Intipati Pakej Bantuan Khas PERMAI 2021 (18 Januari)

Berikut adalah intipati pengumuman PM Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Pakej Bantuan Khas (PERMAI 2021) pada 18 Jan 2021.

Ia adalah bagi mengurangkan beban dihadapi rakyat dan ketahanan ekonomi ketika negara sedang berdepan penularan pandemik COVID-19.

Menerusi siaran langsung di televisyen, radio dan media sosial, PM Muhyiddin telah mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI 2021) bernilai RM15 bilion.

pakej bantuan khas permai 2021

Pakej Bantuan Khas PERMAI 2021

Berikut adalah ringkasan tentang inisiatif PERMAI 2021 :

  1. Sebanyak 22 inisiatif di bawah PERMAI 2021, berteraskan tiga matlamat utama
  2. Kerajaan tandatangani tiga perjanjian dengan syarikat pengeluar vaksin, bekalan vaksin pertama dijangka diterima penghujung Februari
  3. Pemberian sekaligus RM500 kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan, RM300 kepada petugas barisan hadapan lain mula dibayar pada suku tahun pertama tahun ini
  4. Ketelusan perolehan vaksin, Program Imunisasi Kebangsaan diberi perhatian utama melalui Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19
  5. Kerajaan tambah lebih 3,500 petugas kesihatan yang akan bertugas hujung Januari, dengan peruntukan tambahan RM150 juta
  6. Hospital swasta setuju terima, rawat pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19 bagi ringankan tekanan sistem kesihatan awam, RM100 juta diperuntukkan bagi tujuan itu
  7. Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam putuskan hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus, wajib diambil golongan ditetapkan
  8. Moratorium, termasuk lanjutan moratorium, dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank- bank, seperti yang diumumkan sebelum ini
  9. iSinar – Setakat 13 Januari, lebih 3 juta permohonan telah diluluskan dengan jumlah RM24 bilion akan disalurkan pada tahun ini
  10. JKM akan laksana Program Bakul Makanan bernilai RM100 ringgit bagi setiap isi rumah yang layak
  11. Pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 bagi pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet dilanjutkan sehingga 31 Dis 2021
  12. Bayaran fasa terakhir BPN 2.0 akan dipercepatkan iaitu mulai 21 Jan
  13. Pemberian percuma data 1 Gigabit kepada orang ramai termasuk bagi tujuan pendidikan mulai awal bulan ini hingga April
  14. PTPTN: Mereka terjejas boleh memohon moratorium bayaran balik pinjaman selama tiga bulan sehingga 31 Mac
  15. Program Subsidi Upah 3.0 di bawah PERKESO akan ditambah baik, semua majikan yang beroperasi semasa PKP layak untuk memohon tanpa mengambil kira sektor
  16. Bantuan sekaligus RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi serta pemandu bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing
  17. KWSP akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 ringgit bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2,terutamanya bagi mereka yang menghadapi pelbagai cabaran akibat PKP serta bencana banjir
  18. Program Subsidi Upah 3.0 melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion dijangka dapat memanfaatkan 250 ribu majikan yang menggaji lebih daripada 2.6 juta pekerja
  19. Kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan skim-skim mikro credit dan kempen e-dagang
  20. Program Subsidi Upah – Untuk tempoh satu bulan, majikan yang layak akan menerima subsidi upah berjumlah RM600 bagi setiap pekerja mereka yang bergaji kurang dari RM4,000, had pekerja 500
  21. Kerajaan benarkan syarikat milik asing yang beroperasi di Malaysia untuk mendapat jaminan SJPD dengan syarat jumlah pekerja tempatan mereka adalah sekurang- kurangnya 75 peratus
  22. Kerajaan sedia peruntukan awal RM200 juta bantu ringankan beban rakyat terjejas akibat banjir
  23. Impak PKP semasa ke atas ekonomi masih terkawal
  24. RM50 juta disalur kepada NADMA bagi perbelanjaan operasi bencana semasa tempoh Monsun Timur Laut
  25. PM Muhyiddin menjunjung kasih keprihatinan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri meredah banjir dalam misi bantuan banjir di Pahang baru-baru ini

Pakej Bantuan Khas (PERMAI 2021) ini merupakan inisiatif kelima dilaksanakan kerajaan dalam membantu rakyat sejak PKP pertama kali dikuatkuasakan pada Mac tahun lepas.

Kerajaan sebelum ini melaksanakan Bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) melibatkan peruntukan RM250 bilion pada Mac 2020 dan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN Tambahan) sebanyak RM10 bilion pada April 2020.

Baca juga: Semakan BPR 2021, Cara Kemaskini Maklumat & Tarikh Bayaran

Selain itu, turut diumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) melibatkan perbelanjaan sebanyak RM35 bilion pada Jun lepas, selain Pakej Kerangka Inisiatif Tambahan Prihatin (KITA Prihatin) dengan peruntukan RM10 bilion pada September lepas.

Maklumat Lanjut

Bagi memudahkan akses kepada maklumat mengenai semua inisiatif dan bantuan yang telah tersedia, orang ramai boleh melayari PORTAL MANFAAT BELANJAWAN 2021: https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/.

*Sumber: BERNAMA

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!