LPPSA MyFinancing: Cara Daftar, Semakan Status & Baki Pinjaman

LPPSA MyFinancing adalah sebuah aplikasi mudah alih yang diperkenalkan oleh  Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) untuk mengakses ke akaun pembiayaan pengguna dengan lebih mudah dan cepat.

Melalui aplikasi ini, pelbagai kemudahan kepada pemohon dan peminjam LPPSA disediakan bagi mendapatkan maklumat terkini berkenaan:

  1. Status terkini permohonan pembiayaan.
  2. Amaun baki pembiayaan.
  3. Amaun pengeluaran bayaran.
  4. Amaun ansuran bulanan.
  5. Amaun tunggakan.
  6. Status akaun pembiayaan.
  7. Hebahan mengenai LPPSA.

Baca juga: Pinjaman LPPSA 2020: Semakan Status Permohonan Online

Cara Daftar & Menggunakan LPPSA MyFinancing

Untuk menggunakan aplikasi ini, pengguna hanya perlu melakukan 4 langkah berikut:

  1. Daftar di Portal Permohonan Pembiayaan LPPSA: https://lms.lppsa.gov.my/JACCESS/portal/
  2. Muat Turun Aplikasi Mudah Alih LPSSA MyFinancing
  3. Daftar Pengguna
  4. Log Masuk menggunakan kata laluan yang didaftarkan
lppsa myfinancing

Cara Log Masuk Kali Pertama

  1. Klik ikon MyFinancing untuk membuka aplikasi mudah alih LPPSA MyFinancing.
  2. Paparan Log Masuk akan dipaparkan.
  3. Pengguna boleh memilih untuk:
    • Log Masuk
    • Daftar Pengguna (Bagi Pengguna Kali Pertama)
    • Lupa Kata Laluan
    • Kalkulator
  4. Pengguna baru pertama kali menggunakan Aplikasi Mudah Alih perlu untuk mendaftar pengguna terlebih dahulu.
  5. Tekan pada menu “Daftar Pengguna” atau Tekan perkataan “Daftar di sini”
  6. Bagi pengguna yang telah mendaftar pada Aplikasi Mudah Alih boleh terus log masuk.
  7. Masukkan ID Pengguna iaitu No Kad Pengenalan Pengguna.
  8. Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan pada pendaftaran pengguna Aplikasi Mudahalih.
  9. Tekan butang “LOG MASUK”

Cara Semak Status & Baki Pinjaman LPPSA

Jika pengguna telah mendaftar, anda boleh membuat semakan status pembiayaan dan baki pinjaman.

Caranya adalah seperti berikut:

  1. Log masuk
  2. Lihat Paparan Utama
  3. Tekan pada Menu Permohonan
  4. Maklumat permohonan akan dipaparkan
  5. Untuk melihat baki pembiayaan, tekan Menu Pembiayaan
  6. Tekan Butang Maklumat Tambahan untuk melihat perincian pembiayaan, maklumat tunggakan, ansuran terkini, dan lain-lain.

Muat Turun LPPSA MyFinancing

Klik link berikut untuk muat turun aplikasi mobile LPPSA MyFinancing.

Link untuk ke Google Playstore – http://bit.ly/MyFinancingLPPSA

Link untuk ke iOS App Store – https://apps.apple.com/my/app/lppsa-myfinancing/id1499313637

Maklumat Lanjut

Pusat Panggilan Utama : 03 – 8880 1600

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
Kompleks Kementerian Kewangan,
No.9,  Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 Putrajaya

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!