Advertisements

Tiada Lagi Perubahan Status Kuning MySejahtera Bagi Kontak Kasual

Advertisements

PERUBAHAN STATUS KONTAK KASUAL (KUNING) DI MYSEJAHTERA

Bermula 1 Mac 2022, tiada perubahan status risiko di profil MySejahtera bagi mereka yang dikesan sebagai kontak kasual. Notifikasi akan dihantar sekiranya anda disahkan sebagai kontak kasual.

Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin melalui media sosial:

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA telah mengemas kini beberapa protokol dalam mengurus pandemik COVID-19 termasuk mengenai status Kontak Kasual.

Sebelum ini apabila MySejahtera Trace/Check-in mengesan anda sebagai Kontak Kasual kes positif COVID-19, status di aplikasi MySejahtera anda akan bertukar kepada Kontak Kasual (risiko kuning).

Kini TIADA LAGI perubahan status tersebut dalam usaha kita untuk persediaan memasuki fasa endemik kelak.

Namun jika anda dikenal pasti sebagai Kontak Kasual, anda hanya akan menerima notifikasi di apikasi berkenaan. Jika bergejala, asingkan diri & lakukan ujian kendiri.

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Perubahan ini turut dimaklumkan melalui Twitter Rasmi MySejahtera.

kontak kasual mysejahtera

NOTIFIKASI KONTAK KASUAL

Berikut adalah contoh notifikasi yang akan anda terima sekiranya dikesan sebagai kontak [email protected] casual contact.

kontak kasual mysejahtera

Notifikasi di telefon bimbit akan memaklumkan bahawa anda dikesan sebagai casual contact.

kontak kasual mysejahtera

Namun tiada perubahan status dari segi risiko, di mana status anda akan kekal sebagai low risk.

Tiada sebarang sekatan akan dikenakan ke atas mereka yang dikesan sebagai casual contact ini.

Sebaliknya, anda hanya perlu mematuhi SOP dan menjalani ujian kendiri sekiranya bergejala.

kontak kasual mysejahtera

Sebagai tambahan, Menteri Kesihatan turut mengingatkan orang ramai agar mengamalkan TRIIS bagi meningkatkan penilaian kendiri COVID-19, iaitu:

  1. TEST – Segera melakukan ujian saringan COVID-19 secara kendiri sekiranya mengalami simptom jangkitan seperti selsema, demam, batuk dan lain-lain.
  2. REPORT – Laporkan keputusan saringan secepat mungkin di aplikasi MySejahtera
  3. ISOLATE – Lakukan kuarantin atau pengasingan kendiri dengan segera dan penuh disiplin sekiranya didapati positif. Patuhi perintah HSO yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
  4. INFORM – Segera maklumkan kepada kontak rapat anda sekiranya keputusan ujian pengesanan COVID-19 anda positif dan maklumkan kepada pihak berwajib atau CAC berhampiran sekiranya situasi kesihatan diri semakin merosot semasa menjalani kuarantin kendiri di rumah.
  5. SEEK – Dapatkan rawatan segera di pusat-pusat perubatan atau CAC berhampiran sekiranya alami gejala berat seperti kesukaran bernafas dan suhu badan terlalu tinggi.

Sumber: Facebook Khairy Jamaluddin, Twitter MySejahtera

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment