Skim Peka 2.1 : Pembiayaan RM50,000 Untuk Pengusaha Pelancongan

Pengusaha industri pelancongan dan kreatif di Pulau Pinang kini boleh memohon bantuan pembiayaan melalui inisiatif Skim Pinjaman Kelangsungan Perniagaan atau Skim Peka 2.1 dan Skim Pinjaman Tanpa Faedah Dana Permulaan Industri Ekonomi Kreatif untuk membantu mereka mengekalkan perniagaan  semasa pandemik COVID-19.

Apakah Skim Peka 2.1?

Skim Peka 2.1 ditawarkan oleh agensi pembangunan negeri, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) kepada penggiat industri pelancongan Pulau Pinang yang layak.

Ia bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan penggiat industri agar mereka dapat mengekalkan perniagaan semasa pandemik COVID-19.

Baca juga: Kenyalang Gold Card (KGC): Permohonan & Manfaat Untuk Warga Emas

Tempoh Permohonan

Tempoh permohonan SKIM PEKA 2.1 akan dilanjutkan sehingga 26 Februari 2021, memandangkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri Pulau Pinang.

skim peka 2.1

Syarat Kelayakan

  1. Syarikat / Pengusaha Pelancongan yang mempunyai nilai jualan tahunan maksima RM 15 juta (akaun beraudit yang terkini) ATAU bilangan pekerja sehingga 75 orang.
  2. Pengusaha sektor pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC / Majlis Bandaraya Pulau Pinang / Majlis Bandaraya Seberang Perai.
  3. Permohonan pinjaman ini HANYA untuk pengusaha sektor pelancongan yang berdaftar dan beroperasi di Pulau Pinang sahaja.
  4. Nama Syarikat tidak disenarai hitam (CTOS).
  5. Syarikat mesti mempunyai lesen perniagaan yang sah.
  6. Syarikat Sdn. Bhd. atau pemilik perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  7. Syarikat yang telah BERJAYA dalam permohonan SKIM PEKA 1.0 dan SKIM PEKA 2.0 TIDAK LAYAK.

Pengusaha Yang Layak

  1. Hotel-hotel yang mempunyai lesen pihak berkuasa dan masih beroperasi.
  2. Tempat tarikan pelancongan yang dilesenkan oleh pihak berkuasa, seperti MBPP, MBSP, Pejabat MOTAC dan/atau pengusaha pelancongan yang dianggap dapat membantu industri pelancongan oleh PETACE.
  3. Galeri Seni yang mempunyai lesen pihak berkuasa.
  4. SPA / Pusat Urut Kaki yang berdaftar dengan MOTAC.
  5. Pengusaha program Pengalaman HOMESTAY di Malaysia yang berdaftar dengan MOTAC.
  6. Pengusaha pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC dan beroperasi di Pulau Pinang.
  7. Pengusaha feri dan cruise pelancongan.
  8. Tempat persembahan kesenian berlesen.
  9. Pengusaha-pengusaha lain yang boleh membuktikan kebergantungan utama mereka adalah pada sektor pelancongan serta terkesan atau mengalami impak negatif semasa penularan pandemik Covid-19.

Baca juga: GKP PERMAI: Semakan Bayaran GKP Tambahan RM1,000 (Mac 2021)

Borang Permohonan Skim Peka 2.1

Pemohon yang ingin memohon SKIM PEKA 2.1 dikehendaki untuk muat turun borang-borang seperti berikut:-

  1. Borang Skim PEKA 2.1 – Klik untuk muat turun
  2. Borang CRA (CTOS) – Klik untuk muat turun
  3. Borang EFT PDC – Klik untuk muat turun
  4. Borang PDPA – Klik untuk muat turun

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian berikut : 04 – 650 5133 / 017 – 581 5133

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!