SPiM IPTS MARA 2021 (Penjana): Bantuan Usahawan IPTS Bumiputera

Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Skim Pembiayaan Mudah Jaya (SPiM) kepada Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi membantu kelangsungan perniagaan pengusaha Bumiputera akibat Covid-19.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata, usaha berkenaan bertujuan membantu IPTS Bumiputera yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19 serta meringankan beban ditanggung pengusaha IPTS Bumiputera.

Di sini kami kongsikan maklumat lanjut tenang SPiM IPTS MARA dan bagaimana anda boleh mendapat manfaat yang ditawarkan.

Apakah SPiM PENJANA IPTS MARA?

SPiM PENJANA IPTS ialah kemudahan pembiayaan perniagaan patuh syariah yang bertujuan membantu usahawan IPTS Bumiputera yang terjejas akibat wabak pandemik Covid-19.

Kemudahan ini adalah berbentuk bantuan pembiayaan perniagaan bagi tujuan menampung keperluan perbelanjaan kos operasi sahaja dan tidak termasuk perbelanjan modal (capital expenditure) atau modal kerja (working capital).

Tujuan pembiayaan adalah untuk membantu usahawan IPTS yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dengan menampung kos-kos perbelanjaan mengurus seperti berikut :

  • Kos operasi
  • Gaji pekerja,
  • Sewa premis,
  • Utiliti,
  • Lain-lain perbelanjaan mengurus
spim ipts mara penjana

Syarat Kelayakan SPiM IPTS MARA

IPTS Bumiputera yang berdaftar di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555], adalah kumpulan sasar yang layak memohon Skim Pembiayaan Mudah Jaya (SPiM) di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) untuk IPTS Bumiputera ini.

Berikut adalah syarat kelayakan SPiM IPTS MARA

  • IPTS yang berdaftar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (perlu mengemukan sijil perakuan pendaftaran yang sah),
  • Syarikat berstatus Sdn Bhd bertaraf Bumiputera,
  • Sekurang-kurangnya seorang ahli lembaga pengarah perlulah berumur tidak melebihi 65 tahun dan layak untuk mengambil perlindungan Takaful,
  • Melepasi tapisan Carian Kredit,
  • Mempunyai pengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi,
  • Beroperasi 12 bulan ke atas,
  • Bebas daripada senarai hitam MARA,
  • Perniagaan Patuh Syariah, dan
  • Mengambil perlindungan Takaful yang telah ditetapkan oleh MARA.

Baca juga: Semakan PKSK 2021: Tarikh & Pusat Ujian Tingkatan 1 / Tingkatan 4

Dokumen Yang Diperlukan

  • Dokumen asas yang diperlukan seperti berikut :
  • Sijil perakuan pendaftaran IPTS oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia;
  • Surat kebenaran pemeriksaan kredit yang ditandatangani oleh pemohon dan dicetak menggunakan kepala surat rasmi beserta cop syarikat (format disertakan di dalam borang permohon di atas talian);
  • Laporan kewangan tahunan beraudit bagi 3 tahun terkini;
  • Penyata Bank utama untuk 6 bulan terkini;
  • Profil perniagaan secara ringkas i.e jenama IPT, lokasi, bilangan pelajar, bilangan staff pengurusan beserta akademik, kursus yang ditawarkan, penaja pelajar etc

Had Pembiayaan

Had pembiayaan bermula RM500 Ribu sehingga RM50 Juta dengan kadar keuntungan 3.5% setahun.

Baca juga: 13 Jenis Bantuan Pinjaman MARA Untuk Perniagaan Yang Boleh Dimohon

Cara Permohonan

  1. Permohonan secara atas talian (online application) menerusi portal rasmi www.pmbtijari.com.my/spimpenjana
  2. Log masuk
  3. Isikan maklumat permohonan dengan lengkap pada borang yang disediakan
  4. Buat semakan dan hantar setelah membuat pengesahan

Maklumat Lanjut

  • PMB Tijari Bhd www.pmbtijari.com.my/spimpenjana
  • Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi talian tetap 03 – 2785 9800

https://www.pmbtijari.com.my/spimpenjana/?

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!