Cara Mohon Skim Pembiayaan Pendidikan Dual Ijazah UMP-Jerman

Cara Mohon Skim Pembiayaan Pendidikan Dual Ijazah UMP-Jerman

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini menawarkan Skim Pembiayaan Pendidkan Program Dual Ijazah UMP-Jerman.

Untuk makluman, skim pembiayaan ini merupakan hasil kerjasama antara UMP dan institusi pendidikan di Jerman yang sudah terjalin lebih daripada 100 tahun.

Skim pembiayaan ini menyasarkan bantuan bagi pelajar UMP yang berasal daripada keluarga B40 dan M40.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui cara memohon serta butiran mengenai skim pembiayaan ini.

Baca Juga : Tawaran Biasiswa MAIWP Insentif Khas Pelajar UA Cemerlang

Tarikh Permohonan Skim Pembiayaan Pendidikan Dual Ijazah UMP-Jerman

Pelajar yang berminat boleh kemukakan permohonan sebelum tarikh tutup iaitu 17 November 2022.

Skim Pembiayaan Pendidikan

Syarat Kelayakan

Calon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah digariskan seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Kategori B40 atau M40.
  3. Pelajar sekurang-kurangnya perlu memohon pinjaman PTPTN.
  4. Mempunyai rekod permohonan penajaan luar seperti MARA/JPA tetapi ia ditolak atau gagal.
  5. Kedudukan akademik PNGK 3.0 ke atas pada semester semasa.
  6. Jumlah pembiayaan yang ditaja selepas ditolak penjanaan separa daripada agensi lain seperti PTPTN.
  7. Pembiayaan adalah hanya untuk yuran pengajian dan penginapan asrama UMP sahaja.

Syarat Penjamin

Permohonan skim pembiayaan ini turut menetapkan syarat penjamin seperti yang disenaraikan berikut :

  1. Perlu dijamin oleh 1 orang sahaja.
  2. Penjamin bermastautin di Malaysia.
  3. Penjamin tidak diisytihar bankrap.
  4. Gaji bersih bulanan tidak kurang daripada 40% setelah ditolak jumlah ansuran bulanan pemohon pembiayaan.

Cara Memohon

Pelajar yang berkelayakan boleh lakukan permohonan berpandukan langkah-langkah berikut :

  1. Layari laman web https://cdn.me-qr.com/pdf/2051563.pdf.
  2. Muat turun borang permohonan.
  3. Isi borang permohonan tersebut.
  4. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  5. Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke pejabat Pusat Kerjasama Strategik Akademik UMP.

Dokumen Yang Diperlukan

Calon juga dikehendaki untuk sertakan bersama dokumen sokongan seperti yang disenaraikan berikut :

  1. Kad Pengenalan (Pemohon dan Penjamin).
  2. Slip gaji/pendapatan (Penjamin).
  3. Surat tawaran UMP (Pemohon).
  4. Transkrip akademik UMP (Pemohon).
  5. Dokumen sokongan yang menunjukkan permohonan penajaan daripada agensi luar ditolak (Pemohon),

Nota : Semua salinan dokumen yang dinyatakan seperti di atas perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (gred 41 dan ke atas) atau Ketua Kampung/Penggawa/Penghulu Mukim/Ketua Masyarakat atau lain-lain yang setaraf.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Skim Pembiayaan Pendidikan Program Dual Ijazah UMP-Jerman, sila hubungi 09-4315663/012-9831100 atau menghantar emel ke [email protected].

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!