Permohonan Program Dermasiswa B40 (DB40) JPA 2026 kini dibuka secara rasmi bermula 3 Ogos 2026 (Isnin) 2 petang, sehingga 16 Ogos 2026 (Ahad) 5 petang, melalui Portal Rasmi Penajaan JPA: https://esilav2.jpa.gov.my
Program tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ini adalah khas untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 sahaja.
Penajaan dibuka kepada calon daripada keluarga berpendapatan rendah (golongan B40) yang ingin menyambung pengajian peringkat Diploma di:
- Universiti Awam (UA)
- Politeknik
- TVETMARA dan
- Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) terpilih di dalam negara
bagi bidang berfokuskan kepada:
- Kejuruteraan dan Teknikal/Teknologi
- Sains
- Sains Sosial/Sastera
- Seni Bina
- Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)
Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Program Dermasiswa B40 JPA tahun 2026 untuk rujukan bersama.
Apa Itu Program Dermasiswa B40?
Program Dermasiswa B40 (DB40) ialah skim bantuan kewangan penuh oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk pelajar lepasan SPM daripada keluarga berpendapatan rendah (kumpulan B40).
Program ini menanggung sepenuhnya kos pengajian di peringkat Diploma dan Diploma dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang telah mendapat pengiktirafan penuh atau sementara oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Tujuan utamanya adalah untuk membantu anak-anak B40 melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi tanpa bebanan hutang pendidikan.
Untuk tahun 2026, permohonan Program Dermasiswa B40 (DB40) dibuka secara rasmi bermula 3 Ogos 2026 (Isnin) 2 petang, sehingga 16 Ogos 2026 (Ahad) 5 petang, melalui Portal Rasmi Penajaan JPA.
Klik: Pautan Permohonan Dermasiswa B40 2026

Manfaat Utama Dermasiswa B40
Program Dermasiswa B40 (DB40) menawarkan bantuan kewangan menyeluruh yang direka khas untuk meringankan beban keluarga berpendapatan rendah. Berikut adalah manfaat utama yang diterima oleh pemegang tajaan ini:
- Tajaan Penuh: Yuran pengajian universiti dibayar terus oleh pihak JPA.
- Elaun Sara Hidup: Wang saku sebanyak RM700 sebulan untuk perbelanjaan harian.
- Elaun Buku: Bantuan tunai tahunan untuk membeli bahan rujukan akademik
- Elaun Perkakas: Dana khas bagi pelajar kursus teknikal atau kejuruteraan.
- Tiket Penerbangan: Tambang percuma pergi dan balik untuk pelajar Sabah dan Sarawak.
Kelebihan Struktur Tajaan:
- Bukan Pinjaman: Pembiayaan ini adalah biasiswa penuh yang tidak perlu dibayar balik.
- Bebas Kontrak: Pelajar tidak terikat untuk bekerja dengan sektor kerajaan selepas tamat pengajian.
- Tiada Faedah: Anda bebas daripada bebanan hutang pendidikan atau faedah pinjaman.
Syarat Permohonan Biasiswa Dermasiswa B40
Syarat Umum:
Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik/ berjangkit/ penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian;
- Ibu dan/atau bapa dan/atau pemohon tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA. Sehubungan itu, pemohon hendaklah memastikan bahawa pemohon, ibu dan/atau bapa bebas daripada sebarang tindakan undang-undang atau status senarai hitam pinjaman JPA sebelum mengemukakan permohonan.
- Pemohon yang pernah dikenakan tindakan penamatan tajaan atas pelanggaran syarat perjanjian oleh JPA tidak layak memohon;
- Sekiranya berjaya ditawarkan penajaan JPA, pemohon tidak dibenarkan menerima bantuan kewangan/ tajaan daripada mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama;
- Menduduki peperiksaan SPM 2025 buat kali pertama di mana- mana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta atau calon-calon persendirian;
- Umur belum mencapai 19 tahun, atau belum mencapai 20 tahun bagi pelajar peralihan pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki; dan
- Pendapatan per kapita dalam kategori B40 iaitu RM5,249.00 sebulan dan ke bawah.
Syarat Khusus:
Bagi Universiti Awam (UA), Politeknik dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang dikenal pasti:
- Menduduki SPM dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana tiga subjek lain yang diambil; dan
- Telah mendapat tawaran/ telah mendaftar di institusi pengajian tersebut.
Bagi TVETMARA seperti Institut Kemahiran MARA (IKM)/ Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)/ Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI) dan Institut Kemahiran Latihan Awam (ILKA) yang lain seperti Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)/ Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
- Menduduki SPM dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana satu subjek lain yang diambil; dan
- Telah mendapat tawaran/ telah mendaftar di institusi pengajian tersebut.
Cara Permohonan Dermasiswa B40 2026
Permohonan boleh dibuat menerusi laman web Portal Rasmi Penajaan JPA bermula 3 Ogos 2026 (Isnin) 2 petang, sehingga 16 Ogos 2026 (Ahad) 5 petang.
Calon-calon dinasihatkan untuk menyemak syarat-syarat permohonan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.
Langkah Permohonan
- Layari portal permohonan di https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=DMSW
- Log masuk atau daftar akaun untuk teruskan memohon.

Calon dibenarkan mendaftar serta mengemas kini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.
Hanya maklumat permohonan yang terkini akan diambil kira bagi tujuan pemprosesan permohonan. Sebarang perubahan atau pindaan selepas tarikh tutup permohonan tidak akan diterima.
Semakan Senarai Hitam JPA
Ibu dan/atau bapa dan/atau pemohon tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.
Sehubungan itu, pemohon hendaklah memastikan bahawa pemohon, ibu dan/atau bapa bebas daripada sebarang tindakan undang-undang atau status senarai hitam pinjaman JPA sebelum mengemukakan permohonan.
Sekiranya pemohon, ibu dan/atau bapa didapati telah dikenakan tindakan undang-undang atau disenarai hitam oleh JPA:
- Hubungi talian 03-8000 8000 dalam tempoh 3 Ogos 2026 (Isnin) hingga 12 Ogos 2026 (Rabu) bagi tujuan semakan dan penyelarasan lanjut.
Sebarang permohonan yang dikemukakan selepas tempoh tersebut tidak akan dipertimbangkan, dan keputusan yang dibuat adalah muktamad.
Semakan status senarai hitam pinjaman JPA boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/tunggakanindividu.php

Adakah B40 Sahaja Layak Mohon?
Adakah B40 sahaja layak memohon? Jawapannya, TIDAK.
Mengikut syarat yang dinyatakan, pendapatan per kapita RM5,249.00 sebulan dan kebawah layak memohon.
Pendapatan per kapita bermaksud, Jumlah Pendapatan Isi Rumah DIBAHAGI dengan Jumlah Tanggungan.
Contoh:
Mak + ayah gaji 10k, ada anak 3. Jadi jumlah tanggungan 5 orang.
Kiraan: RM 10,000 / 5 org tanggungan = RM2000.
Jadi jumlah, per kapita adalah dibawah RM5,429.
LAYAK MEMOHON ✔️
Institusi Pengajian
Pengajian diploma di IPTA dan institusi latihan terpilih;
- Universiti Awam (UA)
- Politeknik
- TVETMARA seperti Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI) serta Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) yang terpilih iaitu Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC).

Bidang Pengajian
- Sains
- Sains Sosial/ Sastera
- Kejuruteraan dan Teknikal/ Teknologi
- Seni Bina
- Diploma TVET
Bidang pengajian yang tidak ditaja adalah seperti berikut:
- Bidang perubatan, pergigian dan farmasi;
- Bidang pendidikan;
- Bidang yang memerlukan pelajar mengambil jenis-jenis lesen seperti lesen penerbangan dan sebagainya;
- Program-program berbentuk francais UA/ IPTS;
- Program-program berkembar/ ijazah dual/ double degree/ program kerjasama dengan institusi lain;
- Program kejururawatan, separa perubatan dan program pra perkhidmatan;
- Program-program berkaitan sijil/ kursus profesional; dan
- Program pengajian secara separuh masa/ jarak jauh/ dalam talian/ pengajian tanpa subsidi yuran pengajian
Tarikh Penting
Tarikh permohonan Program Dermasiswa B40 (DB40) JPA bagi tahun 2026 dibuka secara rasmi bermula 3 Ogos 2026 (Isnin) 2 petang, sehingga 16 Ogos 2026 (Ahad) 5 petang.
Permohonan Dermasiswa B40 boleh dilakukan melalui Portal Rasmi Penajaan JPA.
Keputusan permohonan penajaan dijangka akan diumumkan melalui Portal Penajaan JPA di https://penajaan.jpa.gov.my pada minggu ketiga Oktober 2026.
Sekiranya terdapat sebarang perubahan terhadap tarikh pengumuman keputusan, pemakluman akan dibuat melalui portal tersebut.
TARIKH-TARIKH PENTING
- Permohonan dibuka: 3 Ogos 2026 (Isnin) | 2.00 petang
- Permohonan ditutup: 16 Ogos 2026(Ahad) | 5.00 petang
- Jangkaan Keputusan: Minggu ketiga Oktober 2026
Nota: tertakluk kepada perubahan semasa
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan berkaitan program penajaan atau masalah teknikal hendaklah dikemukakan melalui Call Center di talian 03-8000 8000 (Isnin hingga Jumaat, 9.00 pagi hingga 4.30 petang) atau melalui e-mel: [email protected].
Perkhidmatan talian dan e-mel ini hanya disediakan sepanjang tempoh permohonan dibuka.
Anda juga boleh muat turun iklan dan soalan lazim PDF di bawah:
Semoga bermanfaat!
Soalan Lazim Dermasiswa B40 (DB40) 2026









Pelajar berstatus Warganegara Malaysia yang menduduki SPM buat kali pertama dan berasal daripada keluarga kategori B40 dengan pendapatan isi rumah bulanan yang sah di bawah had ketetapan semasa (sekitar RM5,249 sebulan dan ke bawah).
Tidak perlu. Syarat akademik minimum untuk Dermasiswa B40 adalah jauh lebih fleksibel berbanding biasiswa elit lain. Anda hanya perlu mendapat kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah, serta memenuhi syarat gred minimum mengikut institusi masing-masing.
Program ini dikhasan hanya untuk peringkat Diploma dan Diploma bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET). Program peringkat Asasi, Matrikulasi, atau Ijazah Sarjana Muda (Degree) tidak ditaja di bawah skim DB40 ini.
– Universiti Awam (UA) terpilih (contoh: UiTM, UTM, UTHM, dll.).
– Politeknik (termasuk Politeknik Premier dan Konvensional).
– Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) / Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM).
Ya boleh. Anda wajib mengekalkan prestasi akademik yang baik setiap semester mengikut tahap Pointer (CGPA) minimum yang ditetapkan oleh JPA (biasanya CGPA 2.00 ke atas). Kegagalan mengekalkan keputusan minimum atau melanggar disiplin universiti boleh menyebabkan tajaan dihentikan.
Permohonan Program Dermasiswa B40 (DB40) JPA 2026 dibuka secara rasmi bermual 3 Ogos 2026 sehingga 16 Ogos 2026.
Semakan status senarai hitam pinjaman JPA boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/tunggakanindividu.php




