SPUR PUNB: Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan COVID-19

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) memperkenalkan Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan Covid-19 (SPUR) bagi membantu individu bumiputera yang kehilangan pekerjaan berikutan penularan pandemik Covid-19.

Penerima inisiatif ini diberikan penangguhan pembayaran selama enam bulan secara automatik dari tarikh pengeluaran dana.

Selain itu, pembiayaan SPUR ini juga boleh digunakan untuk modal kerja dan pembelian peralatan serta mesin bagi operasi perniagaan masing-masing.

Berikut dikongsikan maklumat penuh tentang SPUR PUNB:

Apakah SPUR PUNB?

Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan COVID-19 (SPUR) merupakan sebuah inisiatif baharu PUNB yang menawarkan pembiayaan antara RM50,000 hingga RM100,000 khusus untuk membantu individu/entiti Bumiputera untuk menceburi bidang perniagaan setelah kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19.

spur punb

Objektif

  • Meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam bidang keusahawanan.
  • Menyediakan kemudahan dari aspek kewangan dan pembangunan keusahawanan.
  • Memastikan usahawan dan perniagaan Bumiputera kekal berdaya saing dan berdaya tahan.
  • Mempergiat aktiviti perniagaan dan meningkatkan ekonomi.

Butiran Pembiayaan SPUR PUNB

  • Jumlah Pembiayaan: RM50,000 – RM100,000
  • Tempoh Pembiayaan: Sehingga 5.5 tahun (termasuk 6 bulan moratorium)
  • Kadar Keuntungan: 3.5% setahun berdasarkan kadar baki bulanan

Baca juga: Skim Bantuan Rumah RM45,000 LZNK (Bayaran Hanya RM280 Sebulan)

Ciri Keistimewaan

  1. Latihan dan Pembangunan Usahawan
    Kursus dan latihan disediakan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan usahawan dalam bidang pengurusan kewangan, pemasaran, tadbir urus korporat dan pengurusan am.
  2. Sewaan Hartanah PUNB 
    Usahawan berpeluang untuk menjalankan perniagaan mereka (jika ada) dengan kadar sewaan yang kompetitif. 
  3. Ibra’ Pembiayaan 
    Ibra’ (rebat) sehingga 50% daripada jumlah pembiayaan akan diberikan kepada pembayar pembiayaan yang baik (tertakluk kepada terma & syarat)

Tarikh Permohonan

Permohonan di buka selama tempoh 1 bulan secara atas talian di portal rasmi PUNB mulai 7 Mei 2021.

​Cara Permohonan

  1. Pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat permohonan pembiayaan di pautan www.punbbiz.com.my
  2. Setelah mendaftar, pemohon perlu memuat naik dokumen dan pautan video perniagaan yang diperlukan untuk proses penilaian. Sila pastikan pemohon menghantar dokumen yang lengkap mengikut kategori pilihan pembiayaan.
  3. Proses penilaian dan penyemakan dokumen permohonan akan di nilai oleh jawatankuasa penilaian PUNB.
  4. Pemohon yang berjaya akan dihubungi untuk membuat pembentangan Rancangan Perniagaan dan video perniagaan bagi sesi penilaian oleh juri penilai.
  5. PUNB akan menghubungi pemohon melalui panggilan telefon, emel atau SMS bagi memaklumkan status kelulusan permohonan untuk proses seterusnya tandatangan dan serahan surat tawaran pembiayaan.
  6. Setelah kesemua dokumen dan syarat pengeluaran dana dipenuhi dan mendapat kelulusan bagi pengeluaran dana, PUNB akan menyalurkan pembiayaan kepada usahawan yang layak bagi tujuan yang telah dipersetujui.

Dokumen Yang Diperlukan

Senarai dokumen yang diperlukan untuk permohonan ini adalah seperti berikut:

Perniagaan Yang Telah Beroperasi:

  1. Surat/bukti pemberhentian kerja
  2. Rancangan Perniagaan (pemohon perlu mengisi maklumat diperlukan semasa permohonan)
  3. Salinan kad pengenalan (pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham)
  4. Gambar berukuran pasport (pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham)
  5. Penyata akaun bank bagi tempoh 3 bulan dari tarikh terkini (penyata akaun bank individu/akaun gaji ketika membuat permohonan)
  6. Penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terkini
  7. Penyata akaun transaksi perniagaan atau rekod jualan perniagaan bagi tempoh 3 bulan.
  8. Lesen perniagaan dari majlis/lesen khas/perjanjian sewa premis perniagaan dan lesen lain yang berkaitan.
  9. Pendaftaran syarikat:

i. Pendaftaran Enterpris – Borang D (Milikan Tunggal/Perkongsian/Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP)

ii. Sendirian Berhad – Borang 9,24,44,49,32A,M&A atau seksyen 17,78,46(3),58 (Sdn Bhd), 105, perlembagaan atau yang setara

Baru memulakan perniagaan dengan konsep/idea yang menarik.

  1. Salinan kad pengenalan (pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham)
  2. Surat / bukti pemberhentian kerja
  3. Penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terkini
  4. Penyata akaun individu / akaun gaji bagi tempoh 3 bulan dari tarikh terkini

Video syarikat dan perniagaan : (Sila muat naik pautan)

Spesifikasi video adalah seperti berikut:

  1. Video dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
  2. Sumber pautan dari YouTube
  3. Durasi maksimum video selama 3 minit
  4. Pengenalan latar belakang perniagaan dan syarikat
  5. Penerangan tentang produk atau perkhidmatan ditawarkan
  6. Keistimewaan produk atau perkhidmatan
  7. Video haruslah kreatif dan menarik

Baca juga: eUKCG: Semakan Keputusan & Tarikh Ujian VKF & VP

​Semakan Kelulusan SPUR PUNB

Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon yang berjaya dalam jangka masa 20 hari waktu bekerja selepas pembentangan racangan perniagaan dinilai oleh juri penilai.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi PUNB, www.punb.com.my atau hubungi talian 1300 13 7862 atau e-mel kepada [email protected].

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!