Advertisements

eUKCG: Semakan Keputusan & Tarikh Ujian VKF & VP

Advertisements

Semakan keputusan panggilan menduduki UKCG Biasiswa Perguruan Persekutuan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) tahun 2021 kini dibuka mulai 30 April 2021.

Pelajar yang memohon PISMP di IPG perlu menduduki ujian eUKCG (Ujian Kelayakan Calon Guru).

Di sini dikongsikan lebih lanjut tentang ujian ini.

Apakah UKCG & eUKCG?

UKCG adalah ringkasan kepada Ujian Kelayakan Calon Guru

e-UKCG adalah merupakan ujian psikometrik secara atas talian yang digunakan oleh IPGM KPM untuk menyaring calon-calon yang memohon latihan perguruan di IPG.

Hanya calon yang lulus e-UKCG layak dipertimbangkan untuk menduduki saringan seterusnya.

Tarikh Ujian eUKCG 2021

e-UKCG PISMP 2021 akan dijalankan pada 1 hingga 25 April 2021.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Calon tidak dibenarkan menukar tarikh e-UKCG dan calon perlu bersedia untuk menduduki ujian tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan.

Baca juga: PKSK 2021: Permohonan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus

Lokasi / Cara Menjawab e-UKCG

e-UKCG hanya boleh dijawab secara dalam talian.

Calon boleh menduduki e-UKCG di kediaman masing-masing atau di mana-mana tempat yang mempunyai talian internet yang baik.

e-UKCG mengandungi banyak soalan dan perlu dijawab dalam tempoh masa yang terhad. Oleh yang demikian, calon dinasihatkan untuk menjawab secara spontan. Pilih jawapan yang sesuai dengan diri sendiri.

Calon boleh menduduki e-UKCG di kawasan atau tempat lain yang ada menyediakan perkhidmatan internet dengan baik seperti kafe siber, pusat ICT kampung, sekolah, perpustakaan awam atau di kawasan-kawasan yang menyediakan internet tanpa wayar. Perlu diingatkan, e-UKCG adalah SULIT.

Calon tidak dibenarkan menunjuk, membuka ruang untuk orang lain melihat atau menyebarkan soalan ujian kepada individu atau pihak lain.

Oleh itu calon memerlukan talian internet dan digalakkan menggunakan komputer atau komputer riba untuk menjawab e-UKCG untuk lebih selesa.

Walau bagaimanapun calon boleh menjawab menggunakan alat-alat lain seperti telefon bimbit atau tablet.

Untuk mengetahui anda layak atau tidak anda ambil ujian ini, boleh check melalui pautan yang dikongsikan di bawah ini:

Pautan online: http://ipgmkpm.net/ua/

Baca juga: PISMP 2021: Permohonan IPG Online Bagi Lepasan SPM

Tarikh Semakan Keputusan

eUKCG

Maklumat Lanjut

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan:
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR

(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan (JPP), Pusat Hal Ehwal Pelajar)

No. Telefon : : 03-8312 6720/ 6693/ 6731/ 6768/ 6719/ 6760
Emel : | [email protected] |

Maklumat terkini berkaitan proses pengambilan PISMP 2021 boleh diakses menerusi portal PISMP

https://pismp.moe.gov.my/kalendar.cfm/

Maklumat berkaitan Proses Saringan dan Tarikh-tarikh penting Pengambilan PISMP 2021

https://pismp.moe.gov.my/maklumat_penting.cfm/

Maklumat lain yang berkaitan boleh juga dilayari di facebook Jabatan Pengambilan dan Penempatan Pelajar, IPGM

https://www.facebook.com/Jabatan-Pengambilan-dan-Penempatan-Ipgm-Kpm-100358478320097/

Leave a Comment