Amalan “sharenting” yang kini selalu diamalkan oleh ibu bapa boleh mengakibatkan wujudnya risiko kepada anak-anak sekiranya langkah pencegahan tidak dilakukan.
Apakah yang dimaksudkan dengan amalan “sharenting” ini?
Artikel ini akan mengupas mengenai amalan ini dan risikonya terhadap keselamatan kanak-kanak.

Maksud “Sharenting”
“Sharenting” merupakan amalan ibu bapa atau penjaga berkongsi gambar, video dan maklumat anak-anak di media sosial yang boleh mendedahkan privasi, keselamatan serta identiti mereka kepada risiko dalam talian.
Perkataan ini datang daripada gabungan perkataan sharing (berkongsi) dan parenting (keibubapaan), merujuk amalan ibu bapa berkongsi maklumat anak-anak mereka di media sosial, lazimnya tanpa persetujuan si anak kerana mereka masih terlalu kecil untuk memberikan persetujuan atau memahami sepenuhnya implikasi persetujuan itu.
Amalan ini juga sebenarnya mendedahkan anak kepada pelbagai risiko dalam talian.
Menerusi Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), amalan ini berisiko mendedahkan kanak-kanak secara tidak sengaja kepada eksploitasi dalam talian, termasuk penghasilan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM), lebih-lebih lagi dengan perkembangan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI).

Contoh Amalan “Sharenting”
Antara contoh amalan ini yang sering dilakukan adalah seperti berikut:
- Memuat naik foto anak tanpa pakaian lengkap, seperti sewaktu mandi atau menukar pakaian.
- Kongsi nama penuh anak, tarikh lahir, kad pengenalan, atau nama tadika/sekolah anak.
- Merakam dan berkongsi video anak meragam, marah, atau menangis untuk hiburan umum.
- Menceritakan masalah kesihatan, alahan, atau kad laporan disiplin anak secara terbuka.
Risiko Amalan “Sharenting”
Amalan ini telah mendedahkan kepada beberapa risiko seperti:
- Penyalahgunaan gambar dan data : Kandungan yang dikongsi boleh disalin, dimuat turun atau digunakan tanpa kebenaran ibu bapa.
- Eksploitasi kanak-kanak dalam talian : Gambar atau video anak berisiko dieksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
- Manipulasi menggunakan AI : Gambar dan video anak boleh diubah suai atau dijadikan kandungan palsu (deepfake) dengan teknologi Al.
- Risiko keselamatan fizikal : Perkongsian lokasi, rutin atau maklumat peribadi boleh mendedahkan anak kepada ancaman keselamatan.
Langkah Pencegahan
Untuk memastikan amalan ini dapat dicegah, ibu bapa perlu memastikan langkah-langkah pencegahan dilakukan:
- Tapis sebelum muat naik: Memikirkan kesan jangka panjang sebelum berkongsi sebarang imej atau cerita peribadi anak.
- Elak maklumat peribadi: Jangan dedahkan nama penuh, tarikh lahir, lokasi sekolah, atau alamat rumah.
- Hadkan tetapan privasi: Tetapkan akaun media sosial kepada mod peribadi dan tapis senarai pengikut hanya kepada ahli keluarga terdekat.
- Kaburkan muka anak: Elakkan daripada menyiarkan wajah anak secara jelas; gunakan gambar dari belakang atau sudut sisi.
- Minta izin anak: Hormati hak dan privasi anak yang sudah besar dengan mendapat persetujuan mereka sebelum berkongsi.
- Jangan kongsi imej sensitif: Jauhkan perkongsian gambar anak ketika mandi, tanpa pakaian, atau dalam keadaan yang memalukan.
Kesalahan Di Bawah Akta Kanak-Kanak 2001
Mereka yang didapati menyebarkan butiran yang boleh mengecam identiti kanak-kanak boleh dihukum di bawah Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).
Sabit kesalahan, pelaku boleh didenda maksimum RM10,000, penjara sehingga 5 tahun, atau kedua-duanya sekali.
Soalan Lazim
“Sharenting” ialah amalan ibu bapa atau penjaga berkongsi gambar, video dan maklumat anak-anak di media sosial yang boleh mendedahkan privasi, keselamatan serta identiti mereka kepada risiko dalam talian.
Amalan ini berisiko mendedahkan kanak-kanak secara tidak sengaja kepada eksploitasi dalam talian, termasuk penghasilan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM), lebih-lebih lagi dengan perkembangan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI).
– Memuat naik foto anak tanpa pakaian lengkap, seperti sewaktu mandi atau menukar pakaian.
– Kongsi nama penuh anak, tarikh lahir, kad pengenalan, atau nama tadika/sekolah anak.
– Merakam dan berkongsi video anak meragam, marah, atau menangis untuk hiburan umum.
– Menceritakan masalah kesihatan, alahan, atau kad laporan disiplin anak secara terbuka.
– Memikirkan kesan jangka panjang sebelum berkongsi sebarang imej atau cerita peribadi anak.
– Jangan dedahkan nama penuh, tarikh lahir, lokasi sekolah, atau alamat rumah.
– Tetapkan akaun media sosial kepada mod peribadi dan tapis senarai pengikut hanya kepada ahli keluarga terdekat.
– Elakkan daripada menyiarkan wajah anak secara jelas; gunakan gambar dari belakang atau sudut sisi.
– Hormati hak dan privasi anak yang sudah besar dengan mendapat persetujuan mereka sebelum berkongsi.
– Jauhkan perkongsian gambar anak ketika mandi, tanpa pakaian, atau dalam keadaan yang memalukan.
Info Lanjut
Untuk info lanjut, layari Facebook Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ).




