Kenyalang Gold Card (KGC) ialah inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak yang memberi pelbagai kemudahan dan diskaun khas kepada warga emas Sarawak berumur 60 tahun ke atas yang berstatus ‘K’ pada MyKad. Layari portal rasmi Kenyalang Gold Card di https://kenyalanggold.com/ untuk semakan dan permohonan.
Warga emas di Sarawak boleh memohon Kenyalang Gold Card (KGC), sebuah kad khas yang menawarkan diskaun, pengecualian bayaran dan pelbagai manfaat lain untuk barangan serta perkhidmatan yang disediakan oleh agensi kerajaan, syarikat swasta dan peniaga yang menjadi rakan strategik KGC.
KGC menawarkan pelbagai keistimewaan kepada individu berusia 60 tahun ke atas yang menetap di Sarawak, sebagai tanda penghargaan atas sumbangan mereka kepada masyarakat.
Rujuk info lanjut tentang Kenyalang Gold Card (KGC), manfaat, cara permohonannya dan aktifkan kad secara digital.
BACA JUGA: SKAS 2026 (Sumbangan Keperluan Asas Sarawak) – Semakan & Bayaran
Apa itu Kenyalang Gold Card (KGC)?
Kenyalang Gold Card (KGC) adalah kad keistimewaan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak khusus untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas yang merupakan penduduk tetap Sarawak dan mempunyai status ‘K’ pada MyKad.
KGC memberi pelbagai manfaat seperti diskaun, rebat dan kemudahan khas di pelbagai premis komersial, perkhidmatan kesihatan, pengangkutan dan sektor lain yang bekerjasama dengan program ini.
Selain diskaun, pemegang KGC juga layak menerima bantuan ihsan kematian sebanyak RM1,800 untuk menampung sebahagian kos pengebumian.
Program ini bertujuan menghargai sumbangan warga emas dan meringankan beban kewangan mereka dalam kehidupan harian, sekaligus menunjukkan komitmen kerajaan negeri terhadap kesejahteraan golongan berusia.
Kad ini boleh digunakan secara fizikal atau digital melalui aplikasi iSarawakCare dan SarawakPass untuk menebus manfaat di premis rakan strategik yang menyertai KGC.
Senarai Penuh Rakan Strategik KGC boleh dirujuk di SINI

Syarat Kelayakan
Antara syarat-syarat memohon KGC ialah:
- Berumur 60 ke atas
- Warganegara Malaysia dengan status ‘K’ pada kad pengenalan
- Penduduk tetap (permanent resident) Sarawak
Sehingga Mei 2025, lebih 427,000 warga emas telah memohon KGC. Sekiranya ibu bapa atau anda sendiri memenuhi syarat kelayakan di atas, jangan lupa buat permohonan segera.
Kelebihan Kenyalang Gold Card
Kad ini menawarkan:
- Diskaun, rebat, dan yuran percuma untuk barangan dan perkhidmatan dari rakan strategik KGC seperti kedai runcit, restoran, farmasi, hospital, pusat optik, spa, dan saloon rambut.
- Diskaun istimewa untuk perkhidmatan kesihatan, pengangkutan awam, telekomunikasi, dan keperluan harian.
- Layak menerima bantuan ihsan kematian sebanyak RM1,800 untuk menampung sebahagian kos pengebumian.
- Boleh menikmati pemeriksaan kesihatan percuma dengan nilai RM500 setahun di klinik-klinik tertentu.
- Kad boleh digunakan secara fizikal atau digital melalui aplikasi iSarawakCare dan SarawakPass untuk menebus manfaat di premis rakan strategik.
- Peningkatan pelbagai promosi dan tawaran istimewa dari masa ke semasa, termasuk pelbagai jenis perniagaan dan perkhidmatan.
Cara Mohon Kenyalang Gold Card Online

Layari https://isarawakcare.sarawak.gov.my/apply-now/ . Kemudian, anda boleh pilih untuk login menggunakan Sarawak Pass atau iSarawakCare.
Daftar atau log masuk akaun SarawakPass/iSarawakCare. Klik login atau register.
Jika sudah ada akaun:
- Log masuk akaun.
- Klik butang inisiatif “Kenyalang Gold Card”.
- Isi borang inisiatif (pastikan semua maklumat tepat).
- Klik “Hantar” untuk serah permohonan.
- Klik “Lihat Permohonan” untuk semak permohonan yang telah dihantar.
- Klik “Garis Masa” untuk semak status permohonan dari semasa ke semasa.
Permohonan yang diluluskan akan dihubungkan kepada akaun anda dan kad maya KGC boleh diakses melalui aplikasi (SarawakPass/iSarawakCare) tanpa perlu ambil kad fizikal.
Tapi, untuk gunakan kad KGC secara digital, anda perlu aktifkannya terlebih dahulu. Rujuk caranya di bawah.
BACA JUGA: Sarawak ID (Sarawak Pass) – Cara Daftar & Login
Cara Aktifkan Kad Kenyalang Gold untuk Digunakan Secara Digital
Kini, anda tidak perlu lagi ke pejabat untuk ambil kad KGC fizikal.
Warga emas yang memenuhi syarat (berumur 60 tahun ke atas, status ‘K’ pada MyKad, penduduk tetap Sarawak) boleh mengaktifkan KGC secara atas talian melalui aplikasi SarawakPass.
Selepas pendaftaran, virtual kad KGC boleh diakses terus dalam aplikasi, tanpa perlu risau kehilangan kad fizikal kerana penggunaan kad fizikal kini dikurangkan atas sebab keselamatan dan keselesaan.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak lagi menggalakkan penggunaan kad fizikal, kerana risiko hilang atau dicuri. Jika kad fizikal hilang, perlu bayar RM50 untuk ganti baru. Sebaliknya, dengan kad maya, cukup buka aplikasi SarawakPass untuk menunjukkan kad KGC bila diperlukan.
Untuk mengaktifkan Kad Kenyalang Gold (KGC) secara digital/virtual, ikut langkah berikut:
- Selepas permohonan KGC anda diluluskan, muat turun aplikasi SarawakPass di telefon pintar anda.
- Log masuk ke akaun menggunakan SarawakPass (akaun yang sama seperti Sarawak ID).
- Pada menu utama aplikasi, cari inisiatif “Kenyalang Gold Card (KGC)” dan klik padanya.
- Tekan butang “Aktifkan” untuk mengaktifkan Kad KGC maya anda dalam aplikasi.
- Selesai! Kad Kenyalang Gold digital/virtual akan terpapar di dalam aplikasi dan boleh digunakan terus di premis rakan strategik. Anda tidak perlu menjaga kad fizikal lagi, cukup tunjukkan paparan kad maya apabila diperlukan.
Rujuk panduan bergambar terperinci cara aktifkan Kad Kenyalang Gold secara digital yang dikongsikan oleh pengguna Facebook Nazariah Basri di bawah:








Maklumat Lanjut
Jika ada pertanyaan, sila hubungi Urus Setia Kenyalang Gold Card (KGC) di talian 082-449577/444139 atau emel ke alamat [email protected]
Sebagai alternatif, sila hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak di:
- Alamat: Wisma Kebajikan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Kuching. Lot 4273 Blok 14, Jalan Siol Kanan, Sarawak, 93050, Kuching
- Talian Utama: 082-444139 / 082-444957
KGC adalah bukti komitmen Kerajaan Negeri Sarawak dalam menjaga kebajikan warga emas.
Dengan pelbagai manfaat dan keistimewaan yang terus ditambah baik, KGC bukan sahaja meringankan beban kewangan warga emas tetapi juga membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih berkualiti.
Program ini adalah langkah progresif ke arah membina komuniti yang lebih penyayang dan inklusif.
Soalan Lazim Kenyalang Gold Card (KGC)
KGC ialah kad keistimewaan untuk warga emas Sarawak berumur 60 tahun ke atas yang mempunyai MyKad berstatus “K” dan bermastautin di Sarawak.
Warganegara Malaysia, pemegang MyKad berstatus “K”, penduduk tetap Sarawak dan berumur 60 tahun ke atas pada tarikh kelayakan.
– Diskaun dan rebat (sekitar 5–20%) di premis rakan strategik, seperti kedai runcit, restoran, farmasi, hospital, hotel, pengangkutan dan perkhidmatan lain.
– Bantuan ihsan kematian sebanyak RM1,800 untuk menampung sebahagian kos pengebumian, tertakluk kepada syarat.
Kad KGC sendiri tiada tarikh luput, tetapi promosi atau kempen diskaun daripada rakan strategik mungkin ada tempoh sah masing‑masing.
Permohonan dibuat secara dalam talian melalui SarawakPass/iSarawakCare atau portal rasmi KGC, menggunakan akaun SarawakPass (penjenamaan semula Sarawak ID).
Selepas permohonan diluluskan, log masuk aplikasi SarawakPass dan aktifkan inisiatif “Kenyalang Gold Card”; kad maya akan muncul dalam app dan boleh ditunjukkan di premis rakan strategik.
Kerajaan kini mengutamakan penggunaan kad maya; kad fizikal tidak lagi digalakkan kerana risiko hilang dan bayaran gantian jika hilang.
Tidak automatik; pemegang KGC masih perlu buat permohonan berasingan untuk skim seperti Skim Faedah Kesihatan Warga Emas (SCHB) walaupun KGC menjadi salah satu syarat.
Status boleh disemak dalam aplikasi SarawakPass/iSarawakCare atau melalui portal semakan KGC kerajaan negeri.




