Advertisements

Semakan PKSK 2021: Tarikh & Pusat Ujian Tingkatan 1 / Tingkatan 4

Advertisements

Semakan PKSK 2021: MAKLUMAN TARIKH BAHARU PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK) KHAS TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 TAHUN 2020

Semakan Pusat PKSK Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 boleh dibuat mulai 8 Januari 2021.

Di bawah adalah jadual terkini tarikh baharu PKSK yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

*Sumber:  Surat Siaran KPM

Semakan PKSK: Lokasi Pusat Ujian Tingkatan 1 & 4

Semakan pusat Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), KPM bagi Tingkatan 1 boleh dibuat mulai 8 Januari 2021 melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my

Semakan pusat Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), KPM bagi Tingkatan 4 boleh dibuat mulai 8 Januari 2021 melalui pautan https://spskt4.moe.gov.my

NOTA: Sebarang pemberitahuan atau kemaskini maklumat akan diberitahu melalui laman web rasmi https://www.moe.gov.my/ atau media sosial Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia dan Twitter KPM

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Tentang PKSK

Susulan pengumuman YB Menteri Kanan Pendidikan mengenai pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada 15 April 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV), Maktab Tentera Diraja (MTD) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Baca juga: Semakan UKKM 2021: Tarikh Ujian, Status Permohonan & Kemasukan MRSM Tingkatan 1 Dan 4

Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Pendidikan bertarikh 22 Mei 2020 telah memutuskan bahawa:

  • Satu sistem permohonan kemasukan murid ke Sekolah Khusus dibangunkan secara single entry point
  • Satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat digunakan untuk kemasukan murid ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di Sekolah Khusus
ujian pksk

Persediaan Membuat Permohonan

Pemohon perlu memuatkan nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid dan nombor MyKad Penjaga Utama (yang didaftar dlm APDM) untuk memasuki sistem. Sistem akan membuat padanan
dengan maklumat murid yang terdapat dalam APDM.

Pemohon boleh membuat pilihan jenis sekolah (SBP/SMKA/SMT/KV/MTD), jenis aliran atau pengkhususan sekolah atau kursus yang dipohon, nama sekolah pilihan, pusat pentaksiran pilihan serta beberapa butiran lain yang diperlukan.

Baca juga: UPU Online 2021/2022: Cara Permohonan, Panduan & Syarat Kelayakan

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang semakan PKSK seperti pusat ujian dan sebagainya, sila rujuk info terkini di

ATAU

Hubungi KPM di talian berikut:

  • Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh : 03-8321 7400
  • Bahagian Pendidikan Islam : 03-8321 7200
  • Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional : 03-8884 5154
  • Maktab Tentera Diraja : 03-8946 5562

Leave a Comment