengambil bahagian dalam 8 daripada 10 sukan yang dipertandingkan, dengan mengecualikan sukan tinju dan bola jaring.

Berbeza dengan edisi Birmingham 2022 yang mempertandingkan 19 jenis sukan sebelum ini. Keputusan ini menyaksikan pengguguran sukan tradisi berpotensi pingat bagi Malaysia seperti badminton, terjun, hoki, dan skuasy.

sukan komanwel 2026

Penglibatan Atlet & Kontinjen Malaysia

Malaysia menghantar kontinjen yang dipimpin oleh Ketua Kontinjen (Chef de Mission), Datuk Awalan Abdul Aziz.

Mengambil kira ketiadaan Perkampungan Sukan berpusat, para atlet negara akan ditempatkan mengikut kluster hotel yang berhampiran dengan venue pertandingan.

Jumlah Kontinjen Malaysia:

  • 59 Atlet Standard (Bukan Para)
  • 22 Atlet Para
  • Jumlah Keseluruhan Kontinjen: 81 Atlet

Jadual Penuh Perlawanan

Berikut ialah jadual penuh perlawanan Sukan Komanwel 2026:

sukan komanwel 2026
Sumber: Glasgow 2026 Commonwealth Games

Inilah Atlet yang Mewakili Malaysia

Seramai 81 orang atlet disahkan bakal menggalas cabaran membawa nama Malaysia ke pentas Sukan Komanwel Glasgow 2026.

Anyara atlet Malaysia yang terlibat ialah:

1. Datuk Abdul Latif Romly (Para Olahraga)

Jaguh lompat jauh para dunia ini menjadi sandaran emas terbesar Malaysia, Beliau menyasarkan untuk mempertahankan dominasi dan memecahkan rekod dunia miliknya sendiri dalam acara Lompat Jauh T20.

sukan komanwel 2026
Sumber: Facebook Latif Romly

    2. Mohamad Aniq Kasdan (Angkat Berat)

    Selepas meraih kedudukan terbaik dalam ranking Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF), Mohamad Aniq Kasdan yang bertanding dalam kategori 60kg ini menjadi prospek pingat emas yang sangat cerah buat kontinjen Malaysia.

    sukan komanwel 2026
    Sumber: Facebook Aniq Kasdan

    3. Muhamad Aznil Bidin (Angkat Berat)

    Pemenang pingat emas Sukan Komanwel edisi lalu yang berjaya melayakkan diri secara automatik dalam kategori 65kg, membawa misi besar untuk mengekalkan kejuaraannya di pentas Komanwel.

    sukan komanwel 2026
    Sumber: Bernama

    4. Khiew Hoe Yean (Renang)

    Khiew Hoe Yean ialah perenang jarak jauh utama negara yang mengetuai kuartet renang lelaki Malaysia. Beliau menjadi tumpuan untuk menembusi slot ke peringkat akhir dan menaiki podium dalam acara individu serta berganti-ganti.

    sukan komanwel 2026
    Sumber: Awani

    5. Muhammad Erry Hidayat (Angkat Berat)

    Bertanding dalam kategori 79kg melalui kelayakan ranking IWF, beliau tekad untuk menjelmakan pingat buat negara dan meneruskan legasi sukan angkat berat sebagai lubuk pingat Malaysia.

    sukan komanwel 2026
    Sumber: Awani

      Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Sukan Komanwel 2026

      Rujuk Laman Rasmi Glasgow 2026 untuk mendapatkan maklumat mengenai jadual penuh perlawanan, senarai venue utama dan info berkaitan.

      Bilakah Sukan Komanwel 2026 akan berlangsung?

      Temasya sukan ini dijadualkan berlangsung selama 11 hari, bermula dari 23 Julai sehingga 2 Ogos 2026.

      Di manakah Sukan Komanwel 2026 diadakan?

      Sukan Komanwel edisi ke-23 ini akan diadakan di Glasgow, Scotland. Ini merupakan kali kedua Glasgow menjadi tuan rumah selepas kali pertama pada tahun 2014.

      Mengapa Sukan Komanwel 2026 tidak diadakan di Australia?

      Tuan rumah asal iaitu wilayah Victoria, Australia, terpaksa menarik diri daripada hak penganjuran pada Julai 2023 disebabkan oleh peningkatan mendadak kos operasi dan kekangan bajet.

      Berapakah jenis sukan yang dipertandingkan kali ini?

      Hanya 10 jenis sukan dipertandingkan di Glasgow 2026 berbanding 19 jenis sukan pada edisi Birmingham 2022.

      Apakah sukan yang digugurkan dalam Glasgow 2026?

      Beberapa sukan popular dan lubuk pingat Malaysia telah digugurkan, termasuk badminton, terjun, hoki, skuasy, ping pong, lumba basikal lebuh raya, dan gimnastik berirama

      Berapa ramaikah atlet Malaysia yang bertanding?

      Malaysia menghantar seramai 81 orang atlet ke Glasgow. Kontinjen ini terdiri daripada pecahan 59 atlet standard dan 22 atlet para.

      Malaysia bertanding dalam berapa jenis sukan?

      Kontinjen negara menyertai 8 daripada 10 jenis sukan keseluruhan.

      Siapakah Ketua Kontinjen (Chef de Mission) Malaysia?

      Tugas penting sebagai Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Komanwel 2026 digalas oleh Datuk Awalan Abdul Aziz.

      Follow eCentral di WhatsApp
      Ikut